|
KURSUS
KEJURUTERAAN AWAM
DIPLOMA
KEJURUTERAAN AWAM
Kursus
ini memberi penekanan kepada beberapa aspek dalam kejuruteraan
awam seperti rekabentuk, pengurusan pembinaan dan penganalisaan.
Mata pelajaran yang di pelajari termasuk Matematik, Lukisan
Kejuruteraan, Struktur, Hidrologi, Mekanik Tanah, Kejuruteraan
Jalanraya, Pengurusan Pembinaan, Aturcara Kontrak dan Ukur
Bahan. Selepas menamatkan pengajian pada peringkat diploma
ini pelajar dapat ditempatkan di industri pembinaan sebagai
Penyelia bahagian kerja-kerja penyeliaan ataupun sebagai Pembantu
Teknik Awam di jabatan-jabatan kerajaan. Lulusan diploma ini
juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ke peringkat
Ijazah Muda Kejuruteraan Awam di Universiti yang ada bagi
menjadi seorang Jurutera.
DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN
Kursus ini melengkapkan pelajar untuk menjadi pembantu teknik di sektor perkhidmatan bangunan yang mana
pelajar akan terlibat dengan para profesional yang lain disektor pembinaan bangunan gabungan ini adalah
untuk memastikan setiap bangunan yang dibina menepati keperluan untuk keselesaan pengguna serta menjamin keselamatan
mereka. Pelajar juga terlibat dengan merekabentuk sistem perkhidmatan bangunan. Di samping memberi ruangan yang
selesa bagi pengguna, pelajar-pelajar juga di dedahkan dalam proses penyelenggaraan alatan perkhidamatan bangunan.
Kursus ini direkabentuk untuk memberi pengetahuan yang komprehensif tentang perkhidmatan bangunan yang terdapat
dalam bangunan seperti sistem pencahayaan, sistem perpaipan, sistem pencegahan kebakaran, sistem bekalan air sejuk
dan panas, sistem pembuangan sisa, sistem pengudaran dan penghawa dingin, sistem elektrik, lif dan eskalator.
Peluang kerjaya luas bagi lulusan diploma ini sebagai penyelia dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di
sektor swasta ataupun Pembantu Teknik Awam di jabatan-jabatan kerajaan. Lulusan diploma ini juga boleh
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti
DIPLOMA SENI BINA
Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar menjadi Pembantu Teknik Seni Bina yang berupaya menyediakan
rekabentuk struktur dan lukisan persembahan bangunan. Di antara mata pelajarannya ialah Lukisan seni Bina,
Perkhidmatan Bangunan, Rekabentuk Seni Bina, CAD, Sejarah seni Bina, Sains Persekitaran dan lain-lain.
Pelajar di latih secara manual atau menggunakan komputer bagi menghasilkan lukisan arkitek bagi sebuah
bangunan serta membuat kerja persembahan seperti membuat model untuk pembangunan projek-projek baru.
Lulusan diploma mempunyai peluang pekerjaan yang meluas di firma-firma arkitek sebagai Pembantu Arkitek
manakala di sektor awam mereka boleh bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Seni Bina.
Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di
Universiti bagi menjadi seorang Arkitek di masa hadapan.
DIPLOMA UKUR BAHAN
Kursus ini bertujuan umtuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta pendedahan mengenai bidang ukur bahan
dan ekonomi binaan. Lulusan kursus ini akan menjadi seorang Pembantu Teknik Ukur Bahan yang terlibat dalam
perancangan pembinaan, pelaksanaan, pengawalan kewangan dan berbagai peringkat proses pembinaan yang meliputi
kajian kemungkinan, pra-tender dan pembinaan di tapak sehingga ke peringkat selepas pembinaan. Di antara mata
pelajaran yang di pelajari ialah Penggunaan Komputer, Matematik &Sains Kejuruteraan, Lukisan Bagunan,
Ukur Kejuruteraan, AturcaraBangunan, Ukur Kerja Bangunan, Teknologi Binaan & Bahan, Amalan Pejabat,
Perkhidmatan Bangunan, Penulisan Penentuan, Tawaran & Anggaran, Aturcara Pascakontrak & Amalan Iktisas,
Projek Ukur Bahan, Ekonomi Binaan, Aturcara & Amalan Iktisas, Komunikasi & Pengurusan Binaan,
Undang-undang Binaan, Teknologi Binaan & Kemudahan dan Ukur Kerja Kejuruteraan Awam. Lulusan Diploma ini
mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas di firma-firma Ukur Bahan di sektor swasta manakala di
sektor awam mereka boleh bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan sebagai Juruteknik Ukur bahan .
Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
di Universiti bagi menjadi seorang Juru Ukur Bahan.
DIPLOMA UKUR TANAH
Bidang kursus ini melibatkan kerja-kerja pengukuran di padang bagi mengumpul maklumat kedudukan
dan bentuk rupa bumi sesuatu kawasan. Ianya merangkumi ukur kejuruteraan, Ukur Hidrogi, ukur Kadaster, Kartografi,
Fotogrametri, Astronomi, Aplikasi Komputer dan lain-lain.Pelajar dilatih mengumpul, memproses, menganalisa
dan mempersembahkan data spatial. Lulusan diploma ini mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas sebagai
Pembantu juru Ukur di firma-firma ukur swasta manakala di sektor awam mereka boleh bekerja di jabatan
ukur
sebagai Pembantu Juruteknik Ukur. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat
Ijazah sarjana Muda Ukur Tanah di Universiti bagi menjadi seorang juru ukur.
|