|
|
|
|
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah diberi penghormatan untuk mencoretkan sepatah dua kata. Sesungguhnya, saya berasa amat bangga atas kejayaan pembinaan laman web ini.
Guru-guru serta pelajar yang dikasihi sekalian, pendidikan adalah bidang yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara dan bangsanya amat bergantung kepada kecermerlangan pendidikan. Para pendidik, pelajar, dan ibu bapa perlulah benar-benar faham dan jelas tentang matlamat 'Falsafah Pendidikan Negara' dan 'Wawasan 2020'.
Para pendidik perlulah sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan imej perguruan di samping meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar pula perlulah memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan disamping berusaha bersungguh-sungguh agar tercapai segala cita-cita. Yakinlah bahawa jika kita telah berusaha, pasti kejayaan dikecapi jua.
Akhir kata, saya ucapkan syabas kepada guru yang telah ditugaskan membina laman web ini, yang berjaya memenuhi tanggungiawabnya dan kepada semua guru serta pelajar, terima kasih atas segala keprihatinan dan usaha anda dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai warga pendidik dan warga pelajar
Sekian. terima kasih.
PN. HJH RAHMAH BTE ADAM Pengetua SMTPC
|