|
KURSUS PERDAGANGAN
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
Kursus Diploma Pengajian Perniagaan di reka bentuk bagi membekalkan pelajar dengan
pengetahuan perdagangan. Penekanan khusus di berikan kepada bidang pengajian perniagaan
seperti Pemasaran, Perakaunan, Statistik, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Undang-Undang
syarikat, Pencukaian dan Matematik Perniagaan. Di samping itu juga penekanan di beri terhadap
Commercial English. Pendedahan terhadap mata pelajaran berkenaan bagi kursus ini membolehkan
pelajar menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan organisasi perdagangan.
DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
Kursus ini meliputi dua bidang utama iaitu perhotelan dan pengurusan katering. Dalam bidang
ini pelajar dilatih dengan mendalam dalam kemahiran penyeliaan dan perkhidmata makanan
dan 'housekeeping'. Pelajar akan berpeluang untuk meneroka hal-hal yang berkaitan seperti
penyelenggaraan ruang dapur, pengawalan kos dan undang-undang hospitaliti.
DIPLOMA REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN
Kursus ini merangkumi aktiviti-aktiviti pembuatan pakaian secara menyeluruh. Di antara
subjek-subjek utama ialah promosi fesyen, unsur-unsur rekaan fesyen berkomputer, komunikasi perniagaan dan pengurusan kos. Pelajar di latih dengan teknik-teknik 'merchandising' untuk
membolehkan mereka mencebur diri dalam urus niaga dengan lebih berketerampilan dan
berkeyakinan..
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
Kursus ini di rangka untuk menyediakan lulusan yang mempunyai pengetahuan ilmiah dan
praktikal yang terbaru serta berkeyakinan untuk berdikari dalam bidang teknologi makanan.
Ianya bertujuan untuk membekalkan tenaga kerja separa profesional kepada industri makanan
yang sedang berkembang pesat di negara ini. Mata pelajaran yang di pelajari termasuk Kimia,
Kimia Organik, Mikrobiologi, Pengawet dan Pembungkusan dan Kawalan Mutu Makanan. Lulusan
kursus ini berpeluang menceburi dalam pekerjaan yang berasaskan industri teknologi makanan
serta dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti.
|