Catatan kembara Tahan
Hari Pertama - Kedua - Ketiga -Keempat - Kelima - Keenam - Ketujuh

Hari Kelima
Pangkin bawah - Wray's Camp - Kuala Teku

Selepas sarapan , daripada Pangkin Bawah mula bergerak ke Kuala Teku yang mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan.

Perjalanan kami makin menurun ke bawah, kami dapat rasakan cabaran menuruni juram lebih kurang 45 darjah ke bawah. Kami melalui trek-trek yang berakar dan licin. Di sini kami kena berhati-hati daripada terjatuh atau tergelincir. Itulah salah satu cabaran sukar sewaktu turun. Keadaan ini telah menimpa kepada brader Sany yang terseliuh kakinya akibat tergelincir. Agak lama juga kami berhenti untuk merawat kecederaan itu. Dalam daripada itu kami terpaksa berjimat-cermat untuk minum kerana sepanjang perjalanan tiada punca air. 

Lega hati kami apabila tiba di Kuala Teku. Jam pada itu waktu 5.00 petang. Di sana kami berkhemah kerana berhampiran dengan sumber air sungai. Yang menarik di sini juga, terdapat banyak lebah datang hinggap ke arah kami. Kami dapati ianya lebah hutan seperti tebuan tetapi kecil sedikit bukan spesis lebah biasa.



Keadaan arus sungai yang deras di Kuala Teku.

Seterusnya


Hosted by www.Geocities.ws

1