:: Laman Utama ::             :: Biografi ::             :: Galeri ::             :: E-Mel Kami ::           :: Penghargaan :: 

 

 

 

 

KENALI KANAK-KANAK

 

 

 

 

MENU
Kenali Kanak-Kanak
Aspek Perkembangan
Masalah & Pengurusan Kanak-Kanak
Penyakit Lazim
Unsur-unsur Rohani
Soalan Lazim [FAQ]
Soalan Kuiz
Interaktif
Arkib Isu Semasa

 

 

 

 

 

 

 

KENALI KANAK-KANAK

Dalam Laman Web ini perbincangan mengenai kanak-kanak akan difokuskan kepada kanak-kanak pertengahan dan akhir. kanak-kanak pertengahan dan akhir ialah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12 tahun. Dengan kata lain kanak-kanak ini baru sahaja memasuki alam persekolahan iaitu sekolah rendah pada tahap umur ini. Perubahan rutin harian mereka amat ketara memandangkan sebelum tahap umur ini mereka belum memulakan sesi persekolahan. Di samping itu, mereka juga mula membina hubungan dan interaksi sosial dengan individu-individu di sekeliling mereka termasuklah ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya yang lain. Fokus utama perbincangan adalah Aspek-aspek Perkembangan Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir. Tumpuan akan diberikan kepada aspek Kognitif, Sosio-Emosi dan juga Fizikal.

DI SEBALIK LUKISAN KANAK-KANAK

Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati. Pada tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan perasaan mereka melalui sebuah lukisan. Lazimnya mereka melukis sesuatu yang disukai, yang disayangi dan perkara atau benda yang membuatkannya gembira dan sebaliknya jika emosi mereka sedih dan sebagainya. Mari kita lihat beberapa contoh lukisan kanak-kanak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman ini dibina untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SKPX 2083, Psikologi Perkembangan.

   

 

 

 

 

 

Melalui lukisan-lukisan ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak gemar melukis sesuatu yang  menjadi milik mereka atau ibu bapa mereka. Contohnya seperti binatang peliharaan mereka seperti kucing, anjing dan sebagainya, kereta ibu bapa mereka, rumah dan lain-lain lagi.

 

 

Pelajar Psikologi Perkembangan Sesi 2006/2007, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hak Cipta © 2007 Laman Web oleh SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Paparan terbaik menggunakan IE 6.0 dengan resolusi 1024 X 768.

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1