[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][Peta Minda Pencemaran Udara][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ]
[Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber] [Panduan] [Hubungi Cikgu Din]


PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU 
Kod 02/02

Kertas Soalan PMR Mengandungi 2 Kertas iaitu:
+ Kertas Satu
+ Kertas Dua (Markah penuh Kertas 2 : 100 markah)

         - Bahagian A ( i ) : Ringkasan - 20 markah
         - Bahagian A ( ii ): Pemahaman - 10 markah
         - Bahagian B       : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan - 20 markah.
         - Bahagian C       : Karangan Respons Terbuka - 40 markah
         - Bahagian D       : Pemahaman Novel - 10 markah

PMR : KERTAS DUA : BAHAGIAN C

BAHAGIAN C

KARANGAN RESPONS TERBUKA

Pengenalan

-  Bahagian C  mengemukakan  lima soalan dan calon hanya perlu memilih  satu tajuk untuk  dijawab.
-  Panjang karangan yang ditulis hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
-  Masa yang diperuntukkan untuk menulis karangan ini ialah  45 minit dan markah yang diberi 
   ialah 40 markah.
-  Tajuk karangan yang dikemukakan terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat. 
 

    Karangan Berformat 

            -  Surat rasmi
            -  Surat tidak rasmi
            -  Ucapan / syarahan / ceramah
            -  Laporan
            -  Berita
            -  Dialog / wawancara / temu ramah

            Karangan Tidak Berformat 

            -  Keperihalan / gambaran / pengalaman
            -  Perbincangan
            -  Fakta
            -  Peribahasa
            -  Cereka

Teknik Menjawab

            1.    Baca kelima-lima soalan dan kemudian fahamkan kehendak soalan.
            2.    Pilih tajuk yang benar-benar difahami di samping mencari kata kunci soalan.
            3.    Buat rangka karangan sebelum menulis karangan yang dipilih selengkapnya.
            4.    Pastikan karangan yang dibuat mengandungi 

                   a.  Pendahuluan / pengenalan
                   b.  Isi
                   c.  Penutup / kesimpulan

            5.    Setiap isi yang dikemukakan ditulis dalam perenggan yang berlainan.
            6.    Setiap isi perlu disertakan dengan huraian dan contoh-contoh yang jelas.
            7.    Susun isi-isi mengikut keutamaan.
            8.    Akhiri karangan dengan penutup / kesimpulan berdasarkan isi-isi yang telah 
                   dikemukakan dalam karangan.
            9.    Masukkan peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata hikmah  untuk 
                   mengukuhkan huraian.
          10.    Semak karangan yang ditulis sebelum menghantarnya kepada pengawas peperiksaan.

KARANGAN RESPONS TERBUKA
BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT

(CEMERLANG?)
1. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
2. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis (kesalahan yang minimum)
3. Penggunaan penanda wacana yang betul
4. Ejaan yang betul
5. Tanda baca yang betul
6. Idea yang relevan
7. Huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh yang sesuai
8. Pengolahan menarik dan berkesan
9. Pemerengganan yang sesuai
10. Format menepati kehendak soalan
11. Penggunaan ungkapan yang mudah (peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik)
[ Muka Depan ][ Pencemaran Air ][ Pencemaran Udara ][Peta Minda Pencemaran Udara][ Pencemaran Daratan ][ Pencemaran Bunyi ]
[Pencemaran Bau] [ Kesan Rumah Hijau ][ Latihan ][ Pautan ] [Citra Bahasa Siber] [Panduan] [Hubungi Cikgu Din]
Hosted by www.Geocities.ws

1