|
|
|
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI PIBG
Saya bagi pihak PIBG mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang telah menggembleng tenaga semata-mata untuk menjayakan laman web bagi Sek. Men. Teknik (Pertanian), Chenor yang tercinta ini. Adalah menjadi harapan kami agar usaha murni ini akan berterusan dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Seperti yang kita tahu, laman web seperti inilah yang
dapat memberi gambaran tentang segala aktiviti dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang
tahun di samping mencungkil bakat-bakat pelajar. Oleh
itu, laman web ini boleh menjadi pendorong untuk mempertingkatkan keupayaan, memperbaiki
kelemahan di samping memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan bakat
mereka. Kepada pelajar-pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh agar
berjaya dalam peperiksaan. Jadilah pelajar
yang berdisiplin dan berilmu serta gunakanlah ilmu yang ada untuk berbakti kepada agama,
bangsa, dan negara. Kepada semua ibu bapa, marilah kita bersama-sama berganding
bahu dengan pihak sekolah dalam menyelesaikan apa jua masalah anak-anak kita sama ada
masalah berkaitan pelajaran mahupun disiplin. Berikanlah
komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah dan PIBG dalam men ayakan program-program yang
telah dan akan dirancang. Kepada guru-guru, terima kasih atas segala perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam mendidik pelajar-pelajar sehingga berjaya. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru mahupun ahliahli PIBG sekolah ini kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin PIBG sekolah ini selama enam tahun.Terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan dan saya senti sentiasa berdoa dan berharap agar sekolah ini akan terus cemerlang. Sekian
, terima kasih. En. Mohd Yunus bin Puteh Yang Dipertua PIBG SMTPC.
|