

| MENU |
| Kenali Kanak-Kanak |
| Aspek Perkembangan |
| Masalah & Pengurusan Kanak-Kanak |
| Penyakit Lazim |
| Unsur-unsur Rohani |
| Soalan Lazim [FAQ] |
| Soalan Kuiz |
| Interaktif |
| Arkib Isu Semasa |
|
Mengurus kanak-kanak yang di masukkan ke hospital. Kemasukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan merupakan satu keadaan yang boleh merisaukan kepada sesiapa sahaja apatah lagi golongan kanak-kanak. Kebanyakkan kanak kanak menganggap hospital sebagai satu tempat yang membawa perasaan takut dan bimbang. Antaranya puncanya: i. Takut kerana takutkan sakit, takut doktor, takutkan suntikan, takut darah dan takut mayat. Ada sesetengah ibu bapa suka menakutkan anak-anak mereka dan mengugut akan menghantar mereka ke hospital untuk di suntik sekiranya mereka nakal dan jahat. ii. Yang lebih teruk ada pula ibu bapa apabila berhadapan dengan doktor mereka akan menakutkan anak lelaki mereka bahawa doktor akan menyunat mereka, dan ada gunting besar untuk membedah mereka jikalau mereka jahat. Oleh itu setiap kali seseorang kanak-kanak perlu berjumpa doktor apabila sakit mereka akan meronta dan merengek ketakutan dan enggan bersemuka dengan doktor. Cara mengatasinya : i. Adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak dapat dibawa melihat di persekitaran hospital sekiranya sudah ditentukan oleh doktor bahawa kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital. ii. Ibu bapa perlu mengetahui daripada pihak doktor tentang apa yang dilakukan kepada anak mereka supaya dapat pula mereka memberi penjelasan kepada anak mereka. Adalah penting bagi ibu bapa untuk memberi keterangan secara berulang ulang kepada anak mereka kerana ia akan mengurangkan kebimbangan. iii. Ibu digalakkan masuk ke wad bersama-sama anak yang sakit. Adalah dirasakan bahawa dengan adanya ibu di wad bersama anak, tidak kira sama ada ibu itu sendiri dalam keadaan cemas atau tenang. Kehadiran ibu memberi keyakinan dan rasa selamat kepada anak yang sakit. iv. Kanak-kanak juga digalakkan membawa bersama kedalam wad alat-alat permainan kegemaran mereka seperti anak patung, kereta-kereta ataupun bantal busuk. v. Suasana di hospital kanak-kanak juga penting untuk memastikan ketenteraman kanak-kanak. Bilik wad dan hospital itu sendiri perlulah kelihatan menarik mulai dari pintu masuk hospital hinggalah ke tempat tidurnya vi. Tempat bermain juga perlu disediakan dalam kawasan hospital supaya kanak-kanak dapat bermain sebaik sahaja mereka bertenaga, boleh main dan igin bermain. Ini kerana untuk memastikan keiginan bermain kanak-kanak itu berterusan tidak kira di mana mereka berada. vii. Suasana di hospital perlulah tidak jauh berbeza daripada suasana di rumah dan kehadiran ahli keluarga yang sentiasa melawat boleh memastikan keadaan ini. Kanak-kanak sebaik baiknya dibenarkan memakai pakaian sendiri yang dibawa dari rumah tanpa perlu memakai pakaian hospital. viii. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menakut-nakutkan anak mereka tentang doktor dengan cerita yang bukan-bukan dan tidak betul tentang tugas dan kerja seorang doktor seperti memberi suntikan kalau jahat atau menyunat mereka kalau terlalu degil.
|
|
1. Makan memilih Banyak terdengar keluhan ibu bapa yang amat risau dengan cara pemakanan anak anak mereka, terutama sekali bagi anak anak yang tidak suka makan sayur sayuran. Selain itu ada di kalangan kanak kanak yang hanya memilih sejenis makanan setiap hari tanpa jemu. Ada pula kanak kanak yang hanya memilih makanan ringan seperti keropok dan gula gula untuk di makan. Makan seperti ini boleh menimbulkan masalah pada kesihatan mereka kelak. Cara mengatasinya : i. Ibu bapa digalakkan makan semeja besama kesemua anak anak mereka pada waktu makan dan makan bersama anak mereka. Dalam suasana makan bersama, ibu bapa perlu makan makanan berkhasiat terutama sekali sayur sayuran yang dimakan dengan selera sekali. Pendek kata apa sahaja makanan yang ibu bapa mahu anak mereka makan, ibu bapa perlu memakannya di hadapan anak anak mereka dengan penuh selera dan rasa enak. Kanak kanak yang melihat keadaan ini tentu sekali ingin mencuba dan meniru gelagat ibu bapa mereka. ii. Anak anak tidak perlu dimarah sekiranya mereka makan dalam keadaan bersepah. Hal ini kerana ibu bapa juga perlu memastikan bahawa suasana semasa makan adalah tenteram dan tidak penuh kritik untuk mengelakkan anak kecil menjadi takut pada waktu makan. Ibu bapa seharusnya membiarkan sahaja keadaan bersepah yang berlaku dan melatih anak mereka sedikit demi sedikit supaya tidak makan dalam keadaan demikian. iii. Untuk membantu anak anak mudah gemarkan makanan ialah melalui proses pembelajaran dengan memperkenalkan rasa pelbagai makanan.
|
|
Menguruskan Tingkahlaku Makan Anak-Anak. Isu makanan merupakan satu apek penting dalam masyarakat. Oleh kerana makanan penting dalam kehidupan dan boleh memastikan perkembangan fizikal yang sihat, semua ibu bapa berharap agar anak mereka gemar makan makanan berkhasiat. Walaubagaimanapun tidak semua menu hidangan ibu bapa disukai oleh kanak kanak. Beberapa jenis masalah yang berhubungkait dengan makanan bleh timbul di kalangan kanak kanak: 1. Makan memilih 2. Tidak mahu makan |
|
Laman ini dibina untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. |
|
Pelajar Psikologi Perkembangan Sesi 2006/2007, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. |
|
Hak Cipta © 2007 Laman Web oleh SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Paparan terbaik menggunakan IE 6.0 dengan resolusi 1024 X 768. |