Pelajar Psikologi Perkembangan Sesi 2006/2007, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hak Cipta © 2007 Laman Web oleh SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Paparan terbaik menggunakan IE 6.0 dengan resolusi 1024 X 768.

Laman ini dibina untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SKPX 2083, Psikologi Perkembangan.

 

 :: Laman Utama ::             :: Biografi ::             :: Galeri ::             :: E-Mel Kami ::             :: Penghargaan ::

 

 

AUTORITI AL-QURAN DAN HADIS

MENU
Kenali Kanak-Kanak
Aspek Perkembangan
Masalah & Pengurusan Kanak-Kanak
Penyakit Lazim
Unsur-unsur Rohani
Soalan Lazim [FAQ]
Soalan Kuiz
Interaktif
Arkib Isu Semasa

Pesanan Buat Anak-Anak (Petikan Ayat dari Surah dalam Al-Quran)

SURAH LUQMAN – Ayat 13 

(Perhatikanlah), ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang dia memberi pengajaran kepadanya (katanya) : “Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah aniaya yang besar.” 

SURAH LUQMAN – Ayat 17 

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah orang membuat maaruf (yang baik) dan laranglah buat yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaaan yang dicita-citakan.

SURAH AL-ISRAA' –Ayat 23

 Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua atau keduanya, janganlah engkau katakan ‘cis’ kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia (lemah lembut) – bercakap lembut dengan orang tua.

SURAH AL-AHQAAF – Ayat 15 

Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Ibunya mengandung dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai umur 40 tahun, ia berkata : “Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukur nikmat engkau, yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salihyang engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan aku termasuk orang-orang islam.

Hadith & Dalil 

1.            Sabda Rasulullah SAW.. “ Kewajiban setiap ayah terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik, mendidik dengan akhlak yang baik, mengajarkan menulis, berenang, dan memanah; dan janganlah memberikan makanan kecuali makanan yang baik, dan nikahkanlah, apabila ia sudah baligh” (H.R. Hakim) 

2.            Allah SWT berfirman: “ sesungguhnya harta dan anak-anakmu, hanyalah cobaan (bagimu); dan disisi Allah lah pahala yang besar. (Q.S. At-Tagabun:15). 

3.            Allah SWT berfirman: “ Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnkan penyusuannya. Dan kewajiban ayah memberi mkan dan pakaian kepada para ibu dengn cara yang layak” (Q.S.Al-Baqarah:233). 

4.                Sabda Rasulullah SAW.. “ Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, sungguh kedua orang tuanya yang menentukan apakah ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (H.R. Bukhari dan Muslim). 

5.               Sabda Rasulullah SAW.. “ Awasilah anak-anakmu, dan didiklah budi pekerti merek. Tidak ada sesuatu pemberian orang tua kepada anak-anaknya paling berharga, kecuali budi pekerti yang baik” (H.R. Tarmizi) 

6.              Allah SWT berfirman: “ Ingatlah olehmu tatkala Luqman mendidik anaknya seraya berkata: “ Wahai annakku. Jangnlah kamu berbuat syirik kepada Allah, sesungguhnya syirik itu adalah dosa yang sangat besar.” (Q.S.Luqman: 13). 

7.              Sabda Rasulullah SAW.. “Perintahkanlah anak-anakmu untuk mengerjakan salat sewaktu umurnya meningkat tujuh tahun, dan pukullah dia apabila enggan mengerjakannya, diwaktu usianya meningkat sepuluh tahun.” (H.R Abu Dawud). 

8.             Allah SWT berfirman: “ Wahai anakku, tegakkanlah solat, dan suruhlah manusia untuk berbuat kebajikan, dan cegahlah dari perbuatan mungkar,serta bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap musibah yang menimpamu, sesungguhnya semua itu adalah masalah-masalah yang utama.” (Q.S. Lukman:17). 

Rujukan di atas dipetik daripada:

Abdul Qadir Djaelani. 2001. Keluarga sakinah. Shah Alam: Pustaka Dini

 

 9.            Allah berfirman dalam surah Al-Kahfih ayat 46:

“ Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia..” 

10.         Ibu bapa berasa senang jika anak-anaknya soleh seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran surah Al-Furqan ayat 74. 

Rujukan di atas dipetik daripada:

Hassan Al-Asymawi. 1996. Mengajar dan mendidik anak-anak menghayati Islam. Terj. Mohd Sofwan Amrullah. Selangor: Pustaka Ilmi. 

 

11.         Nabi SAW bersabda,

“ Allah ingin kalian berlaku adil diantara anak-anak kalian, termasuk dalam ciuman.” (al-hadits) 

12.         Imam Al-Ghazali menegaskan “ Jangan terlampau banyak mencela anak setiap saat kerana perkataan takkan lagi berpengaruh dalam hatinya. Hendaknya ayah menjaga kewibawaan nasihat. Dia hanya menasihati anaknya sewaktu-waktu sahaja sehingga ibu dapat menakut-nakuti dan mengekang anak dari keburukan dengan kewibawaan ayah”. 

13.            Jika anak mengulangi kesalahan yang sama, tegurlah dengan halus dan tunjukkan urgensi kesalahannnya, misalannya dengan mengatakan, itu nanti dilihat orang sehingga aibmu diketahui orang lain.” (Al-Ghazali).

14.         Allah taala berfirman, “ janganlah seorang ibu dan seorang bapak menderita kesengsaraan kerana anaknya.” (Al-Baqarah:233). 

15.         Al-Aqra bin Habis pernah melihat Nabi SAW Mencium al-Hasan bin Ali ra, dia berkata, “aku mempunyai 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium seorang pun”, Nabi SAW bersabda, “ Barangsiapa yang tidak menyayangi, maka tidak akan disayangi” (al-hadits).

Rujukan di atas dipetik daripada:

Ahmad Ali Budaiwi. 2002. Imbalan dan hukuman; pengaruhnya bagi pendidikan anak. Jakarta: Gema Insani.

Didikan Anak Tauladan

SEBAB ANAK-ANAK DERHAKA

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya.... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah.

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.

Si  anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan b acakan ayat-ayatsuci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk per asaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.

Membentuk Kepimpinan Anak

        Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.  

Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini.Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan berkekalan.

 1.    Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suarni memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.

2.    Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contohnya dalam

akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.

3.    Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.

4.    Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan 'amukan' ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam rnindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.

5.    Akhir sekali, janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak sulung.

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s" 

1.   Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2.      Jangan berjimak antara azan dan iqmah.  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3.      Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.  Jika allah mengurniakan anak  ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4.      Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah  mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda yang jelek  pada muka dan rambutnya.

5.      Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6.      Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan  (adik ipar).  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi  penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya  membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.

7.      Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8.      Jangan berjimak dengan isterimu pada malam  kamu hendak keluar bermusafir.  Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9.      Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam.  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10.  Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak).  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang  yang ahli sihir, dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut :-

1.      Berjimak pada malam Isnin.  Jika allah mengurniakan  anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t.

2.      Pada malam selasa.  Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.  Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang,  bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3.      Pada malam Khamis.  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

4.      Sewaktu matahari di tengah langit.  Jika allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5.      Pada malam Jumaat.  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6.      Hari Jumaat selepas asar.  Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal,masyhur dan alim.

7.      Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.  Jika allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8.      Bacalah doa berlindung dari syaitan.  Jika allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh  syaitan selama-lamanya.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1