Catatan kembara Tahan
Hari Pertama - Kedua - Ketiga -Keempat - Kelima - Keenam - Ketujuh

Hari Keempat
Gunung Gedong - Reskit - Pangkin

Tiba masanya kami mengucapkan selamat tinggal kepada puncak Tahan. Sebaik saja sarapan dan berkemas, kami bergerak turun dari puncak menuju ke Gedong lebih kurang 5 jam perjalanan. Sewaktu menuruni puncak kami semua dapat lihat dengan jelas pemandangan alam sekitar penuh kehijauan di Gunung Tahan. Tumbuhan-tumbuhan renik dan kecil yang cantik dan menarik hanya paras lutut dan kepala saja. Seperti biasa kami tidak lepaskan peluang merakam gambar-gambar menarik sebagai kenang-kenangan.


Latarbelakang puncak Gunung Tahan. Bye Tahan.

.
Antara flora-flora menarik di sana

.
Pemandangan diambil dari puncak Gedung

Sampai saja di Gedong , kami berehat untuk makan tengahari. Dalam perjalanan kami terjumpa serpihan besi yang dipercayai adalah bangkai kapal terbang perang zaman perang dahulu. Ketika itu kami dapat bergerak pantas kerana trek yang agak rata dan berbatu kecil. Kami seolah-olah berlumba-lumba berjalan laju, tapi brader Sany agak tertinggal kerana keadaan lututnya yang injured.Nasib baik ada ubat sapu buat penawar sakit. Tapi sakit-sakit pun boleh jalan lagi maklum la semangat Tahan yang masih kuat. Malaysia Boleh.


Ketika di Gunung Gedong

Setibanya di Pangkin, kami melalui Gunung Reskit dan Gunung Tangga 15. Apa yang menarik di sana, kami terpaksa mendaki trek berbatu yang besar saiznya. Keadaannya seolah-olah menaiki tangga. Nasib baik ada tali yang memang sedia ada bagi memudahkan para pendaki naik ke atas.


Pemandangan diambil puncak Gunung Tangga 15

Kami tiba di Pangkin bawah yang terletak di kaki gunung Pangkin. Di sana kami berkhemah dan bermalam di sana. Di malam harinya selepas makan malam keadaan cuaca hujan turun dengan lebatnya.


Berehat di Gunung Resket

Seterusnya


Hosted by www.Geocities.ws

1