|
© Hak Terpelihara Simpulan Bahasa.Com |


| Petunjuk : Klik pada abjad untuk mencari simpulan bahasa mengikut indeks. Contohnya : "anak tiri", anda perlu klik pada abjad 'A' dalam senarai di atas. |
![]() |
ANAK ANGKAT Maksud : Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri. Contoh Ayat : Suzila ialah anak angkat En.Razak. |
|
ANAK BUAH Maksud : Anak saudara iaitu anak kepada abang, kakak atau adik. Contoh Ayat : Ahmad sering balik kampung untuk berjumpa dengan anak buahnya pada musim perayaan. Maksud : Orang yang di bawah jagaan seorang ketua. Contoh Ayat : Anak buah penghulu sangat mengagumi beliau. |
![]() |
![]() |
ANAK DAGANG Maksud : Orang yang merantau. Contoh Ayat : Sebagai anak dagang, Halim telah banyak menimba pengalaman di tempat orang. |
|
ANAK EMAS Maksud : Seseorang yang disayangi. Contoh Ayat : Oleh kerana Daniel adalah anak emas En.Mustafa, dia mendapat segala permainan yang dikehendakinya. |
![]() |
![]() |
ANAK KANDUNG Maksud : Anak sendiri. Contoh Ayat : Siti menyayangi Ali kerana dialah satu-satunya anak kandung Siti. |
|
ANAK KAPAL Maksud : Kelasi atau awak-awak. Contoh Ayat : Anak kapal yang terlibat dalam tragedi kapal karam itu berjaya diselamatkan. |
![]() |