|
Apa itu e-perolehan
Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai
ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan
meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional
(secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan
elektronik menerusi Internet.
ePerolehan membolehkan
para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian
serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan
menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan
ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau
eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana
desktop menggunakan perisian pelayar web.
Pembekal juga berupaya
menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan
menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan
membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui
pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi
Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan,
memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran
melalui ePerolehan.
|