Template

© Hak Terpelihara Simpulan Bahasa.Com
kemaskini:

Petunjuk : Klik pada abjad untuk mencari simpulan bahasa mengikut indeks. Contohnya : "anak tiri", anda perlu klik pada abjad 'A' dalam senarai di atas.
PAGE 1 / 2 / 3 / 4 / 5

ANGKAT KAKI

Maksud : Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.

Contoh Ayat : Abang angkat kaki apabila emak meleterinya.

ANGKAT MATA

Maksud : Berani menentang atau melawan.

Contoh Ayat : Saleh berani angkat mata apabila Raju menuduhnya mencuri.

ASAM GARAM

Maksud : Pengalaman hidup.

Contoh Ayat : Emak menasihati abang supaya bersabar menempuh dugaan kerana itu adalah asam garam kehidupan.

ATAS ANGIN

Maksud : Negara di sebelah barat.

Contoh Ayat : Apabila dewasa, Ah Chong ingin melancong ke negara-negara atas angin.

ATAS PAGAR

Maksud : Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Contoh Ayat : Abdullah bersikap atas pagar apabila Hamdan dan Rosli bergaduh.

AYAM TAMBATAN

Maksud : Orang yang menjadi harapan orang lain.

Contoh Ayat : Rozana ialah ayam tambatan pasukan tenis sekolahnya.

Hosted by www.Geocities.ws

1