Laman Utama Link IPTA Profail Buku Tamu
     
Maklumat berkaitan
Networking
Setup Win2000
Baik pulih PC
Kursus dipoliteknik
Awam
Elektrik
Mekanikal
Perdagangan

 

 
 

KURSUS KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Kursus ini memberi asas kepada prinsip kejuruteraan mekanikal dan mempertingkatkan lagi kemahiran amali dalam bidang kejurutraan dan berkomunikasi yang amat di perlukan dalam industri. Pelajar yang mengikuti kursus ini antara lain berpeluang menjalani latihan dalam bidang memesin, mengimpal, pengaturcaraan komputer, proses pembuatan, CNC dan pengujian bahan. Di samping menekankan yang kejuruteraan mekanikal adalah satu bidang yang praktik, kursus ini juga bertujuan melatih pelajar supaya dapat berinteraksi dengan teknologi baru. Mata pelajaran yang di pelajari termasuk Matematik, Sains Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Bahan, Teknologi Elektrik, Teknologi Haba & Bendalir, Kajidaya Bahan, Rekabentuk, Pneumatik & Hidraulik dan Kajidaya Mesin. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal di Universiti.

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL(AUTOMOTIF)
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi yang di perlukan oleh seorang penyelia dalam industri automotif. Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan menjurus kepada bidang khusus dalam kejuruteraan automotif. Pengajian dalam bidang khusus ini akan melengkapkan pelajar dengan keterampilan yang di perlukan apabila memasuki alam pekerjaan dalam industri automotif. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka keperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti.

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)
Kursus ini adalah sesuai bagi mereka yang ingin mengikuti kerjaya dalam teknologi pembuatan terutama dalam bidang rekabentuk (CAD) , bahan, pengeluaran dan pemprosesan(CAM). Kursus ini digubal untuk memadukan aspek rekabentuk, prinsip mekanikal, pengeluaran dan pengurusan dengan mengambil kira penggunaan teknologi komputer. Lulusan kursus ini boleh mencebur diri di dalam pelbagai kerjaya dalam industri pembuatan. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti.

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL(PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)
Kursus ini di rekabentuk untuk memberi pelajar pengetahuan dan kemahiran yang di perlukan oleh industri Penyaman Udara dan Penyejukbekuan. Pelajar di beri secara mendalam aspek teori dan amali kejuruteraan mekanikal. Penekanan lebih akan di beri pada semester terakhir mengenai kerja projek yang membolehkan pelajar mengembang minat dalam pengkhususan yang di minati. Mata pelajaran yang di pelajari termasuk Teknologi Elektrik, Teknologi Haba dan Bendalir, Teknologi Penyaman Udara & Penyebekuan, Sistem Kawalan dan Pengurusan Perindustrian. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti.

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)
Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih tenaga manusia dalam pelbagai disiplin yang berkaitan dengan kejuruteraan pertanian. Mata pelajaran yang di pelajari termasuk Pengairan dan saliran, Struktur Ladang, Kejenteraan Pertanian, Dinamik Bendalir dan Rekabentuk. Lepasan kursus ini berpeluang menjadi pekerja terlatih yang mahir untuk operasi dan membaik pulih mesin perladangan serta dapat membantu mengubahsuai tradisi mempraktikkan pertanian ke arah yang lebih efisien, membawa keuntungan dalam industri yang berasaskan pertanian.

   

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 / Netscape 6.0 ke atas dengan resolusi 800x600 pixels

Download Netscape Terbaru | Download Internet Explorer Terbaru

All rights reserved for hizriey. Copyright © 2002

[email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1