|
|
|
|
LENCANA SEKOLAH
Warna: Hijau TuaMelambangkan
bidang pertanian menjadi kurikulum utama di sekolah. KuningMelambangkan
hasil yang diperoleh daripada pendidikan yang bermanfaat. HitamMelambangkan
kekuatan dan ketabahan. Ikon
BukuBuku di sebelah
kiri lencana melambangkan ilmu pengetahuan berfaedah dan kemahiran yang perlu diperolehi
dan dikuasai agar dapat diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. PadiPadi di sebelah
kanan lencana melambangkan ilmu pengetahuan berfaedah yang boleh mendatangkan kebaikan
berlipat ganda. Tiga bulatan serangkaiTiga bulatan
serangkai di atas padi melambangkan wujudnya kesatuan yang seimbang antara rohani, jasmani
dan intelek. HidroponikHidroponik di
bahagian bawah sebelah kiri lencana melambangkan penggunaan teknologi tertinggi dalam
bidang pertanian. Gear tiga serangkaiGear tiga serangkai
di bahagian bawah sebelah kanan lencana melambangkan wujudnya bidang pengajian
Kejuruteraan Pertanian di sekolah ini.
Maksud Moto Berusaha Tangga Kejayaan Berusaha ; Bekerja dengan giat atau
beriktiar sedaya upaya tanpa jemu untuk mencapai impian dan harapan. Belajar dengan
bersungguh-sungguh sehingga mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Tangga; Langkah atau jalan yang dituju.
Cara terbaik yang dipilih berpaksikan matlamat yang dituju. Kejayaan; Kecemerlangan atau hasil yang
dikecapi dari aspek rohani, emosi dan intelek. Kecemerlangan yang diperolehi dalam
kurikulum, kokurikulum dan sifat kendiri. Pencapaian yang diterima dalam pelbagai bidang
termasuk ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran. BENDERA SEKOLAH
Bendera Sekolah Penjelasan mengenai lambing-lambang yang terdapat pada bendera sekolah; i)
Saiz sebenar bendera ialah 90sm x 180sm. ii)
Warna kuning bermaksud hasil daripada pendidikan yang bermanfaat. iii)
Warna
hijau bermaksud bidang pertanian menjadi kurikulum utama.
|