:: version 0.1:: ::Contact:: ::Tulis Guestbook:: ::Arkib Guestbook::

:: Menu ::

:: Other ::

:: LinkČ ::

 

 
 

:: Doa Harian ::

 

 

 

Mohon dijauhi daripada syirik

"YA ALLAH, sesungguhnya kami memohon perlindungan dengan Engkau daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu apa jua pun yang kami tahu sendiri dan kami memohon ampun daripada Engkau apa yang kami tidak ketahui."

Mohon dijauhi kufur, papa

"YA ALLAH, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kufur dan papa. Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."

Memohon ditetapkan iman

"YA ALLAH, sesungguhnya kami memohon engkau tetapkan iman kami yang sempurna dan kurniakanlah kami sebenar-benar iman dan keyakinan dan lidah kami yang sentiasa menyebut nama-Mu dan jadikanlah hati kami yang kusyuk dan taubat kami sebenar-benar taubat yang diterima dan kami bertaubat sebelum mati dan kurniakanlah kami kelapangan ketika ajal maut dan kurniakanlah kami kemenangan dengan beroleh syurga dan jauh dari neraka."

Memohon ditetapkan iman

"YA ALLAH, sesungguhnya kami memohon engkau tetapkan iman kami yang sempurna dan kurniakanlah kami sebenar-benar iman dan keyakinan dan lidah kami yang sentiasa menyebut nama-Mu dan jadikanlah hati kami yang kusyuk dan taubat kami sebenar-benar taubat yang diterima dan kami bertaubat sebelum mati dan kurniakanlah kami kelapangan ketika ajal maut dan kurniakanlah kami kemenangan dengan beroleh syurga dan jauh dari neraka."

Memohon Keampunan

"YA ALLAH, ampunilah kami dan ibu bapa kami, anak-anak kami, guru-guru kami dalam agama dan orang yang memberi nasihat baik kepada kami dan orang yang mengajar kami dengan berdoa dan seterusnya sekalian kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat.

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan rahmatilah kami dan redailah (amalan kami) dan terimalah (permohonan) kami dan tempatkanlah kami disyurga dan bebaskan kami dari neraka."

Mohon keampunan dosa

"WAHAI Tuhan kami, sesungguhnya kami sudah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka"

(SURAH AL-IMRAN,16)

Mohon keselamatan agama

"WAHAI Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"

(SURAH AL-KAHFI,10)

Mohon keteguhan hati

"WAHAI Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannNya"

(SURAH AL-IMRAN,8)

Mohon rahmat Allah

"WAHAI Tuhan kami, kami sudah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami di kalangan orang yang rugi"

(SURAH AL-A'RAAF,23)

Mohon ketenangan ketika gelisah tidur

"YA ALLAH, bintang telah lenyap, semua insan telah lelap, Engkau-lah Maha Hidup tidak diserang rasa mengantuk, Engkau pula Maha Waspada, sentiasa berjaga sepanjang masa, tenangkanlah hati gelisah, tidurkanlah hamba yang resah."

Semoga mendapat mimpi yang baik

"YA ALLAH Tuhanku, mimpi yang baik yang kupinta, lagi benar tidak dusta, mimpi pembawa banyak manfaat, , bukan mimpi penuh mudarat."

Doa kepada ibu Bapa

"YA ALLAH Tuhanku,ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan semua kaum Muslimin pada hari Kiamat. ya Tuhanku, sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil"

Supaya mudah berucap

"YA ALLAH, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku dan uraikanlah ikatan lidahku agar mereka itu dapat memahami kata-kataku."

Fitnah Orang Kafir

"YA TUHAN kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai sasaran bagi orang kafir dan ampunilah kami, ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (surah Mumtahanah, 5)"

Perlindungan Daripada Penipuan

"YA ALLAH,sesungguhnya aku memohon perlindungan Engkau daripada kawan yang menipu, matanya melihatku dan hatinya menjagaku, sekiranya dia melihat kebaikan dia menyembunyikannya, sekiranya dia melihat keburukan dia menyebarkannya"

Fitnah Orang Kafir

"YA TUHAN kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai sasaran bagi orang kafir dan ampunilah kami, ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (surah Mumtahanah, 5)"

Sesuatu Yang Menakutkan

"AKU berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya dan kejahatan hamba-Nya, aku berlindung daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kapada aku."

Doa memohon terlepas dari hutang

"YA ALLAH, berilah aku kecukupan dengan harta-Mu yang halal dan bukan yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu dari apa-apa yang di luar Engkau "

-HR Turmudzi-

Doa ketika tidak dapat tidur

"WAHAI TUHAN yang menggerakkan bintang-bintang, yang menenangkan gerak mata, dan Enkau adalah Mahahidup dan Berdiri, Engaku yang tidak tersentuh oleh rasa mengantuk mahupun tidur maka lhatlah keadaanku malam ini dan tidurkanlah mataku "

-HR Ibnus Sunni-

Doa ketika melihat hujan

"YA TUHAN, jadikanlah sebagai hujan yang bermanfaat kepada kami"

-HR Bukhari-

Doa ketika berada didalam kenderaan

"SEGALA puji bagi Allah yang memberangkatan kami ini dan kepada-Nyalah kami berteman dan kepada Tuhanlah kami kembali."

-HR Abu Daud-

Doa ketika melihat bencana

"SEGALA puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari bencana-Mu yang diberikan kepadanya dan yang memberikan kurnia yang banyak itu kepadaku"

-HR Turmidzi-

 

:::: izwan's design ::

:: version rindu pada anna::

Hosted by www.Geocities.ws

1