SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMTPC

                                             malaisie.gif (9455 bytes)line2.gif (11170 bytes)malaisie.gif (9455 bytes)

depan.gif (547 bytes)

CARTA ORGANISASI arrow_left.gif (625 bytes)

Up ] Misi dan Visi ] Logo Sekolah ] Sejarah SMTPC ] Pengetua ] PIBG ] Pentadbiran ] Hal Ehwal Murid ] [ Kokurikulum ] Peristiwa ] Maklum Balas ]

Persatuan
Kelab
Sukan
Badan Beruniform

 

 

RANCANGAN KO-KURIKULUM

BADAN BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN

SMT PERTANIAN CHENOR TAHUN 2004

 

 

PENDAHULUAN

           Gerak kerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang pendididkan maka setiap pelajar wajib melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Ia boleh dijalankan didalam dan diluar bilik darjah. Penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum akan dapat menambahkan pengalaman para pelajar. Disamping itu ianya juga akan dapat meningkatkan perkembangan mental, minat, potensi (bakat), sosial, jasmani serta rohani mereka.

 

DASAR KUALITI

I.                   Semua pelajar dianugerahkan kebolehan dan keistimewaan tersendiri. Oleh itu pihak sekolah sentiasa memberi peluang dan membantu menyemai dan menyuburkan bakat dan potensi yang sedia ada melalui aktiviti ko-kurikulum diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

ii.                  Gabungan kerjayaan dari segi akademik dan ko-kurikulum akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Individu yang seimbang ini mempunyai daya ketahanan diri yang lebih tinggi dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan pelbagai keadaan persekitaran.

iii.                Pelajar-pelajar yang sentiasa riang dan mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada sekolah mewujudkan iklim persekolahan yang lebih  kondusif dan menyediakan ruang untuk pelajar-pelajar terus berusaha meraih kejayaan demi kejayaan.

 

MATLAMAT

Diantara matlamat gerak kerja ko-kurikulum persatuan/kelab dan badan beruniform SMT Pertanian Chenor 2004 ialah:-

i.                   Memastikan penglibatan 100% pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum ialah persatuan/kelab dan badan beruniform.

ii.                  Mencapai peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar didalam gerak kerja yang diceburi.

iii.                Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar sekolah.

iv.                Pengisian masa lapang dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

v.                 Peningkatan disiplin  melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif.

vi.                Menimbulkan suasanan sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan pelajar.

vii.              Peningkatan penglibatan kerjasama antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

 

DASAR PERANCANGAN

i.                   Jawatankuasa ko-kurikulum sekolah menyusun perancangan ko-kurikulum dan penetapan dasar yang bermakna dan berkesan. Perancangan yang rapi perlu mengambil kira kemudahan peralatan, keadaan setempat, tenaga guru dan sasaran yang ingin dicapai sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang.

ii.                  Memberi ilmu yang sesuai kepada gerak kerja ko-kurikulum dengan kurikulum supaya ada kesepaduan dan boleh saling melengkapi didalam proses pendidikan.

iii.                Pembahagian pelajar dibuat berdasarkan minat, bakat, kesesuaian gerak kerja dan kuota agar aktiviti yang dijalankan lebih bermakna kepada ahli-ahli.

iv.                Untuk mencapai matlamat perancangan program agar berjalan dengan lancar dan praktikal, maka takwin aktiviti mesti disediakan oleh setiap persatuan/kelab dan badan beruniform agar aktiviti ko-kurikulum difahami dan dilaksanakan.

v.                 Setiap pelajar terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum melalui penyertaan sekurang-kurangnya satu jenis persatuan atau kelab, satu jenis badan beruniform dan semua pelajar wajib mendaftar sebagai ahli persatuan Bahasa Melayu.

 

PERLAKSANAN AKTIVITI

Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan :-

Kelab / Persatuan            -     Pertandingan Kuiz / Bahas / Puisi / Pantun / Menaip Komputer dll. 

-          Memperbaiki perabut yang rosak / Melukis mural dll. 

-          Menjemput Penceramah yang berkaitan.

-          Kursus meningkatkan pengetahuan @ kemahiran.

-          Kerja amal (Khidmat Masyarakat)

-          Lawatan sambil belajar.

-          Gotong royong mengindahkan kawasan sekolah.

-          Mereka cipta replika & arca.

-          Mengambil bahagian dalam Program Titisan Sejarah.

 

Badan Beruniform           -     Latihan Kawad Kaki ( Puteri Islam, PBSM, KRS,

                                                    Pengakap, JPA.)

-     Latihan pertolongan cemas (PBSM, Pengakap)

-          Latihan mempertahankan diri & menyertai pertandingan yang dibenarkan.

-          Menyertai Perkhemahan dengan izin (Semua UPS)

-          Lawatan sambil belajar dengan izin dan kebenaran.

-          Gotong royong untuk  menceriakan sekolah

-          Khidmat masyarakat setempat / Jemputan masyarakat setempat

-          Latihan Lagu Patriotik @ nasyid.

-          Mengadakan Ceramah @ Kursus kepimpinan

-          Menyertai Pertandingan @ Perbarisan @ Persembahan yang diadakan di peringkat sekolah atau luar.  

 

PROGRAM

i.                   Menubuhkan kelab / Persatuan dan Badan Beruniform yang difikirkan perlu.

ii.                  Melantik guru-guru penasihat.

iii.                Mengadakan mesyuarat ko-kurikulum dibawah bidangkuasa GPK Ko-Kurikulum

iv.                Membuka keahlian kepada pelajar dan memastikan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya dua kelab atau persatuan dan satu badan beruniform.

v.                 Menetapkan masa dan hari gerak kerja ko-kurikulum sekolah.

vi.                Menyediakan takwin ko-kurikulum.

vii.              Membuat pemantauan.

 

 

PERJUMPAAN DAN PEMANTAUAN AKTIVITI

Guru Penasihat bebas menentukan tarikh perjumpaan dan perlaksanaan aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan masing-masing. Walau bagaimanapun pihak sekolah telah menentukan tarikh-tarikh wajib untuk perjumpaan. Semasa tarikh wajib ini semua guru penasihat hendaklah memastikan pengerusi badan beruniform, kelab dan persatuan menghantar laporan aktiviti kepada pemantau untuk ditandatangani selepas aktiviti dijalankan.

Satu salinan laporan aktiviti hendaklah dihantar kepada penyelaras untuk direkodkan. Laporan aktiviti pada tarikh lain cukuplah sekadar direkodkan dalam buku rekod gerakkerja ko-kurikulum masing-masing.

 

 

JADUAL AKTIVITI KELAB,  PERSATUAN DAN UNIT  BERUNIFORM  (UPS)

SM TEKNIK [PERT] CHENOR TAHUN 2004

TARIKH  DAN AKTIVITI KELAB / PERSATUAN (K/P)

 

BIL

 

TARIKH

 

AKTIVITI

01

14/01/2004

K/P-1   menerima bilik khas & mengemas.

02

21/01/2004

Per BM-1,  menerima Dewan BM & mengemas.

03

28/01/2004

UPS-1  menerima Bilik Khas & mengemas

04

04/02/2004

K/P-2,  mengemas dan menceriakan Bilik Khas.

05

11/02/2004

UPS-2, mengemas dan menceriakan Bilik Khas.

06

18/02/2004

K/P-3,  Persediaan Aktiviti-1.

07

25/02/2004

UPS-3, menjalankan Aktiviti-1 (latihan kawat dll )

08

03/03/2004

K/P-4,  melaksanakan Aktiviti-1

09

10/03/2004

UPS-4, menjalankan Aktiviti-2

10

24/03/2004

Per BM-2, Pertandingan Bahas Ala-Parlimen 2004.

11

31/03/2004

K/P-5,  Perancangan Aktiviti-2

12

14/04/2004

UPS-5, menjalankan Aktiviti-3.

13

21/04/2004

K/P-6,  melaksanakan Aktiviti-2

14

05/05/2004

K/P-7,  menyiapkan Aktiviti-2.

15

08/05/2004

Menilai & Memberi Markah Keceriaan Bilik Khas.

16

12/05/2004

UPS-6, menjalankan Aktiviti-4

17

19/05/2004

K/P-8,  Perancangan Aktiviti-3

18

26/05/2004

UPS-7, Latihan Untuk Pertandingan Kawat Kaki 2004.

19

16/06/2004

Per BM-3, Pertandingan Berbalas Pantun 2004.

20

23/06/2004

K/P-9,  melaksanakan Aktiviti-3.

21

30/06/2004

UPS-8,  Latihan Untuk Pertandingan Kawat Kaki 2004

22

07/07/2004

K/P-10, Latihan Titisan Sejarah 2004.

23

10/07/2004

Pertandingan Kawat Kaki 2004.

24

14/07/2004

UPS-9,  menjalankan Aktiviti-5.

25

21/07/2004

K/P-11, Latihan Titisan Sejarah 2004.

26

28/07/2004

UPS-10, menjalankan Aktiviti-6.

27

04/08/2004

K/P-12,  Latihan Titisan Sejarah 2004.

28

11/08/2004

UPS-11, menjalankan Aktititi-7.

30

18/08/2004

Program Titisan Sejarah 2004.

31

01/09/2004

UPS-12, perjumpaan akhir @ majlis perpisahan.

32

08/09/2004

Per BM-4, perjumpaan akhir.

 

KOKURIKULUM 2004

PERSATUAN/ KELAB DAN UNIT PAKAIAN SERAGAM ( UPS)

 

 

 

 

KELAB & PERSATUAN

 

TEMPAT KHAS

A

UNIT BADAN BERUNIFORM

 

1

PUTERI ISLAM

BILIK  1

2

PBSM

BILIK  2

3

KRS

BILIK  3

4

PENGAKAP

BILIK  4

5

SILAT

DEWAN  SILAT

6

TAE-KWAN-DO

DEWAN TAE-KWAN-DO

7

PERTAHANAN AWAM

BILIK  5

B

PERSATUAN / KELAB

 

1

PER. BAHASA MELAYU

DEWAN BM

2

PER. BAHASA INGGERIS

BILIK  SEL

3

PER. SC & MATEMATIK

MAKMAL SAINS @  MAKMAL MATEMATIK

4

PER. AGAMA ISLAM

BILIK  6

5

PER. SEJARAH

GALERI SEJARAH

6

KELAB KOMPANG

BILIK  KOMPANG

7

KELAB KOMPUTER

BILIK KOMPUTER

8

KELAB SC PERTANIAN

MAKMAL PERTANIAN

9

KELAB PEYELENGGARAAN

BILIK  7

10

KELAB PENCEGAH JENAYAH

 

11

KELAB REKA CIPTA

BILIK  8

12

KELAB SLAD

BILIK KAUNSELING

 

KEHADIRAN PELAJAR

i.                   Kehadiran adalah wajib dan setiap pelajar dikehendaki menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

ii.                  Sebarang ketidak hadiran mesti disertakan dengan kenyataan (Akuan sakit/Surat warden/Pengetua/Ibu bapa/ Penjaga)

iii.                Ketidak hadiran boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti berikut:-

a. Tidak hadir kali pertama            - Nasihat

b. Tidak hadir kali kedua            - Amaran

c. Tidak hadir kali ketiga            - Tindakan disiplin

d. Terlalu kerap tidak hadir            - Keahlian tidak diperakui.

 

 

 

PEMANTAUAN

           Dalam perlaksanaan program ko-kurikulum guru atau pelajar dikehandaki mencatatkan segala aktiviti, kehadiran pelajar dan kemajuan yang telah dijalankan dan dicapai secara berterusan kedalam buku rekod gerak kerja ko-kurikulum persatuan masing-masing. Buku rekod ini akan disemak oleh guru penasihat, Setiausaha Ko-kurikulum, Penolong kanan ko-kurikulum  dan pengetua sekolah dari masa ke semasa.

           Pada tarikh-tarikh wajib perjumpaan, pemantauan akan dijalankan oleh setiusaha atau penolong kanan ko-kurikulum. Pemantau akan menadatangani laporan aktiviti dan salinan laporan akan disimpan oleh penyelaras unit beruniform persatuan dan kelab.

           Segala maklumat mengenai persatuan boleh diteliti daripada dokumen-dokuman berikut:-

i.                   Rekod gerak kerja ko-kurikulum ( Buku Log Persatuan )

Maklumat yang ada dalam buku ini ialah:-

-          Jawatan kuasa

-          Jumlah keahlian

-          Kehadiran ahli

-          Sumber kewangan persatuan.

-          Perbelanjaan persatuan.

-          Butir-butir ahli.

-          Rancangan setahun

-          Laporan aktiviti mingguan / bulanan

-          Pencapaian persatuan / kelab / Badan beruniform.

Didalam buku ini juga dimuatkan logo dan objektif persatuan.

 

ii.                  Laporan persatuan

Didalam Laporan ini dicatatkan dengan lebih terpeinci aktiviti yang dijalankan, merangkumi maklumat berikut:-

-          Tarikh / masa aktiviti.

-          Kehadiran ahli

-          Penerangan ringkas aktiviti yang dijalankan.

Laporan persatuan hendaklah ditandatangani oleh pemantau dan salinannya akan disimpan oleh penyelaras.

 

 

iii.                Penyata kemajuan pelajar.

Penyata kemajuan pelajar boleh dibeli dari pihak sekolah. Pelajar juga boleh menbawa buku penyata kemajuan pelajar dari sekolah lama masing-masing.

Penyata kemajuan pelajar ini mengandungi maklumat berikut:-

-          Butir ahli

-          Kehadiran

-          Penglibatan

-          Pencapaian

-          Jawatan Disandang

 

iv.                Surat-surat daripada penganjur pertandingan

Dari semasa ke semasa sekolah menerima banyak surat berikut:-

-          Surat jemputan menyertai pertandingan

-          Minit-minit mesyuarat pertandingan

-          Laporan pertandingan peringkat daerah, negeri dan lain-lain.

 

YURAN

Kutipan yuran kelab / persatuan yang telah dipersetujui bersama didalam Mesyuarat Agung.

 

PENILAIAN

i.                   Pelajar akan dinilai dari aspek kehadiran, penglibatan, pencapaian dan jawatan yang disandang.

ii.                  Sumbangan pelajar dalam ko-kurikulum diberikan pengiktirafan dalam bentuk sijil penghargaan dan hadiah.

iii.                Diakhir tahun persekolahan penglibatan pelajar akan dinilai dalam betuk gred yang akan dimuatkan dalam  sijil berhenti sekolah dan surat akuan sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Agihan markah yang akan  dinilai adalah seperti berikut:-

 

ASPEK YANG DINILAI

 

MARKAH

 

UNIT

BERUNIFORM

 

KELAB/

PERSATUAN

 

SUKAN/

PERMAINAN

KEHADIRAN

50

 

 

 

PENGLIBATAN

20

 

 

 

PENCAPAIAN

20

 

 

 

JAWATAN DISANDANG

10

 

 

 

JUMLAH MARKAH

100

 

 

 

 

Gred keseluruhan akan diberi berdasarkan Markah Purata ketiga-tiga aktiviti + Markah Bonus. Gred penilaian adalah seperti berikut :-

 

MARKAH

GRED

80 - 100

A

60 - 79

B

40 - 59

C

20 - 39

D

0 - 19

E

 

KESIMPULAN

           Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar segala perancangan untuk ko-kurikulum tahun 2004 akan dapat dilaksanankan dengan berkesan dan efiksen berdasarkan perancangan ini. Semoga semua pihak dapat memberi sumbangan bagi mengerakan unit beruniform kelab dan persatuan dengan kadar yang optimum.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Up ] Misi dan Visi ] Logo Sekolah ] Sejarah SMTPC ] Pengetua ] PIBG ] Pentadbiran ] Hal Ehwal Murid ] [ Kokurikulum ] Peristiwa ] Maklum Balas ]

Hosted by www.Geocities.ws

1