|

Hari Keenam
Kuala Puteh - Gunung Rajah - Kem Tengah
Sewaktu menuju ke Kuala Puteh kami terpaksa mengharungi 7 sungai yang mana ada yang arus agak deras dan dalam. Ada ketika kami merentas sungai yang dalamnya sehingga paras dada. Saat ini sangat mencabar jika tidak bernasib baik kami boleh hanyut di bawa arus yang deras.
Di sini kami diingatkan supaya kami berhati-hati dan membuka ikatan beg dipinggang kami bagi mengelakkan hanyut di bawa arus mengikut bag. Difahamkan jika hujan turun air sungai akan naik, amat berbahaya kepada pendaki untuk merentasi sungai. Kemudian kami berehat seketika di Kuala Puteh sebelum ke Gunung Rajah. Daripada Kuala Puteh kami terpaksa mendaki ke atas menuju Gunung Rajah kira-kira 500 meter lebih ketinggiannya. Sepanjang perjalanan trek agak kering tetapi tiada sumber air
diperolehi untuk membolehkan kami minum.
Difahamkan kawasan ini dinamakan Bukit Malang kerana ianya terdiri 27 bukit, kami terpaksa turun naik bukit itu.Persekitaran flora-flora di sini agak berbeza berbanding dipuncak maupun di Gedong atau Pangkin maksudnya tumbuhan di sini banyak yang menjalar tinggi seperti pokok getah.
Akhirnya kami telah sampai juga ke Kem Tengah kira-kira 4.45 petang, keadaan pada masa itu agak suram cuaca mendung. Kami segera menyiapkan khemah untuk bermalam di situ. Suasana malam yang agak sunyi hanya bertemankan bunyi burung berkicauan. Difahamkan kicauan burung yang kuat adalah burung enggang yang habitatnya di sekitar kawasan itu.
Pemandangan di puncak Gunung Rajah
Seterusnya |