J O J A P S (mjurnal)

JOURNAL ONLINE JARINGAN PENGAJIAN SENI BINA

VOLUME 19 - 2020
Click the title to download the full paper.

Paper 01/2020 -Traverse Application F2F for DCC20063 Engineering Survey
Nor Safizah Binti Ponachi & Noor Faizah Binti Zohardin  
Main Author from Politeknik Port Dickson.
Abstract - In the current practice of surveying, Field to Finish (F2F) are a work process that automated integrated manner until the end result without repetitive processes. Field to Finish (F2F) method also use as a fully automated process used in practice using several components of Total Station Survey System, District Survey Office Automation System (SAPD) and Handshake with Cadastral Data Management System (SPDK). The use of Field to Finish (F2F) method has been widely applied in surveying work because it uses more data generation and uses short time. In this paper, Traverse Application F2F will be develop as a Field to Finish (F2F) component for practical DCC20063 Engineering Survey course. Microsoft Excel 365 will be use to develop Traverse Application F2F which uses the several formula and this application will connect to several screens. The Traverse Application F2F a develop to provide exposure for DCC20063 Engineering Survey student to use Field to Finish (F2F) component and to collect more data in the real time.

Paper 02/2020 - Pemantauan Hakisan Pantai Menggunakan Teknik UAV Fotogrametri
Noor Faizah Binti Zohardin & Rohafiza bt Hj Md Darus   
Main Author from Politeknik Port Dickson.
Abstract - Kawasan pantai Malaysia sering terdedah kepada ancaman hakisan akibat proses semulajadi yang saling bertindak balas seperti ombak, angin, arus dan pasang surut. Selain itu, hakisan pantai juga disebabkan oleh aktiviti pembangunan di sepanjang persisiran pantai seperti pembinaan jambatan, marina, aktiviti pelancongan, perlombongan pasir, penebangan hutan paya bakau yang akhirnya mengganggu keseimbangan dinamik pantai. Pengumpulan data dan maklumat yang tepat serta mengenalpasti perubahan topografi kawasan pantai mampu meningkatkan kejayaan projek kawalan hakisan pantai. UAV fotogrametri dilihat sebagai alternatif  baru dalam pengumpulan data hakisan pantai dengan kos yang murah dan cepat. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji bagaimana penggunaan UAV fotogrametri dapat digunakan bagi memantau hakisan pantai. Objektif kajian adalah bagi mengkaji perubahan topografi kawasan hakisan secara kualitatif dan kuantitatif dan menilai ukuran anjakan garisan penambakan pantai yang berlaku. Sebanyak dua seri cerapan di buat dalam sela masa tiga bulan. Sebanyak 162 foto udara diambil dengan nilai GSD 2.77 cm bagi sesi pertama dan 94 foto udara diambil dengan nilai GSD 3.15 cm bagi sesi kedua.  Analisa bagi hakisan pantai menunjukkan bahawa wujud hakisan yang kritikal di kawasan kajian. Berlaku proses penambakan dan hakisan semula jadi di kawasan kajian dalam tempoh tiga bulan. Secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa cerapan data menggunakan kaedah UAV Fotogrametri  boleh digunakan bagi mengesan perubahan topografi kawasan hakisan dengan jelas.

Paper 03/2020 -Kemahiran – Kemahiran Yang Diperlukan Oleh Pengusaha Rumah Inap Untuk Menjamin Kelestariannya.
Abdul Rashid Bin Husain   
Main Author from Politeknik Merlimau Melaka.
Abstract - Program rumah inap membangun dengan pesat dan telah berjaya menjadikan  sebagai salah satu produk pelancongan yang terbaik di Malaysia. Namun, rumah inap tidak mampu untuk bertahan dalam tempoh masa yang lama dan kebanyakkannya ada yang perlu bergantung kepada bantuan pihak luar secara berpanjangan. Selain itu, rumah inap tidak berada dalam keadaan yang baik dan bersih. Tambahan pula, program rumah inap sukar beroperasi secara  optimum kerana kekurangan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kemahiran - kemahiran yang diperlukan oleh pengusaha rumah inap di sekitar Negeri Melaka. Antara kemahiran – kemahiran yang dikaji ialah kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan kewangan dan kemahiran pengurusan pentadbiran. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah soal selidik. Sebanyak 70 set soal selidik telah diedarkan kepada pengusaha rumah inap. Borang soal selidik tersebut telah digunakan untuk tujuan analisisa data. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati responden bersetuju kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan kewangan dan kemahiran pengurusan  pentadbiran diperlukan oleh pengusaha rumah inap di sekitar Negeri Melaka untuk menjamin kelestariannya. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu industri pelancongan khususnya di Negeri Melaka membangun dengan lebih pesat .

Paper 04/2020 -Rawatan Nilai pH Sungai Ayer Salak Menggunakan Kaedah Saluran Batu Kapur untuk Tujuan Pengairan
Siti Nur Farhana Binti Abdul Aziz & Haliza Binti Ab. Karim    
Main Author from Politeknik Melaka.
Abstract - Sungai adalah satu sumber air yang penting dalam aktiviti manusia seharian terutamanya aktiviti pertanian. Salah satu kaedah bagi menyalurkan air ke kawasan pertanian adalah melalui kaedah pengairan. Pengawalan dan pemantauan terhadap kualiti air yang digunakan amat penting bagi memastikan pertumbuhan tanaman tidak terbantut. Pencemaran air hasil daripada aktiviti manusia perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kehadiran bendasing dalam air yang boleh mengganggu pertumbuhan tanaman dan menyebabkan hasil keluaran produktiviti berkurangan. Kajian ini bertujuan untuk memperoleh kualiti Sungai Ayer Salak sedia ada yang digunakan untuk tujuan pengairan, pembinaan saluran batu kapur sebagai kaedah alternatif merawat nilai pH dan menguji keberkesanan saluran tersebut bagi mendapatkan nilai pH seperti kehendak piawaian Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pengambilan sampel air sebanyak 60L dilakukan pada stesen yang dipilih berdasarkan lokasinya yang terletak sebelum inlet kawasan pengairan tanaman di Sungai Ayer salak. Sampel air telah diambil pada 21/7/2019. Sampel air ini diuji untuk mendapatkan kualiti air Sungai Air salak sebelum digunakan untuk pertanian. Terdapat 3 parameter penting untuk pertanian yang dinilai semasa penilaian kualiti air iaitu pH, oksigen terlarut (DO) dan kekeruhan. Sampel ini kemudiannya disalurkan ke saluran batu kapur berskala makmal yang telah dibina. Batu kapur yang digunakan adalah batuan yang melepasi tapisan 10mm melalui sieve analysis. Jumlah keseluruhan batu kapur yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 10kg. Sampel air sungai yang diambil, dibawa ke makmal Politeknik Melaka bagi menjalankan kajian. Bacaan pH, oksigen terlarut dan kekeruhan di ambil pada setiap minit ke 30, 45 dan 60 minit. Bacaan yang direkodkan di analisa dengan menggunakan Microsoft excel dan graf diplotkan bagi menunjukkan keberkesanan saluran batu kapur dalam mengubah pH sampel air sesuai untuk kegunaan pertanian seperti yang ditetapkan dalam Standard Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Jabtan Alam Sekitar 2015. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan saluran batu kapur berkesan untuk memperbaiki nilai pH mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. pH yang bersesuaian untuk pengairan tanaman amat penting bagi memastikan tanaman dapat hidup dan membesar dengan baik. Seterusnya memberikan hasil yang lumayan kepada pengusaha tanaman. Walaupun begitu nilai kandungan oksigen dilihat terganggu dengan penggunaan saluran batu kapur ini.

Paper 05/2020 - Penglibatan Generasi Y Dalam Rekreasi Berasaskan Cabaran Kajian Kes: Aktiviti Rakit Arus Deras di Sungai Kampar, Gopeng, Perak
Nyi Imas Binti Muhamad Chong & Abdul Kharim Bin Abdul Hamid   
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan.
Abstract - Kajian ini adalah mengenai generasi Y dan penglibatan mereka dalam rekreasi berasaskan cabaran, kajian kes: aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, Gopeng, Perak.Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor yang menarik minat generasi Y menyertai aktiviti pelancongan lasak dan faktor utama yang dititik beratkan sebelum merancang aktiviti pelancongan lasak. Satu set soal selidik di edarkan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada generasi Y dalam lingkungan umur diantara 23 hingga 42 tahun yang menyertai aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, Gopeng, Perak. Secara keselurahan hasil kajian menunjukkan bahawa minat merupakan faktor paling utama generasi Y untuk menyertai aktiviti rekreasi berasaskan cabaran. Manakala kos perbelanjaaan aktiviti merupakan faktor utama yang dititik beratkan sebelum merancang aktiviti rekreasi berasaskan cabaran ini.

Paper 06/2020 - Impak Penggunaan “Multiple Framing Adjuster” Terhadap Penjimatan Kos Di Dalam Industri Binaan
Noor Hazalina Binti Abdullah, Fara Haszillah Binti Hasim & Noorazliza Binti Abd Rahim   
Main Author from Politeknik Melaka.
Abstract - Pintu dan tingkap merupakan komponen wajib yang perlu ada dalam sesebuah bangunan. Maka adalah penting untuk memastikan pemasangan komponen ini dilakukan dengan sempurna. Mengikut kaedah konvensional yang diamalkan dalam pembinaan, kerangka pintu atau tingkap didirikan menggunakan tupang kayu. Proses penetapan kerangka pintu atau tingkap menggunakan tupang kayu ini adalah lebih rumit dan memakan masa. Selain itu, ianya juga hanya dapat digunakan secara purata sebanyak 7 kali kerana kayu merupakan bahan yang mudah rosak. Justeru itu, produk inovasi tupang besi yang dinamakan Multiple Framing Adjuster (MFA) direkabentuk sebagai alternatif kepada tupang kerangka pintu atau tingkap yang lebih efisien. Produk ini diperbuat daripada besi keluli lembut berongga (hollow mild steel) dan dilengkapi dengan alat pengesan kecondongan iaitu yang dinamakan Electronic Spirit Level (ESL) bagi memudahkan proses pemasangan kerangka pintu atau tingkap. Produk ini direkabentuk dengan ciri-ciri seperti tahan lasak, pemasangannya yang cepat dan mudah dibawa. Mengikut spesifikasi bahan yang digunakan, secara purata MFA boleh digunakan minimum 30 kali. Dari sudut kendalian, ujikaji oleh pekerja binaan di tapak bina membuktikan MFA boleh dikendalikan dengan mudah oleh pekerja separa mahir. Hanya seorang pekerja diperlukan untuk memasang kerangka pintu atau tingkap menggunakan MFA berbanding 2 orang pekerja diperlukan bagi kaedah konvensional. Oleh kerana MFA didatangkan dengan komponen-komponen berasingan yang boleh dilerai, alat ini amat mudah diganti serta tidak memerlukan penyenggaraan yang kerap. Faktor-faktor ini dapat mengurangkan kos upah pekerja dan bahan kayu yang digunakan.Selain itu, dapat mengurangkan penggunakan kayu dan secara tidak langsung dapat membantu ke arah mempromosikan penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan.

Paper 07/2020 - Pembangunan Kapasiti Komuniti di Luar Bandar Menerusi Teori Perubahan dan Pendekatan Andragogi: Kajian Kes di Homestay Malaysia
Hj Nor Hairul Bin Palal, Ruhaizah Binti Duki & Prof Dr Amran Bin Hamzah   
Main Author from Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
Abstract - Proses pembangunan kapasiti komuniti di luar bandar merupakan satu keperluan terutama dalam pembangunan homestay. Sehubungan itu, proses perubahan ini perlu dititikberatkan dengan memastikan proses yang terancang agar perubahan yang dilakukan tidak secara mendadak. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan adalah menerusi proses yang menglibatkan Teori Perubahan Lewin yang akan melibatkan tiga fasa iaitu Fasa Proses Pencairan, Fasa Proses Peralihan dan Fasa Proses Pembekuan Semula. Kajian yang dijalankan melibatkan bagaimana proses Teori Proses Pembangunan Kapasiti ini dikaitkan Teori Perubahan Lewin menerusi pendekatan andragogi agar pelaksanaan perubahan dapat dilakukan dengan baik. Isu yang perlu diberi perhatian adalah kesesuaian pendekatan latihan kerana kebanyakkan operator homestay Malaysia adalah berumur 40 tahun dan ke atas. Kajian yang dijalankan melibatkan 50 orang responden di mana kajian kes adalah di homestay Malaysia. Kajian ini dilakukan secara kualitatif yang dilaksanakan secara temubual bersemuka. Oleh yang demikian, Atlat-Ti7 telah digunakan bagi membantu pembangunan tema kajian. Hasil kajian menunjukkan hubungkait yang rapat di antara Teori Pembangunan Kapasiti dan Teori perubahan Lewin’s menerusi kaedah pelaksanaan latihan secara andragogi.

Paper 08/2020 - Kajian Inventori  Minat Kerjaya Sidek (IMKS) Terhadap Pelajar Diploma Reka Bentuk Industri di Politeknik Ibrahim Sultan, Malaysia
Hanizam Bin Hussin, Marziana Binti Yaacob & Khatijah Binti Md. Saad   
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan.
Abstract - Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) merupakan salah satu penilaian yang digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dalam memahami personaliti diri sendiri dan seterusnya membantu memilih kerjaya yang sesuai dengan keinginan dan minat pelajar.  Alat ukur IMKS dapat mengukur minat kerjaya dalam konteks realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional yang terdiri daripada 17 kluster soalan. Kajian ini memfokuskan enam trait personaliti pelajar berdasarkan kod 3 mata Holland yang dijalankan dalam ujian Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) dalam konteks realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional yang terdiri daripada 17 kluster tema pekerjaan.  Di antara objektif yang hendak dicapai adalah bagi i) mengenal pasti trait personaliti di kalangan pelajar dan ii) mengenal pasti jenis kod 3 Mata Holland dalam mengetahui minat dan keinginan diri sendiri dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian di kalangan pelajar. Kaedah kuantitatif telah digunakan dan IMKS sebagai instrument bagi pengumpulan data dikalangan 42 orang responden. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar DRI semester satu yang mengikuti Program Modul Inspirasi Diri (MInD) dalam mengenal pasti kecenderungan trait personaliti pelajar dalam minat kerjaya yang dikategorikan mengikut Tema Pekerjaan dan Nama Pekerjaan. IMKS merupakan antara kaedah pelaksanaan penggunaan (MInD) bagi domain satu melalui Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) dalam memperkukuhkan nilai jangka panjang diri yang lebih terarah bagi meningkatkan potensi dan merencana kecermelangan diri. Dapatan kajian menunjukkan minat kerjaya pelajar DRI yang tertinggi adalah skor mata artistik (29%) diikuti dengan sosial (26%) dan realistik (25%). Mereka yang berada dalam kelompok artistik memiliki kebolehan dalam kesenian, sangat kreatif dan berinovasi, ini jelas menunjukkan bidang kerja yang bersesuaian dengan pelajar adalah arkitek, pelakon, penyanyi, pereka fesyen, editor, pereka permainan video, pereka dalaman, penyajak dan tukang masak persendirian.

Paper 09/2020 - Adaptasi Unsur-Unsur Seni Di Dalam Unsur-Unsur Rekaan Fesyen
Qistina Binti Arshad, Nurhamizah Binti Misuan & Marziana Binti Yaacob
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan.
Abstract - Setiap pelajar dalam bidang seni lukis dan seni reka perlu mengetahui unsur-unsur seni dalam rekabentuk dan dapat menghubungkaitkan unsur-unsur ini di dalam unsur-unsur rekaan fesyen. Pengetahuan asas dalam seni reka dapat melahirkan seseorang pereka fesyen yang lebih sensitif dengan keadaan sekeliling sekaligus dapat menghasilkan rekaan yang berkualiti dan diterima oleh masyarakat. Justeru itu, kajian tentang “Adaptasi Unsur-Unsur Seni di dalam Unsur-Unsur Rekaan Fesyen” dilakukan untuk mengenalpasti unsur-unsur seni di dalam unsur-unsur rekaan fesyen dan mengkaji proses hubungkait unsur-unsur seni di dalam unsur-unsur rekaan fesyen. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, metadologi kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah kuantitatif berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 58 orang responden yang terdiri daripada pelajar program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian, semester dua. Hasil dapatan kajian adalah sebanyak 4.05% min keseluruhan dari responden dapat mengenalpasti jenis unsur-unsur seni dan unsur-unsur rekaan fesyen. Manakala sebanyak 3.76% dari responden dapat mengkaji proses hubungkait unsur-unsur seni di dalam unsur-unsur rekaan fesyen.

Paper 10/2020 - Eco-Friendly Pineapple Bag
Nur Hidayah Zulkifli & Wan Rosnani Wan Mohamad
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan.
Abstract - The main purpose of this project is to spread awareness among the public about the use of plantation waste which is pineapple leaves as one of the innovative materials that can be incorporated in the production of daily products and traditional handicrafts. This is also to reduce the usage of non-biodegradable materials such as plastic, in which after the reduction can help in conserving and preserving the environment. Other than that, it can reduce open burning activity that has been widely practice among the farmer to clear up the land for new plantation. The implementation of this project was made possible through the collaboration with Nictar Farm - Honey Bee, and Pineapple, Pontian and Kompleks Kraf Johor, Johor Bahru. Nictar Farm – Honey Bee and Pineapple provided the pineapple leaves from their farm meanwhile Kompleks Kraf Johor provided the basic lesson of weaving in order to make the two products; a clutch and a sling bag. A one-to-one interview was conducted with both parties to see how effective the usage of pineapple leaves in making products and a questionnaire was distributed to the public through a Google Form link in which targeted one hundred 100 respondents.

Paper 11/2020 - Keberkesanan VRE (Virtual Reality Experience) Sebagai Alat Bantu Mengajar bagi Kursus Grafik Persekitaran.
Nurul Aini binti Mohamed & Siti Nur Sa’adah binti Masri
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan.
Abstract - The main purpose of this project is to spread awareness among the public about the use of plantation waste which is pineapple leaves as one of the innovative materials that can be incorporated in the production of daily products and traditional handicrafts. This is also to reduce the usage of non-biodegradable materials such as plastic, in which after the reduction can help in conserving and preserving the environment. Other than that, it can reduce open burning activity that has been widely practice among the farmer to clear up the land for new plantation. The implementation of this project was made possible through the collaboration with Nictar Farm - Honey Bee, and Pineapple, Pontian and Kompleks Kraf Johor, Johor Bahru. Nictar Farm – Honey Bee and Pineapple provided the pineapple leaves from their farm meanwhile Kompleks Kraf Johor provided the basic lesson of weaving in order to make the two products; a clutch and a sling bag. A one-to-one interview was conducted with both parties to see how effective the usage of pineapple leaves in making products and a questionnaire was distributed to the public through a Google Form link in which targeted one hundred 100 respondents.

Paper 12/2020 - Perbandingan Kandungan Antara Bio-Juff (Baja Organik) Dan Baja Kimia Dalam Pertanian Fertigasi
Nor’akma Osman, Mohd Hilmi Husaini Omar & Nor Lizam Rajulan @ Hj Salam
Main Author from Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka.
Abstract - Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanaman. Penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan kawalan keselamatan makanan (food security) berada pada tahap yang tidak sihat. Selain itu, penggunaan baja kimia tanpa kawalan turut memberi kesan negatif kepada pengguna. Melalui penggunaan baja organik, keselamatan makanan dapat diperbaiki dan penggunaan terus bahan tanaman tanpa perlu melalui proses nyah kimia akibat dari penggunaan baja kimia yang melampau sepanjang penghasilan tanaman makanan. Di samping itu juga ia dapat meningkatkan produktiviti pertanian. Selain itu, hasil pertanian selamat di makan oleh pengguna. Penghasilan baja cecair berasaskan bahan terbuang dari sisa ikan, tercetus ekoran daripada hasilan sisa dari kafeteria Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) yang dibuang terus ke dalam tong sampah tanpa di manfaatkan. Ekoran daripada itu, timbul masalah bau busuk dari sisa buangan yang tidak dipungut dengan segera oleh pihak berkuasa pelupusan sampah sisa pepejal. Lantaran itu, sekumpulan pelajar dan pensyarah dari unit Landskap telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan sisa buangan dengan memproses sisa ikan menghasilkan baja cecair dengan nama asal Fish Amino Acid (FAA). Setelah sebulan melakukan proses penapaian, buat pertama kali September 2016, FAA telah di aplikasikan dalam modul pembelajaran Nurseri sebagai baja untuk pembiakan tanaman. Hasil daripada penggunaan FAA, kadar pertumbuhan daun amat memberansangkan oleh kerana peratusan nitrogen tinggi iaitu 14.2% dari setiap 1 liter hasilan jus FAA. Selain itu, kandungan unsur surih juga tinggi di dalam FAA yang baik untuk pertumbuhan pokok. (Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jab. Pertanian (2004). Setelah penggunaan selama dua tahun di dalam PdP, bermula 2018 kumpulan penyelidik telah mengambil inisiatif untuk mengkhususkan hasil FAA untuk kegunaan pertanian fertigasi. Aplikasi ini tercetus ekoran daripada pembangunan pusat penyelidikan fertigasi di Kolej Komuniti Masjid Tanah dalam membangunkan kawalan perosak organik. Bagi melengkapkan kitaran organik fertigasi, maka Bio-Juff telah di patenkan khusus untuk baja organik fertigasi. Ini selari dengan saranan kerajaan negeri Melaka iaitu Melaka Bandaraya Teknologi Hijau.

Paper 13/2020-Pengunaan Video Augmented Reality Berdasarkan Teori Multiple Intelligence dan Elemen Gamifikasi Untuk Meningkatkan Pembelajaran Dengan Menggunakan MOOC
Dayang Zuraini Awang Maliki & Azizul Mohd Yusoff
Main Author from Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka.
Abstract - Augumented Reality atau AR merujuk kepada konsep dunia nyata yang dipertingkatkan dengan menghubungkan kepada dunia maya. Teknologi ini dapat mengubah persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif dengan pelbagai element multimedia seperti grafik, video, audio dan lain-lain. Tujuan inovasi ini adalah untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan baik untuk pelajar. Gamifikasi didefinasikan sebagai elemen reka bentuk permainan dalam konteks bukan permainan. Aplikasi elemen permainan ini dijadikan sebagai objektif utama inovasi bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran melalui video AR dan berdasarkan teori Multiple Intelligence (MI) dan elemen gamifikasi dengan menggunakan Massive Open Online Course (MOOC). Tiga video animasi telah dihasilkan menggunakan perisian aplikasi Powtoon berdasarkan teori MI yang dipilih oleh pelajar (visual-spatial, muzik-berirama dan verbal-lingustik) dan lima lencana juga diciptakan sebagai elemen gamifikasi (emas, perak, gangsa, hijau dan biru) yang digunakan dalam inovasi ini. Kajian ini melibatkan 32 pelajar dari TVET Tahap 3; Sijil Teknologi Maklumat untuk subjek Asas Rangkaian Komputer di sebuah Kolej Komuniti di Negeri Melaka sebagai responden untuk melihat impak AR dan gamifikasi terhadap interaksi dan penglibatan pelajar.

Paper 14/2020 - Batik Color Fixation Through Infrared
Surianis Binti Dalimin & Norhasaliza Binti Hassan
Main Author from Politeknik Metro Tasik Gelugor.Penang
Abstract - In this paper, ceramic infrared is used in order to fix dye onto the fabrics for batik making. Traditionally, sodium silicate is used as a medium in achieving the fixation of dye. However the use of sodium silicate contribute to environmental issue and using a large volume of water. The purpose of this study is to prove that ceramic infrared can be used as batik fixation and to overcome the environmental issue from the batik industries. The study was done on batik cotton fabric by canting technique. The fabric has been exposed to the infrared ranging from 10 to 30 minutes for different samples. All the samples have been tested with Rotawash Colourfastness Tester and then examined using colour matching cabinet. It shows that the exposure of the infrared for 30 minutes gave the most identical result compared with the sodium silicate method. “Batik Color Fixation through Infrared” proven that there is other media, which is suitable to replace sodium silicate during batik fixation.

Paper 15/2020 - Innovation in Teaching and Learning Management (ITLM) for Diploma in Manufacturing Engineering, Politeknik Ibrahim Sultan
Mohd Norazizul Fadli Bin Abu Bakar & Siti Zahara Binti Mohd Ariff
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - The education management system in Malaysia is now moving towards being more advanced in line with the needs and requirements of the latest technology. Generally, the use of paper is very important in management. However, the abundant usage of papers is not in line with the requirements of the Green Technology element. In this regard, this innovation is implemented to meet the challenges of green technology that has been absorbed at every level of the education sector. The scope of this innovation is applied in the distribution of documentation related to teaching and learning management such as student handbooks, academic calendars, learning schedules, any notifications and official memos in a new way using the ‘cloud drive’ development model. This innovation will replace the old system such as student handbooks that were distributed during the registration of new students each semester. Next by simply linking the ‘cloud drive’ development model with the use of QR codes, the student handbook can be referred by students online. Therefore, the cost of printing a thick student handbook can be reduced by just using a piece of business card along with a QR code. The development of this ‘cloud drive’ model can provide various forms of guidance needed by new students as well as senior students at Ibrahim Sultan Polytechnic. This QR code system also makes it easy for all students and lecturers to get all the information at their fingertips using a smartphone. All information available in the development of this ‘cloud drive’ model can be changed according to needs and requirements without the need to reprint if there is any amendment. In addition, ITLM is also easy to carry anywhere with student cards. The survey that was given to 40 people consisting of students and lecturers showed that the 'cloud drive' system connected via QR code is very useful and facilitates them in accessing information and management work. In summary, ITLM can eliminate paper usage and costs can be reduced because it can be updated at any time and avoid wasting costs that have to be borne by the administration.

Paper 16/2020 - Iron Shavings Collector: Application of electromagnetism concept for collecting iron fragments on machine as Learning Aid for Electrical Technology Course
Nor Aida binti Mohd Salihin & Raja Sharidatul Liza binti Raja Shardin
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Electrical Technology Course is a compulsory hands-on course for semester 1 Engineering Mechanical students of Ibrahim Sultan Polytechnic. Hands-on practice is important to produce highly skilled engineering graduates where students will learn electromechanical concept such as series parallel circuit, basic electronic components and electromagnetism concept. At the same semester, the same students will take a Mechanical Workshop Practice Course which involve machine handling process by producing an iron-based product using lathe machine and drill machine. The idea of producing these ‘Iron Shavings Collector’ arises based on problems that occur while using an array and lathe machine which is students always facing difficulty to remove an iron fragments that falls into narrow gap of the machine. Cleanliness is one of the most important aspects in the workshop. Housekeeping should be done after the session especially in cleaning iron dust and fragments on the machineries to ensure cleanliness and convenience to other students. Unfortunately, this aspect is not taken seriously because it's very difficult to clean the narrow gap in the machine.  Conventional method to do cleaning process are using brushes which is their size unable to reach small area of machine. An electromagnetism concept that has been applied in this product can be used as learning aid for Electrical Technology Course which can help in understanding of students in electromagnetism topic. This product is designed with long and tiny size of iron plate which is suitable for small and narrow area. By applying an electromagnetic concept, 12V direct current (DC) supply is required to magnetize the iron plate which in turn serves as an iron collector. Toggle switch is used in this product to ease the removal of collected iron dust by demagnetized the iron plate. After a few tests, resulted that using this tool can clear the gaps more quickly and students can see physically the effect of electromagnetism in real.

Paper 17/2020 - Wearable Design Technology for Mobile Devices
Zamila Binti Abu Zainal & Marziana Binti Yaacob
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - In the new era of technology, portable devices are important to connect with the outside world. The Millennial (Y generation) are the new generation that lived in the fast-moving era of technological. In this new era of technology electronic devices has become increasingly mobile, portable, and easy, both in physical form and in their application scenarios. This is where a wearable design technology will in cooperate to give a better accessibility and use. From the natural energy source to generate portable devices technologies: smart phone, tablet, palm-top computers that are being integrated directly into a garment (smart clothing) or body-worn accessories. Wearable design technology needs to combine two different elements that are fashion and technology to design a new concept of intelligent life-style for the Y generation (the millennial) to suit their needs. The objectives in this research is (i) to offer a wearable design technology for the Y generation in the concept of intelligent life-style for mobile devices, (ii) to design a wearable design technology that are wearable, provides energy through natural source and perception through aesthetic looks, and (ii) to encourage the Y generation to adapt themselves in using wearable design technology in meeting the new lifestyle. This research is limited to combined solar energy to generate portable devices integrated directly into a garment (smart clothing) or body-worn accessories and the target market is for the Y generation aged between twenty-five to thirty years old. The research methods that are used in this research are qualitative and quantitative. In the research findings the researcher has create and designed a wearable design technology for mobile devices for the Y generation with the futuristic look. In the conclusion it is not possible to create a design that have to combine two different areas. The researcher recommends that before designing process could be done, the engineering element of the size, flexibility, weight and durability of the solar should be test first.  

Paper 18/2020 - Keberkesanan Penggunaan Single Phase Wiring Kit In Briefcase Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Masjid Tanah
Haslina Binti Hashim, Nur Liyana Binti Nasarudin & Norashikin Binti Amir
Main Author from Kolej Komuniti Masjid Tanah
Abstract - Penggunaan alat dan bahan mengajar (ABBM) banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran . Namun begitu. pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsep asas sesuatu pembelajaran yang diajar oleh pensyarah. Objektif inovasi ini ialah menghasilkan  alat bantuan mengajar Single Phase Wiring in Briefcase dan menguji keberkesanan inovasi yang dihasilkan. Alat bantuan bahan mengajar ini dihasilkan bagi kursus SKE1033 Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal bagi program Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Malaysia. Syarat kemasukan ke kolej komuniti pada masa kini adalah dari latar belakang pelajar yang pelbagai jurusan semasa SPM, oleh itu penggunaan alat dan bahan mengajar (ABBM) banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar dan pensyarah. Inovasi ini dihasilkan sebagai alat yang mudah dibawa dan dikendalikan. Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pensyarah adalah pelajar tidak dapat memahami dan menerangkan kaedah pendawaian dengan betul.  Pelajar tidak dapat melakukan pendawaian dengan hanya berpandukan litar skematik sahaja. Inovasi ini dilaksanakan secara kuantitaif dan kualitatif . Kajian berbentuk kuantitatif dengan merekabentuk inovasi, penghasilan inovasi dan pengujian inovasi. Pengujian inovasi dilakukan semasa proses P&P bagi kursus SKE1033 Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Kajian kualitatif berbentuk deskriptif melalui borang soal selidik kepada 25 responden  pelajar yang sama bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan  Single Phase Wiring in Briefcase. Hasil dapatan kajian menunjukkan 92.8 % pelajar memilih skala setuju iaitu dalam skor 4 dan 5 bagi keberkesanan penggunaan Single Phase Wiring in Briefcase dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya penggunaan inovasi ini memberi manfaat dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemahiran. Secara tidak langsung penggunaan produk dapat memudahkan dan menarik minat pelajar.

Paper 19/2020 - Exclusivity vs Functionality: A Case Study of Labu Sayong
Nor Rofizah Johari, Khaled Mohamad Omar, Aisyah Mohd Yasim, Mohd Sodiq Saadon & Muhammad Aiman Mazlan
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Sayong is normally used a water vessel which is believed to have medicinal effects. Tourist are now the majority buyer of Labu Sayong as this product served as souvenirs for them to bring back home. As technology moved forward for better, Labu Sayong are now made using modern techniques in order to cater to market’s demand. Traditional Labu Sayong makers are now on the verge of extinction as fewer potters are now adopting the modern method. This research was conducted to examine the potentials use of contemporary methods in manufacturing Labu Sayong in replacing the traditional method while at the same time sustaining its exclusivity and functionality. Data for this paper were collected using qualitative methods that included interview and observation. This research found that there were differences between the traditional and modern production of labu sayong which are divided into exclusivity, technology and economical values. The exclusivity in Labu Sayong is the clay that is made from, which only available in Kepala Bendang, Sayong. Based on the interviews conducted, this study found that both traditional and modern Labu Sayong have the same benefits when it comes to functionality. Based on the economy factor, the traditional Labu Sayong is not relevant today as it takes more time and labour compared to modern Labu Sayong whilst being much more expensive. The perception of Labu Sayong among local residents and tourists have changed over time and they are no longer concern much about its exclusivity and functionality. Consequently, this not only can help to minimize the operational cost but also ease production as well as maintaining the originality of Labu Sayong.

Paper 20/2020 - Nilai Kerjaya dan Pemilihan Kerjaya di Kalangan Pelajar Kelainan Upaya Pendengaran di Politeknik Ibrahim Sultan
Halimah-Tusa’diah Binti Paimon & Mazura Binti Mahat
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap nilai kerja dan pemilihan kerjaya pelajar kelainan upaya (PKU) pendengaran. Seramai 50 orang PKU pendengaran yang sedang melanjutkan pengajian dalam Program Sijil Kemahiran Khas di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor telah dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan instrumen Inventori Nilai Kerja berasaskan Inventori Nilai Kerja Super yang telah diubahsuai (Wu, T., Lee, K., Liu, Y., & 0, H., 1996) yang mengandungi 15 dimensi nilai kerja, Inventori Pilihan Kerjaya berasaskan Teori Holland yang digunakan oleh Hsieh (2006) mengandungi enam dimensi pemilihan kerjaya dan membuat keputusan berasaskan Teori Pembelajaran Sosial Krumboltz. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Analisis dapatan menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan pelajar meletakkan nilai yang tinggi pada nilai kebebasan, persekitaran dan altruism. Pemilihan kerjaya pula pelajar mengutamakan sosial, artistik dan enterprising. Nilai kerja tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan serta nilai kerja dengan program pengajian. Cadangan kajian lanjutan diberikan bagi menentukan nilai kerja serta pilihan kerjaya kepada PKU pendengaran dalam bidang pengajian yang lain. Cadangan turut diberikan kepada pihak yang terlibat dengan PKU pendengaran bagi tindakan sewajarnya.

Paper 21/2020 - Keberkesanan Penggunaan ‘Multiple Framing Adjuster’ Untuk Pemasangan Kerangka Pintu
Fara Haszillah binti Hasim , Noor Hazalina binti Abdullah & M. Chandran a/l Maruthan
Main Author from Politeknik Melaka
Abstract - Pintu dan tingkap adalah antara komponen wajib yang perlu ada didalam sesebuah binaan bangunan. Maka adalah penting untuk memastikan pemasangan komponen ini dilakukan dengan sempurna. Kebiasaannya, didalam proses pemasangan kerangka pintu dan tingkap, ianya akan didirikan dengan menggunakan tupang kayu. Proses pemasangan kerangka pintu dan tingkap menggunakan tupang kayu ini adalah rumit dan memakan masa. Selain itu, ianya juga tidak dapat digunakan berulang kali kerana kayu merupakan bahan yang mudah patah dan reput. Oleh itu, untuk memudahkan proses pemasangan kerangka dan mengurangkan masa kerja, suatu alat pemegang kerangka pintu dan tingkap yang lebih efisien telah direkabentuk. Alat yang dinamakan sebagai ‘Multiple Framing Adjuster’ (MFA) ini diperbuat daripada besi keluli lembut berongga ringan dan dilengkapi dengan Electronic Spirit Level (ESL) yang dapat memudahkan proses pemasangan kerangka pintu dan tingkap. Alat ini direkabentuk dengan ciri-ciri seperti tahan lama, boleh digunakan berulang kali, mudah dikendalikan, dan mudah dibawa.. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan MFA ini dalam mengurangkan masa pemasangan kerangka pintu atau tingkap. Hasil daripada pengujian ditapak mendapati dari sudut kendalian, membuktikan MFA boleh dikendali dengan mudah dan pantas yang mana lebih daripada 50% masa dapat dijimatkan berbanding dengan penggunaan kaedah konvensioanal. Hanya seorang pekerja diperlukan untuk memasang kerangka pintu dan tingkap menggunakan MFA berbanding dua (2) orang menggunakan kaedah konvensional. Alat ini juga mudah dikendalikan walaupun digunakan oleh pekerja separa mahir.  Dengan penjimatan masa yang diperolehi, pihak industri binaan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos operasi mereka. Disamping itu, penggunaan alat ini secara meluas juga dapat mengurangkan penggunakan kayu yang memakan kos yang tinggi, memelihara sumber alam dan secara tidak langsung dapat membantu kearah mempromosikan penggunaan Teknologi Hijau.

Paper 22/2020 - Kajian Reka Bentuk Penukul Benang Pakan Pada KIK Mesin Tenun Siam
Suhaila Binti Basar & Noorhati Binti Abd Kadir
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Proses pembuatan tenunan di Malaysia, masih menggunakan alat tenunan tradisional dan digunapakai oleh kebanyakkan penenun  di negeri  pantai timur. Walaupun masih menggunakan teknik tenun tradisional, produk yang dihasilkan memiliki kualiti dan nilai estetika yang membawa imej ekslusif kepada hasil tenunannya. Permasalahan yang dikaji dalam kajian ini adalah berkaitan dengan Kajian Rekabentuk Pemukul Benang Pakan Pada Kik Mesin Tenun Siam. Susunan reed sedia ada pada pemukul benang pakan menjadi fokus utama kajian ini. Objektif kajian ini adalah mengkaji kaedah alternatif dalam menghasilkan kain tenunan plain weave yang bercorak, menambah nilai fungsi pemukul benang pakan  sedia ada pada mesin tenunan, penghasilan kain tenun secara komersial dan mengurangkan masa serta kos penghasilan kain tenun. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui instrument Model ADDIE iaitu Analyze, Design, Develop, Implement, and Evaluate. Melalui kajian awal yang dijalankan, terdapat beberapa inovasi yang telah dilakukan di negara-negara maju yang mana boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada kajian ke atas alat tenun kik siam ini

Paper 23/2020 - Tourist Perception Towards Travel Experience During Pandemic Corvid-19 in Terengganu Malaysia
Wan Rosnani binti Wan Mohamad & Nur Hidayah binti Zulkifli
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - The aim of the study was to determine the tourist perception of travel experience during pandemic Covid-19 in safety issues. This study was conducted in Terengganu, Malaysia. A study sample of 324 respondents was randomly selected among the tourists. A survey was conducted through online questionnaire using QR Code instrument. The survey was analysed using Microsoft Excel. Majority of the respondents agreed that outbreak of COVID-19 had a shocking effect on Malaysia's economy, particularly the travel and tourism sector and change travel perception among them. Hence, the tourism operator is required to prepare the new normal after experiencing restricted living during an unprecedented pandemic. As a conclusion, tourist travel experience was slightly affected during pandemic Covid-19. Travel is a basic universal need for modern individuals. Thus, even the outbreak is not over but people still travelling by practicing the Standard Operation Procedure (SOP). In the other hands, the government also had done several awareness campaigns to educate people in minimizing the infection risk. This data collection during the pandemic is meaningful as it offers a reference point for a series of follow-up research to observe long-term behavioural changes from a perspective.

Paper 24/2020 - Keberkesanan Food and Beverage Teaching Kit (F&B T-Kit) Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
Muhammad Fahmi bin Md Sabri, Rosmera Binti Ibrahim  & Mohd Zahir bin Zainol
Main Author from Politeknik Merlimau Melaka
Abstract - Alat bantu mengajar merupakan bahan pengajaran yang penting untuk membantu proses simulasi (hands-on) untuk aplikasi kelas yang digunakan dan ditunjukkan kepada pelajar berdasarkan keperluan subjek oleh pensyarah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keupayaan pensyarah dalam menyampaikan kemahiran kepada pelajar dalam mengendalikan alatan dan meningkatkan kualiti diri serta tahap keyakinan mereka. Ramai penyelidik bersetuju bahawa aktiviti ini menyumbang kepada kecekapan para pelajar mengendalikan amali dan membantu meningkatkan pemahaman mereka mengenai pentingnya alat pengajaran koperatif di kelas. Di Politeknik alat bantu mengajar bagi kursus Food and Beverage adalah terhad. Dengan pembangunan F&B T-Kit ini dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah pensyarah dari segi pengurusan masa untuk menguruskan dan menyimpan peralatan penyajian makanan dan minuman yang diperlukan bagi topik berkaitan. F&B T-Kit ini juga dilengkapi dengan roda bagi memudahkan ianya dibawa kemana sahaja. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap keberkesanan F&B T-Kit sebagai alat bantu mengajar di kalangan pensyarah bidang Food and Beverage Service di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau, Melaka. Hasil dapatan terhadap pembangunan F&B T-Kit ini melalui borang soal selidik, mendapati bahawa ianya dapat membantu pensyarah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih sistematik dan dalam masa yang sama menjimatkan masa dalam penyediaan alat bantu mengajar bagi topik yang berkaitan. Ianya juga dapat meningatkan keyakinan pensyarah dalam menyampaikan proses PdP bagi topik yang berkaitan. Kajian lanjutan boleh dibuat bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang bagi melihat nilai komersial yang ada pada produk ini dan boleh disebarluaskan kepada institusi lain yang menawarkan bidang yang sama.

Paper 25/2020 - Analisa Permasalahan Pelajar Khas Terhadap Bahasa Komunikasi, Kemahiran dan Minat Dalam Kursus SVF3016 – Projek Fesyen Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen & Pakaian
Norazlinda binti Gaman, Mohd Izswan bin Mohd Sidik & Nafsiah binti Sairi
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen & Pakaian dibangunkan untuk memperkenalkan pelajar kepada trend semasa dalam industri fesyen dan peranan pakaian sebagai medium komunikasi, bukan sekadar keperluan asas. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran interpersonal serta pengetahuan asas keusahawanan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Kajian analisa pemasalahan pelajar khas ini timbul dan dikupas semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus SVF3016 – Projek Fesyen, semester 3 bagi program Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian (KFP), Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor. Metodologi kepada kajian yang dilaksanakan berbentuk kualitatif melibatkan pelajar semester 3 bagi sesi Jun 2020 seramai 10 orang yang bertindak sebagai responden dengan pengumpulan data menerusi sesi temu bual kumpulan sasaran (interview focused group). Objektif kajian dilaksanakan bertujuan menyatakan permasalahan pelajar yang kerap berlaku dalam Program Kemahiran Khas ini. Permasalahan yang timbul adalah kerana sikap pelajar yang kurang membaca dan kurang berusaha mendapatkan maklumat bagi keperluan silibus SVF3016 ini. Dapatan kajian dianalisa menggunakan kaedah analisa tematik (thematic analysis) untuk mengetahui permasalahan yang timbul agar kaedah penambahbaikan secara berterusan dapat dilakukan. Kajian ini juga merungkai permasalahan kod tangan yang digunakan oleh pensyarah untuk menggunakan bahasa isyarat dan kod tangan yang terhad serta buku rujukan yang kurang sesuai.  Rekabentuk kajian melalui kajian kes ini dan hasil kajian mendapati refleksi penglibatan pelajar ini dapat memberi penemuan positif kerana kemahiran pelajar dapat dikesan, digilap serta dilatih secara berterusan seiring dengan visi dan misi Jabatan Pendidikan Politeknik iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pengajian TVET merupakan pendidikan secara formal dan tidak formal mempersiapkan para pelajar untuk pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menempuh dunia pekerjaan.

Paper 26/2020 - Kompetensi Penggunaan 6P Terhadap Penghasilan Pola Pakaian bagi Program Fesyen TVET
Norulaini Mohd Ramly & Nazlina Shaari
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Peralatan merupakan objek utama dalam membantu manusia dalam kehidupan seharian. Setiap hasil kerja yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis peralatan sama ada secara manual mahupun menggunakan mesin dalam penghasilan pakaian. Permasalahan yang dihadapi oleh pelajar adalah tidak mengikut proses penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola dengan sistematik. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui proses penggunaan 6P dalam penghasilan pakaian yang lebih sistematik kepada pelajar program fesyen TVET. Kaedah kajian menggunakan kajian literatur yang diperolehi daripada jurnal dan artikel, temu bual serta pemerhatian penyelidik terhadap responden. Analisis data menggunakan kaedah transkrip daripada temu bual dan pemerhatian penyelidik terhadap pelajar semasa proses penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian atau 6P dihuraikan dengan menggunakan kaedah KJ. Di akhir kajian ini akan dapat mengetahui proses penggunaan 6P dalam pendidikan yang berorientasikan kemahiran khususnya bagi pelajar program fesyen TVET dengan lebih efisien dan bersistematik. Selain dapat meningkatkan keupayaan dan kefahaman pelajar dalam mempelajari proses penghasilan pakaian.

Paper 27/2020 - Examination Management and  Documentation System (EMDS)
Raja Sharidatul Liza binti  Raja Shardin, Muda Bin Ibrahim & Mohamad Zaidi Ahmad Yusuf
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - The innovation of the Examination Management and Documentation System (EMDS) aims to provide lecturers and academic advisory facilities (PA) in delivering information and managing examination documents. This system takes into account the aspect of management i.e. examination information and examination documents that need to be carried out in accordance with quality procedures for the Examination Unit, Department of Mechanical Engineering, Polytechnic Ibrahim Sultan. The cloud drive development model has been used as a guideline for developing this system. The main software used is Microsoft Publisher and Adobe PDF to design a well-streamed and flexible interface. For the database, Google Drive has been used to store all forms of information it wants to communicate or notify users. Then the intermediary medium to convey EMDS information online is to use the tinyurl.com.EMDS has had a positive impact on its official use in the JUNE 2019 session. Overall, the results of the effectiveness survey showed more than 90% of respondents responded 'very agreeable' that the EMDS makes delivering the latest information information faster and effective. In addition, the examination-related quality documents can be completed by the user online and facilitate reference later on.

Paper 28/2020 - Data Center Formation to Determine Productivity Schedule for Pipe Welding Activities
Raja Sharidatul Liza binti  Raja Shardin & Siti Zahara Binti Mohd Ariff
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - To survive in the current competitive and global environment, it is important for organizations to continue to look at ways to increase efficiency and productivity. Organizations need to find new ways that are simple and cost effective for production or service. The formation of a data center can help plan and further increase productivity for pipe welding activities. The construction of this data center is planned from the beginning, where the relevant data is stored in a table based on size, thickness and type of metal. a certified welder completes a pipe weld. Matrix data linking the 3 main criteria and the required time period is developed, thereby determining the welding process commonly used in pipe fabrication. This data centre collects data based on confirmed welding procedures, The amount of time to make a complete welding should be increased by 30%, this extra time with the presumption of idle time. and manpower required for pipe connection fabrication. Early work planning can maximize resources, efficient handling of material layout, higher level of production while providing targets for the organization.

Paper 29/2020 - Penghasilan Imej Dron dan Pembangunan Sistem GIS Dikawasan Sawah Ring
Rohafiza Bt Hj Md Darus, Ayati Bt Parmen & Muhammad Azamuddin Bin Mustafa
Main Author from Politeknik Merlimau Melaka
Abstract - Penggunaan teknologi sistem GIS dalam industri pertanian khususnya dalam bidang penanaman padi semakin giat penggunaannya. Penggunaan sistem GIS dalam bidang penanaman padi telah dimulakan sejak kebelakangan ini namun masih terdapat pesawah yang kurang pendedahan terhadap sistem tersebut. Maka satu kajian dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan pesawah terhadap sistem GIS kepada penanaman padi. Kaedah pengkajian adalah melakukan tinjauan di kawasan sawah padi di Sawah Ring,Gerisik,Johor. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pesawah akan keberkesanan sistem GIS dalam membantu peningkatan hasil pengeluaran padi. Data diambil menggunakan imej dron untuk mendapatkan gambaran dan keluasan kawasan sawah padi. Data-data yang terkumpul akan diproses didalam software AutoCAD dan ArcMap untuk penghasilan peta kawasan sawah padi. Hasil akhir dapatan kajian , pesawah dapat melihat sendiri gambaran kawasan padi dan maklumat tentang kawasan sawah mereka

Paper 30/2020 - Twin Spray Sanitation Machine
Tham Sook Chan, Mazlina Mohd Tahir, Mahmood Ali & Azhar Rostani
Main Author from Politeknik Port Dickson
Abstract - The whole world has now been hit by the Coronavirus (Covid-19). However, with the availability of undiscovered vaccines, it can be avoided from spreading through self-sanitation and environmental processes. Through an interview with the Senior Fire Officer at the Teluk Kemang Fire and Rescue Station, the task of carrying a spray barrel with a volume of 18 litres is a heavy and tiring load. From this problem, the Twin Spray Sanitation Machine's product innovation objectives are triggered, namely, producing a larger tank capacity, saving time in spraying and applying the ergonomic concept. Through attractive design using the "Design Thinking" methodology based on "explore, empathize, define, ideate, prototype & test" and "PDCA Cycle", sanitation machine with influential storage tank was equipped with push trolley. Through tests conducted on Port Dickson Polytechnic's campus building, it is proven that there is no issue in sanitation activities with time savings of 50% per 1000 square feet with minimal firefighters. In short, this machine can facilitate its users in sanitation activities indoors and outdoors. Hopefully, it can be widely used once modified to materials using natural fibers and electric power supply motor, making it more user friendly

Paper 31/2020 - Aspirasi Karier Sebagai Usahawan: Tahap Pengetahuan & Trend Minat Pelajar Semester Akhir Jurusan Kreatif di Politeknik Malaysia Ibrahim Sultan
Norfaridzen Tohit & Johaini Ibrahim
Main Author from Politeknik Ibrahim Sultan
Abstract - Graduan yang cemerlang merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Golongan ini bukan sahaja menjadi aset kepada pembangunan ekonomi negara malah mereka juga menjadi tonggak utama untuk Malaysia menuju negara maju pada tahun 2030. Faktor kesukaran mendapatkan pekerjaan dalam kalangan graduan merupakan satu permasalahan pada masa kini. Saban tahun, masalah pengangguran ini telah menjadi satu isu yang kritikal kepada negara dengan peningkatan jumlah graduan yang tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan mengetahui tahap pengetahuan dan trend minat para pelajar semester akhir jurusan kreatif terhadap bidang keusahawanan ini. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian tinjauan dimana data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Kaedah tinjauan menggunakan boring soal selidik (tadbir sendiri) dan telah diedarkan kepada responden secara digital dengan  skala Likert 4 mata. Seramai 82 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar bagi program Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Industri, Diploma Rekabentuk Fesyen dan Diploma Animasi Kreatif di Politeknik Ibrahim Sultan. Secara umumnya objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan pelajar terhadap bidang keusahawanan, mngenalpasti trend minat pelajar dalam bidang keusahawanan dan faktor kecenderungan ke arah aspirasi memilih keusahawanan sebagai karier. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati pelajar telah menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap keusahawanan, trend minat pelajar dan faktor kecenderungan yang sederhana tinggi terhadap keusahawanan sehingga mampu mencetuskan aspirasi terhadap pemilihan karier keusahawanan. Responden juga bersedia untuk mengikuti skim latihan dalam bidang keusahawanan dan bersedia memulakan perniagaan sendiri selepas graduasi. Implikasi dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk Politeknik Malaysia Ibrahim Sultan lebih proaktif melaksanakan transformasi dalam penyampaian kursus keusahawanan yang dinamik dalam melahirkan insan yang holistik, seimbang serta mempunyai minda keusahawanan sehingga mampu bertindak sebagai penjana pekerjaan. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, semua pihak termasuk pelajar, pensyarah, Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, ibu bapa dan masyarakat harus bertanggungjawab memberi sokongan dalam meyakini potensi karier keusahawanan sebagai satu aspirasi selepas tamat pengajian.

Paper 32/2020 - Tahap Pencapaian Kemahiran Pelajar PTSS dan PMTG Menggunakan Kamera DSLR dari Aspek Penguasaan Kombinasi Aperture dan Shutter Speed
Norhasaliza Binti Hassan, Surianis Binti Dalimin & Sharifah Nor Husna Binti Syed Alias
Main Author from Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Abstract - Tahap pencapaian kemahiran pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Politeknik Metro Tasek Gelugor dalam menggunakan kamera DSLR (Digital single Lens Reflex) dari aspek penguasaan kombinasi aperture dan shutter speed merupakan satu keperluan asas yang sangat penting bagi seseorang pelajar dalam memahirkan diri untuk menggunakan kamera DSLR. Kajian ini bertujuan mengenal pasti halangan yang di hadapi oleh pelajar dalam menguasai aperture dan shutter speed. Perkara ini perlu dikenal pasti agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan seterusnya mencapai kualiti dalam penghasilan gambar. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 27 orang respoden yang terdiri daripada pelajar Diploma Video dan Pengajian filem yang mengambil kursus DVG1012 Fundamental of Digital Photography semester 1 (DDV1) sesi Jun 2019 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Politeknik Metro Tasek Gelugor. Kaedah kajian yang digunakan adalah secara kuantitatif melalui pengumpulan data soal selidik kepada pelajar. hasil dapatan kajian akan menjawab persoalan kajian berdasarkan analisis penilaian kuantitatif yang telah dijalankan. Penilaian dijalankan menggunakan Borang Soal Selidik. Hasil daripada analisis dapatan soal selidik ini skor nilai min yang diberi oleh responden sangat memberangsangkan kerana kebanyakan responden sangat setuju dengan pengetahuan asas dan penguasaan kombinasi apertur dan shutter speed selepas melalui pengajaran dan pembelajaran.