|
|
|
|
SEJARAH SMTPC Sekolah ini dibuka pada
tahun 1961 dengan nama Sekolah Lanjutan Kampong Chenor.
Penubuhan sekolah ini adalah selaras dengan cadangan 2 dan 3 dalam Laporan
Rahman Talib (1961) iaitu cadangan ke-2 berbunyi " Untuk menampung semua murid
sekolah rendah naik ke sekolah menengah", maka sekolah lanjutan ditubuhkan. Sekolah jenis ini akan menawarkan khusus
vokasional selama 3 tahun iaitu murid-murid yang gagal memasuki sekolah akedemik dapat
dilatih untuk memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang pekerjaan Cadangan ke-3 berbunyi " untuk
mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah pelajaran lanjutan ini, guru-guru akan
dilatih separuh masa selama 3 tahun. Guru-guru
ini akan menghadiri latihan dalam bidang vokasional di pusat-pusat latihan yang
berhampiran pada setiap hujung minggu sambil menjalankan tugas di sekolah mereka. Sekolah Pelajaran Lanjutan telah
dibubarkan disebabkan tiada sambutan daripada orang ramai kerana sekolah ini tidak
menyediakan peperiksaan yang diiktiraf oleh kerajaan dan menghadapi masalah kekurangan
guru-guru teriatih dan mahir. Mulai tahun
1970, Sekolah Pelajaran Lanjutan telah menjadi Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian)
Chenor, Pahang. Penubuhan
Sekolah Menengan Vokasional adalah selaras dengan dasar kerajaan yang melaksanakan Sistem
Pendidikan Aneka Jurusan bagi sekolahsekolah menengah rendah mulai tahun 1965 di bawah
Sijil Rendah Pelajaran. Selepas itu
muridmurud akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah atas sama ada akademik atau
vokasional. Kemasukan pelajar pertama ke Sekolah
Menengah Vokasional Pertanian Chenor pada tahun 1970 ialah seramai 55 orang dengan tenaga
pengajar seramai 4 orang. Mereka dianggap
sebagai kumpulan perintis dan terpaksa menghadapi masalah dalam keadaan serba kekurangan. Matapelajaran akademik yang diajar
ialah Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris,ilmu Hisab (Vokasional), Sains Am, Pengetahuan Agama
Islam, dan Kajian Kemasyarakatan. Manakala,
matapelajaran pertanian pula ialah Pengurusan Ladang, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran
Ternakan, Kultura Kebunan, Pengurusan Tanaman, Kejenteraan Ladang dan Kaji Teknik Makanan. Semua pelajar dikehendaki mengambil semua
matapelajaran di atas selama 2 tahun. Pengajaran
teori disampaikan secara formal di bilik darjah pada waktu pagi manakala pengajaran amaii
pula dijalankan di ladang dan bengkel pada waktu petang, hujung miggu dan hari kelepasan
am. Pada tahunl989, peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia Vokasional telah diperkenalkan iatu mata pelajaran akademik adalah mata
pelajaran yang sama seperti dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran pertanian pula disusun semula
menjadi kumpulan utama dan elektif. Pelajar
diwajibkan mengambil matapeljaran Pengeluaran tanaman Dan Pengeluaran Ternakan serta
manamana satu daripada matapelajaran Horlikultur, Hiasan dan Lanskap, kejenteraan Ladang
atau Pengurusan Ladang. Pada Tahun 1999, Sekolah Menengah
Vokasional Pertanian Chenor talah dinaikakn taraf ke Sekolah Menengah Teknik yang
menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran teknikal.Aliran teknikal menawarkan
khusus Kejuruteraan Jentera dengan pelajar seramai 17 orang termasuk seorang sahaja
pelajar perempuan. Mata pelajaran elektif
yang perlu diambil oleh pelajar kejuruteraan jentera ialah Matematik Tambahan,Fizik Kimia,
Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian kejuruteraan jentera. Pada tahun berikutnya, aliran teknikal
telah mengalami pertambahan pelajar kepada 34 orang.
Manakala, pada tahun 2OO2 ,jurusan di dalam aliran teknikal yang
ditawarkan telah bertambah iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan ELektrik dan
Agroteknologi yang merangkumi 9 aliran teknikal dan 7 kelas aliran vokasional. Selaras dengan perkembangan ini, sekolah
telah berubah wajah dengan mula terbinanya kemudahan insfranstruktur seperti asrama,
bangunan, makmal sains, makmal kejuruteraan, dewan dan lain-lain lagi bagi mengantikan
kebun-kebun tanaman dan kandang haiwan ternakan. Pada
tanggal 28 ogos 2002, Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor telah mempunyai lagu
sekolah yang mula dinyanyikan secara rasmi sempena Hari Titisan Sejarah. Lagu sekolah ini adalah hasil ciptaan dan liriknya
ditulis oleh pelajar sekolah ini iaitu saudari Nurulhaida bt. Abdul Manaf dari kelas 4.
Pengajian Kejuruteraan Awam 1.
|