|
Pelajar Psikologi Perkembangan Sesi 2006/2007, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecedaraan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. |
|
Hak Cipta © 2007 Laman Web oleh SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Paparan terbaik menggunakan IE 6.0 dengan resolusi 1024 X 768. |

|
Laman ini dibina untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. |

| MENU |
| Kenali Kanak-Kanak |
| Aspek Perkembangan |
| Masalah & Pengurusan Kanak-Kanak |
| Penyakit Lazim |
| Unsur-unsur Rohani |
| Soalan Lazim [FAQ] |
| Soalan Kuiz |
| Interaktif |
| Arkib Isu Semasa |
|
Soalan-soalan Lazim bagi Ibu Bapa yang ingin mengenali anak mereka ! Semua ibu bapa berpendapat yang mereka mengenali anak-anak mereka. Tanggapan ini sepatutnya benar. Malangnya terdapat ibu bapa yang tidak tahu langsung tentang perkembangan dan sikap anak anak mereka. Untuk membantu ibu bapa dalam hal ini soalan yang disenaraikan adalah digunakan sebagai panduan untuk mengetahui sama ada ibu bapa benar benar tahu dan kenal dengan anak mereka. |
|
30 Soalan Mengenali Anak Anda : 1. Apakah warna kegemaran anak anda? 2. Siapakah kawan baik anak anda? 3. Siapakah ‘wira’ atau ‘hero’ kesayangan anak anda? 4. Apakah yang boleh memalukan anak anda? 5. Apakah yang ditakutkan oleh anak anda? 6. Apakah jenis sukan kegemaran anak anda? 7. Apakah jenis muzik kegemaran anak anda? 8. Selain daripada ahli dalam keluarga, siapakah yang banyak mempengaruhi hidup anak anda? 9. Apakah mata pelajaran sekolah yang manjadi kegemaran anak anda dan tidak digemarinya? 10. Apakah kejayaan anak anda yang sangat dibanggakan oleh anak anda? 11. Apakah mengenai diri anak anda yang tidak mahu orang lain ketahui? 12. Apakah rancangan televisyen yang anak anda gemari? 13. Apakah yang anak anda suka buat semasa berada di kedai permainan? 14. Sekiranya anak anda dibenarkan mendapatkan apa yang diiginkannya, apakah yang di pilihnya? 15. Apa sebenarnya yang boleh membuat anak anda berasa marah? 16. Siapakah guru kesayangan anak anda? 17. Adakah anak anda disukai oleh kawan-kawannya di sekolah? 18. Apakah cita-cita anak anda? 19. Apakah yang telah menghampakan diri anak anda dalam tahun ini dan juga tahun lepas? 20. Adakah anak anda fikir dia terlalu tinggi atau terlalu pendek megikut umurnya? 21. Apakah benda yang boleh anda berikan kepada anak anda dan yang akan disayanginya dan disimpannya selalu? 22. Bagaimanakah cara bercuti yang menjadi pilihan anak anda? 23. Kerja rumah yang bagaimanakah yang tidak disukai langsung oleh anak anda? 24. Apakah buku (selain daripada buku sekolah) terbaru yang dibaca oleh anak anda? 25. Apakah suasana dan peristiwa dalam keluarga yang menjadi kesukaan anak anda? 26. Apakah makanan kegemaran anak anda dan apa pula yang tidak digemarinya? 27. Apakah nama panggilan atau nama samaran yang diberi oleh kawan-kawan anak anda kepadanya di sekolah? 28. Di antara barang kepunyaan anak anda apakah yang paling disukainya? 29. Bilakah masa yang anak anda gemar membuat kerja sekolahnya? 30. Apakah jenis binatang peliharaan yang anak anda ingin miliki?
Bertanyalah kepada diri anda sendiri, sebagai ibu bapa yang benar-benar mengenali anak anda sendiri, adakah anda mampu menjawab kesemua persoalan di atas? Jika tidak ini bermakna adalah perlu untuk anda lebih mengenali anak anda sendiri …
|