|
© Hak Terpelihara Simpulan Bahasa.Com |


| Petunjuk : Klik pada abjad untuk mencari simpulan bahasa mengikut indeks. Contohnya : "anak tiri", anda perlu klik pada abjad 'A' dalam senarai di atas. |
![]() |
ALIH ANGIN Maksud : Berkunjung ke sesuatu tempat dengan tujuan tertentu. Contoh Ayat : Faizal dan keluarganya akan beralih angin ke Indonesia kerana bapanya perlu menghadiri kursus di sana. |
|
ALIM KUCING Maksud :Berpura-pura baik. Contoh Ayat : Walaupun Hasrul suka membuat bising di dalam kelas,dia alim kucing di hadapan gurunya. |
![]() |
![]() |
AMBIL ANGIN Maksud : Bersiar-siar. Contoh Ayat : Pada setiap petang, kakak ambil angin di tepi pantai. |
|
AMBIL BERAT Maksud : Memberi perhatian yang lebih terhadap sesuatu atau seseorang. Contoh Ayat : Guru Besar sentiasa mengambil berat tentang kemajuan murid-murid di sekolahnya. |
![]() |
![]() |
AMBIL HATI Maksud : (a) Melakukan sesuatu yang baik supaya disukai orang. Contoh Ayat : Salmah pandai mengambil hati pengurusnya. Maksud : (b) Merajuk kepada seseorang. Contoh Ayat : Abang ambil hati apabila ayah memarahinya. |
|
AMBIL LANGKAH Maksud : Mulai bertindak. Contoh Ayat : Seisi kampung mengambil langkah berjaga-jaga pada waktu malam selepas kejadian kecurian tempoh hari. |
![]() |