:: version 0.1:: ::Contact:: ::Tulis Guestbook:: ::Arkib Guestbook::

:: Menu ::

:: Other ::

:: LinkČ ::

 

 
 

:: Koleksi Lawak ::

 

 

Cinta

 

Isteri : Adakah abang cintakan saya?

Suami : Ya, dengan sepenuh hati.

Isteri : Sanggupkah abang bergadai nyawa untuk saya?

Suami : Ya! tapi siapa pula yang akan cintakan awak nanti?

 

 

Dua kali

 

Pelanggan : Sudahkah awak dapat cek saya?

Peniaga : Sudah, saya dapat 2 kali,- sekali daripada anda dan sekali lagi apabila pihak bank memberikan semula kepada saya.

 

 

Ahli Ekonomi

 

Guru : Siapakah ahli ekonomi?

Murid : Seseorang yang lebih tahu mengenai wang daripada orang yang mempunyai wang itu sendiri.

 

 

Tali Leher

 

Situasi dalam sebuah bas yang dipenuhi penumpang

Lelaki : Maafkan saya saudari, mahukah anda berkongsi tali pemegang dengan saya?

Perempuan : Terima kasih, saya dah pun ada tali pemegang.

Lelaki : Oh, tidak....ini bukan tali pemegang,ini tali leher saya!

 

 

Tidak bertanya

 

Pelawat : Bolehkah saya merokok di sini?

Pengawal : Tak boleh.

Pelawat : Jadi, dari mana datangnya puntung-puntung rokok yang bertabur di sini?

Pengawal : Dari pelawat yang tidak pernah bertanya.

 

 

Kahwin

 

Peguam : Puan sudah bertunang? Bukankah dalam wasiat suami puan ada menyebut, jika puan berkahwin semula, segala hartanya akan diserahkan kepada adik lelakinya?

Wanita : Ya, saya tahu. Tapi saya nak berkahwin dengan adik lelakinya itu!

 

 

Luar Biasa

 

Isteri : saintis menyatakan bahawa orang biasa mampu bercakap 10,000 perkataan sehari

Suami : Benar sayang, tapi ingat bahawa anda adalah luar biasa

 

 

Hanya 30 Hari

 

Pemandu kereta : Tuan hakim, saya tidak mabuk. Saya cuma terlebih minum sahaja

Tuan Hakim : Baiklah,kalau begitu saya takkan hukum kamu sebulan penjara tapi cuma penjara 30 hari sahaja!

 

 

Mengisi Borang Asrama......

 

Seorang budak ni pun meminta bantuan bapa nya untuk mengisi borang asrama.
> anak:nama yah!
> bapa: ah! engkau tarok lah nama engkau kat situ
> anak: tarikh lahir
> bapa: tulih apa yang ada kat surat beranak tu
> anak: bangsa!
> bapa: itu pun tak tau... tulis melayu
> anak: alamat
> bapa: engkau tulih alamat rumah ni dah!
> anak: sex
> bapa: ( dengan nada marah ) ini aku tak suka ni..Sex Sex apa ini Sex
> mencarut....ini pun nak tanya!!!!!!!
> bapa: yang lain!
> anak: sekolah.... bla bla bla bla...
Budak ni tak dapat tidur lena malam itu, sebab satu soalan dalam borang masih belum berjawab, hancur lah harapan untuk masuk sekolah berasrama penoh... Pasti nya nanti di marahi oleh guru besar...
So, pagi pagi lagi dia sudah bangun Semasa ayah nya hendak pergi kerja, anak ini berjumpa lagi ayah nya
> anak: ayah! tolong lah beri jawapan 1 soalan lagi tu...
saya mahu jagi enginior... kata guru besar kalau borang tak lengkap tak boleh masuk sekolah asrama
> ayah: (dalam hati..kesian anak aku ni, bercita cita tinggi rupanya ) ok, jangan beri tahu omak engkau, tulih 5 kali seminggu

 

 

Tiga Sahabat sejati Tak SejiWa

 

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gongok.

Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan
kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2.

Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si kodok berkata :
"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan
tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "

Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat
warong depan tuh!"

Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"

Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi
cepat "

Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....

Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"

Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"

Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan
Kura2 menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak
timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"

Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"

Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan
pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"

Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"

U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"

Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"

U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi
PAKAI KASUT..!!!!!"

 

 

:::: izwan's design ::

:: version rindu pada anna::

Hosted by www.Geocities.ws

1