Kerajaan Elektronik
Kerajaan Malaysia melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu
daripada Aplikasi Perdana MSC dengan aspirasi untuk menggunakan teknologi
multimedia dalam membentuk semula cara kerajaan beroperasi. Kerajaan
Elektronik akan memperbaiki operasi dalaman kerajaan dan juga perkhidmatan
yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
Ia bertujuan untuk meningkatkan keselesaan, pencapaian dan kualiti
dalam interaksi bersama orang ramai dan juga syarikat perniagaan; secara
langsung ia akan memperbaiki aliran maklumat dan proses-proses di dalam
kerajaan untuk meningkatkan kepantasan dan kualiti pembangunan,
penyelarasan dan penguatkuasaan polisi.
Menyedari potensi ekonomi digital sedunia, Kerajaan Malaysia telah
melancarkan satu aplikasi perolehan elektronik menerusi aplikasi perdana
Kerajaan Elektronik MSC.