Laman Utama Link IPTA Profail Buku Tamu
     
Maklumat berkaitan
Networking
Setup Win2000
Baik pulih PC
Kursus dipoliteknik
Awam
Elektrik
Mekanikal
Perdagangan

 

 
 

KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan pelajar mengguna, menguji, menyenggara dan membaikpulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Disamping mempelajari prinsip elektrik dan elektronik asas, kursus ini juga merangkumi modul elektronik kuasa, sistem kuasa,mesin elektrik, pengalatan elektronik, kawalan motor, bekalan kuasa elektrik, mesin dan kawalan. Lulusan kursus ini akan layak mendapat pekerjaan sebagai juruteknik di industri pembuatan elektronik, penjana elektrik, industri minyak dan gas serta industri perkhidmatan elektrik.

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK(ELKTRONIK KUASA DAN KAWALAN )
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan elektrik kuasa dan boleh menggunakan, menguji, menyelenggarakan dan membaik pulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Di samping mempelajari prinsip asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, kursus ini juga merangkumi elektronik kuasa, sistem kuasa, mesin elektrik, peralatan elektronik, kawalan motor arus terus, penukar dan PLC, bekalan kuasa elektrik, kawalan mesin arus ulang alik. Kursus ini juga membekalkan pelajar dengan pengetahuan mengenai komputer dan aplikasi asas malah juga pengaturcaraan dan penggunaan perisian CAD. Lulusan kursus ini berpeluang mendapat pekerjaan sebagai juruteknik di industri pembuatan, elektronik, penjanaan elektrik, industri minyak dan gas termasuk industri menservis elektrik dan lelektronik. Lulusan yang cemerlang juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada bidang kejuruteraan elektronik yang menjuruskan kepada sistem kawalan elektronik di industri. Selain dari modul asas dalam bidang elektrik dan elektronik, pelajar akan mempelajari elektronik industri, sistem kawalan, sistem mikrokomputer, CAD, sistem automatik dan kawalan motor elektrik. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus akan layak mendapat pekerjaan sebagai juruteknik di bidang pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri minyak dan gas termasuk industri perkhidmatan elektrik dan elektronik.

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menguji peranti elektrik dan elektronik bagi penambahbaikan perisian komputer. Kurikulum kursus ini mengandungi modul sistem digital, pengukuran dan pengalatan elektronik, sistem pemprosesan mikro, jurubina komputer, kajian dan penyenggaraan komputer serta kejuruteraan perisian. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus akan dapat pekerjaan sebagai juruteknik di bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT.

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERHUBUNGAN)
Kursus ini di sediakan untuk pelajar dengan pengetahuan dan amalan menguji, menyenggara dan membaiki peralatan elektronik. Kurikulum kursus ini mengandungi asas elektrik dan elektronik, sistem digital, penyenggaraan dan membaiki peralatan elektronik, sistem komunikasi dan sistem televisyen. Kursus ini juga membekalkan pelajar dengan pengetahuan mengenai komputer dan aplikasi asas malah juga pengaturcaraan dan penggunaan perisian CAD. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini akan berpeluang menceburi kerjaya sebagai juruteknik di bidang elektronik. Lulusan yang cemerlang juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
Kursus ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan amalan menguji, membaiki dan menentu ukur pengalatan dan peralatan elektronik. Kurikulum kursus meliputi asas elektrik dan elektronik, pemasangan pendawaian, sistem digital, litar elektrik, telekomunikasi, pengalatan dan kawalan. Kursus ini juga membekalkan pelajar dengan pengetahuan mengenai komputer dan aplikasi asas malah juga pengaturcaraan dan peggunaan perisian CAD. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan sebagai juruteknik di bidang pembuatan elektronik. Lulusan yang cemerlang juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kursus ini di rekabentuk untruk memberi pendidikan dalam bidang sistem dan teknologi maklumat. Kursus ini adalah sebagai persediaan di dalam kerjaya yang sedang dan akan wujud di masa akan datang dalam penggunaan sistem dan teknologi maklumat, merancang, menganalisa, merekabentuk, membina, menyelenggara dan menguruskan bisnes aplikasi komputer, sistem pengurusn maklumat, pangkalan data dan rangkaian komputer. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pengaturcaraan dengan berbagai jenis data dan struktur pangkalan data untuk membolehkan pelajar membina dan menyelenggaraan berbagai program aplikasi , dari program yang menjalankan rutin-rutin sistem maklumat tertentu sehingga kepada program yang berasaskan web. Pelajar yang berjaya mengikuti kursus ini mempunyai asas yang kukuh untuk menceburi kerjaya di bidang teknologi maklumat yang amat luas skopnya. Lulusan yang cemerlang juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

   

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 / Netscape 6.0 ke atas dengan resolusi 800x600 pixels

Download Netscape Terbaru | Download Internet Explorer Terbaru

All rights reserved for hizriey. Copyright © 2002

[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1