Catatan kembara Tahan
Hari Pertama - Kedua - Ketiga -Keempat - Kelima - Keenam - Ketujuh

Hari Ketujuh
Kem Tengah - Kem Melantai - Kuala Tahan

Perjalanan kami masuk hari ke-7, selepas sarapan kami bergerak awal pagi untuk menuju ke Kem Melantai. Sepanjang perjalanan masih lagi turun naik bukit malang lebih kurang 10 km untuk sampai di Melantai.

Berehat di Melantai seketika untuk makan tengahari sebelum menyambung kembali perjalanan ke Kuala Tahan. Ketika ini keadaan trek yang rata dan landai memudahkan kami berjalan lebih pantas. Walau bagaimanapun, kami semua tidak terlepas daripada gigitan serangga dan pacat.

Tiba sahaja di Kuala Tahan, kami boleh dianggap tamat perjalanan ekspidisi kami. Jam waktu itu kira-kira 6.00 , kami segera menuju ke pejabat Perhilitan , Taman Negara. Di sana kami, dikehendaki declare barang-barang yang dibawa dan check out oleh pegawai Perhilitan bertugas.


Pemandangan di Kuala Tahan

Kami bermalam di Lyana Chalet  yang tak jauh daripada Taman Negara dengan menyeberangi sungai Kuala Tahan dengan bot tambang.

Keesokkan paginya kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perhilitan dan Abang Nashar
atas bantuan dan kerjasama diperlukan sepanjang ekspidisi kami ini.


Kembara Eco-Challange 2003
presented by nadzyie.net

 


Hosted by www.Geocities.ws

1