:: Laman Utama ::             :: Biografi ::             :: Galeri ::             :: E-Mel Kami ::           :: Penghargaan :: 

 

 

 

 

 

Di sini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih, sekalung penghargaan kepada pihak-pihak yang memberi sumbangan semasa pembinaan laman web ini sama ada secara langsung atau tidak langsung  kepada pembinaan laman ini...

Terima Kasih.                                                                   :: ADMIN ::

 

 

 

 

CIK JAMIAH HJ. MANAP

PENSYARAH, SKPX 2083 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar Program Psikologi Sesi 2005/2006, UKM

 

 

        Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada Pensyarah Psikologi Perkembangan, Cik Jamiah Hj. Manap yang memberi dorongan, tunjuk ajar serta sokongan kepada kami sepanjang proses pembinaan laman web ini. Selain untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus ini sendiri, kami terdorong untuk membina laman web ini sebagai merealisasikan hasrat pensyarah sendiri yang ingin melihat lebih banyak laman web ilmiah berbahasa Melayu.

         Seterusnya, tidak lupa kepada bekas 'webmaster'  SMK Seri Pantai, Mohd. Yazid Mohd. Yahya yang banyak membantu dalam 'coding' dan 'publishing' web ini. Tanpa tunjuk ajar beliau laman ini tidak mungkin dapat direalisasikan secara nyata. Terima Kasih.

        Kami juga ingin merakamkan penghargaan buat penulis buku 'Perkembangan Kanak-kanak; Satu penilaian secara Portfolio' iaitu Rohani Abdullah. Maklumat di dalam web ini kebanyakannya diperoleh daripada buku beliau. Juga kepada pemilik foto atau gambar yang kami peroleh dari atas talian [internet] antaranya milik Dylan Lossie, Joseph Taves, Valentine Serov, Kara Lavelle, travelblog.com dan sebagainya.

       Selain itu, terima kasih juga yang tidak terhingga kepada 'web-team' ini merangkap rakan seperjuangan saya iaitu, Norsheila Saruddin, Noor Adilah Junaidek, Norlaili Anuar serta Bawani a/p Kaniapan kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang penghasilan web ini.

         Akhir sekali, tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan, Pelajar Program Psikologi Sesi 2005/2006. Kehadiran anda semua menjadi sumber inspirasi untuk terus berjuang serta berdaya saing. Semoga kita semua menjadi yang terbaik.

Akhirul Kalam, segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala kekurangan datang dari kelemahan diri saya sendiri. Mohon maaf atas segala kekurangan ... Insya-Allah diperbaiki.

Terima Kasih ...

Dari Meja 'Admin'

                                                                                                                                                         :: ADMIN ::

      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEKALUNG PENGHARGAAN ... TERIMA KASIH         

Hosted by www.Geocities.ws

1