|
© Hak Terpelihara Simpulan Bahasa.Com |


| Petunjuk : Klik pada abjad untuk mencari simpulan bahasa mengikut indeks. Contohnya : "anak tiri", anda perlu klik pada abjad 'A' dalam senarai di atas. |
![]() |
ADA ANGIN Maksud : Perangai seseorang yang sering berubah-ubah. Contoh Ayat : Rakan-rakan Zaki takut untuk menegurnya kerana dia ada angin. |
|
ADA HATI Maksud : Berkeinginan akan sesuatu. Contoh Ayat : Emak menasihati kakak supaya belajar bersungguh-sungguh jika ada hati hendak ke universiti. |
![]() |
![]() |
AIR MUKA Maksud : Rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang. Contoh Ayat : Air muka pelajar baru itu muram kerana dia tidak ada kawan. |
|
AKAL KANCIL Maksud : Pandai membuat tipu muslihat. Contoh Ayat : Kamal berjaya melepaskan diri dari penculik-penculik itu kerana dia akal kancil. |
![]() |
![]() |
ALAS CAKAP Maksud : Kata yang diucapkan sebelum memulakan sesuatu pokok perbicaraan. Contoh Ayat : Mak Minah bercerita tentang kursus perkahwinan sebagai alas cakap sebelum meminang anak Pak Ali. |
|
ALAS PERUT Maksud : Makan sedikit makanan untuk menahan lapar. Contoh Ayat : Hamdan memakan sekeping roti sebagai alas perut sebelum pergi ke pejabat. |
![]() |