|
© Hak Terpelihara Simpulan Bahasa.Com |

| Petunjuk : Klik pada abjad untuk mencari simpulan bahasa mengikut indeks. Contohnya : "anak tiri", anda perlu klik pada abjad 'A' dalam senarai di atas. |
![]() |
ANAK TIRI Maksud : Anak kepada isteri atau suami hasil perkahwinannya yang terdahulu. Contoh Ayat : Siti sering memarahi Ali kerana Ali adalah anak tirinya. |
|
ANAK TUNGGAL Maksud : Satu-satunya anak. Contoh Ayat : Encik Khamis menghadiahkan sebuah kereta kepada Haliza kerana mahu menuruti kehendak anak tunggalnya itu. |
![]() |
![]() |
ANAK WATAN Maksud : Anak kampung atau penduduk negeri sendiri. Contoh Ayat : Budi ialah anak watan negeri Johor. |
|
ANAK WAYANG/ANAK PANGGUNG Maksud : Seseorang yang melibatkan diri dalam seni lakonan. Contoh Ayat : Kehidupan sebagai anak wayang sukar kerana terpaksa menghadapi pelbagai dugaan terutama dari pihak media. |
![]() |
![]() |
ANAK YATIM Maksud : Anak yang kematian ibu atau bapa. Contoh Ayat : Semenjak kematian ibunya, Ahmad telah menjadi anak yatim. |
|
ANGKAT BAKUL Maksud : Orang yang suka memuji-muji diri sendiri. Contoh Ayat : Leha tidak disukai rakannya kerana dia sering angkat bakul dengan mengatakan dirinya kuat. |
![]() |