SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SMTPC

                                             malaisie.gif (9455 bytes)line2.gif (11170 bytes)malaisie.gif (9455 bytes)

depan.gif (547 bytes)

CARTA ORGANISASI arrow_left.gif (625 bytes)

Up ] Misi dan Visi ] Logo Sekolah ] Sejarah SMTPC ] Pengetua ] PIBG ] Pentadbiran ] [ Hal Ehwal Murid ] Kokurikulum ] Peristiwa ] Maklum Balas ]

Keceriaan
Bina Insan
Kaunselor
Pengawas
SPBT
Biasiswa
Asrama
Pendaftaran Masuk

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN:

ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

1. Objektif

Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada
pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan
mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkan mereka
melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi
pengajian tinggi.

2. Matapelajaran Dalam Aliran Pendidikan Teknikal

BIL.

JURUSAN

KOD

MATAPELAJARAN ELEKTIF

MATAPELAJARAN TERAS

1.


Kejuruteraan Mekanikal

51

1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Lukisan Kejuruteraan
5. Pengajian Kejuruteraan Jentera

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam
/Pengetahuan Moral
5. Sejarah
6. Pendidikan Jasmani &
Kesihatan

2.

Kejuruteraan Awam

52

1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Lukisan Kejuruteraan
5. Pengajian Kejuruteraan Awam

- sda -

3.

Kejuruteraan Elektrik

53

1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Lukisan Kejuruteraan
5. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Dan Elektronik

- sda -

4.

Agroteknologi

54

1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Biologi
5. Agroteknologi

- sda -

Catatan :  Jurusan yang ditawarkan di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor .

3. Kelayakan Memohon.

i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
ii. Pemohon dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
a. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil PMR 2003 dan memenuhi syarat
untuk memasuki tingkatan 4 tahun 2004.

ATAU

a. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil PMR 2003 dan layak memohon
memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.
b. Dilahirkan dalam tahun 1987 atau selepasnya.
c. Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau Darjah terdahulu dari tahun
2002.
d. Bagi yang melalui Kelas Peralihan hendaklah dilahirkan pada tahun
1986 atau selepasnya.

CATATAN : Pemohon dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan hanya akan
dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.

4. Kelayakan Akademik Untuk Semua Jurusan Teknikal

Pencapaian Mata Pelajaran PMR

 

Syarat Utama

Syarat Lain

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut :

a. Bahasa Melayu ............................ B
b. Matematik........ C & Sains ......... B
atau
Matematik....... B & Sains ......... C
c. Kemahiran Hidup ......................... C

Mendapat pencapaian minimum
Peringkat C dalam satu (1) dan
Peringkat D dalam dua (2) mata pelajaran lain

.
5. Peperiksaan

Peperiksaan di akhir tahun Tingkatan 5 ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar yang lulus cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran
di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

6. Kesihatan Pemohon

Adalah penting bagi pemohon mempunyai kecenderungan dan minat terhadap
jurusan di pilih. Di samping itu sifat fizikal dan kesihatan juga mesti diberi
perhatian.
Perkara-perkara berikut perlu diambil kira :

i. Saiz badan tidak terlalu kecil untuk mengikuti jurusan dipilih
ii. Pelajar bagi Jurusan Kejuruteraan Elektrik, hendaklah mempunyai penglihatan
yang jelas dan tidak rabun warna.
iii. Kesihatan pemohon hendaklah baik, tidak menghidapi penyakit seperti
lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), migrine,
lelah (asthma), pekak, pitam, sawan (epilepsy), rabun dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini akan membahayakan pemohon semasa menjalankan
kerja amali.

7. Tempat Belajar

Tempat belajar disetiap sekolah adalah terhad. Tawaran tempat di sekolah
dan jurusan pilihan pertama adalah mengikut keutamaan pencapaian PMR.
Pemohon berkemungkinan ditawarkan tempat di sekolah atau jurusan lain
mengikut kesesuaian.

 

 

ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

1. Objektif

i. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi
keperluan sektor industri dan perdagangan.
ii. Membina tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri pelajar, khususnya
sikap bertanggungjawab dan kesungguhan supaya menjadi rakyat yang
berguna dan produktif.
iii. Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam Bidang Teknik
dan Vokasional

2. Senarai Kursus Dan Mata Pelajaran

Bidang

Kursus

Kod

Matapelajaran Kursus/Elektif

Pertanian

Hortikultur Hiasan

41

1. Pengeluaran Tanaman
2. Pengeluaran Ternakan
3. Hortikultur Hiasan &
Lanskap

- sda -

Kejenteraan Ladang

42

1. Pengeluaran Tanaman
2. Pengeluaran Ternakan
3. Kejenteraan Ladang

- sda -

Pengurusan Ladang

43

1. Pengeluaran Tanaman
2. Pengeluaran Ternakan
3. Pengurusan Ladang

.
Matapelajaran Teras Untuk Semua Kursus ialah :

a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains
e. Sejarah
f. Pendidikan Islam/Pengetahuan Moral
g. Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Catatan : Kursus yang ada ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor.

3. Kelayakan Pemohon

Sama Seperti Kursus Aliran Teknikal

4. Kelayakan Akademik Pemohon.

Pencapaian PMR

 

Kesesuaian

Jantina

Syarat Utama

Syarat Lain

Pertanian

Lelaki

&

Perempuan

Mendapat pencapaian minimum dalam semua matapelajaran berikut :

a. Bahasa Melayu .... D
b. Sains .....................D
c. Matematik ............. D
d. Kemahiran Hidup .. D

Sama seperti di atas


.
5. Kesihatan Pemohon

Adalah penting bagi pemohon mempunyai kecenderungan dan minat terhadap
kursus yang dipilih. Di samping itu sifat fizikal dan kesihatan juga mesti diberi
perhatian.

Perkara-perkara berikut di ambil kira :

i. Saiz badan tidak terlalu kecil untuk mengikuti kursus yang di pilih
ii. Pemohon bagi kursus yang berkaitan dengan elektrik & Elektronik, hendaklah
mempunyai penglihatan yang jelas dan tidak rabun warna.
iii. Kesihatan pemohon hendaklah baik

6. Tempat Belajar

Tempat belajar adalah terhad. Tawaran tempat di sekolah dan kursus pillihan
pertama adalah mengikut keutamaan pencapaian PMR.
Pemohon berkemungkinan ditawarkan tempat di sekolah atau kursus lain
mengikut kesesuaian.



 

Up ] Misi dan Visi ] Logo Sekolah ] Sejarah SMTPC ] Pengetua ] PIBG ] Pentadbiran ] [ Hal Ehwal Murid ] Kokurikulum ] Peristiwa ] Maklum Balas ]

Hosted by www.Geocities.ws

1