| FAKTA
MENARIK
Dalam
kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang
menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini
dipersembahkan sebagai renungan
*
Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar
boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi.
Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai
radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan
spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
*Apabila
seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5
titisan bagi satu perkataan.
*Dalam
secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.
*Orang
yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.
*Secara
purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun
bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
*Secara
purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.
*Di
serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
*Hanya
terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad
D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik
Dominica.
*Setiap
tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan
Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
*Nama
semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.
*Manusia
hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan
pergerakan luar kawal.
*Ketika
bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.
*Kerosakan
otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.
*Badak
air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
*Ngauman
singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
*Tiram
boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang
hayatnya.
*Dianggarkan
80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
*Ratu
anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan
30,000 telur setiap hari.
*Andai
kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer
padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air
lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit
ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter
daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian
besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
*Jambatan
gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda,
Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124
meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah
bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal
lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.
*Sungai
Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap
meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
*Tempat
paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah
100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
*Tikus
kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali
lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
*
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari
tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara
purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam
seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak
daripada masa mereka di sekolah.
* Bahan
buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk
menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama
lima jam.
* Ayam
juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.
*
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi
yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi
garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
* Jika
anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam
hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk
memanaskan secawan kopi.
* Pada
tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir
ke arah air terjun ini.
* Buaya
tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana
organ itu melekat pada lelangit.
* Batu
karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.
* Ikan
haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
*
Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh
melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya
bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
*
Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini
mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran.
Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code'
adalah `chewing gum' Wrigleys.
* Semua
planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari
mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
* Jika
usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya
boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda
ketinggian orang itu.
*
Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut.
Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
*
Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada
tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya
yang berkumpul dan mengeras.
* Anda
perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.
* Seoul
adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.
* Jika
ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama,
ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam
mulutnya.
*
Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan
gunung berapi paling besar dalam sistem solar.
*
Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000
perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari
untuk bercakap.
* Drama
pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip
drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada
1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan
hingga kini.
*
Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi,
banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan
sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10
atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi
peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar
laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia
dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan
berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium
beberapa jam sebelum kejadian.
* Ada
tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak
dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada
pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan
dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka
yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun
orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan
sendiri.
*Semasa
pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan
singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar
dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta
beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping
binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.
* Seni
membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni
tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat
termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan
Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali.
Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di
Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat
Babilonia bertarikh 2500 SM.
* Untuk
kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa
ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30
ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan
dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan
usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis
penyakit polio.
*Dalam
satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di
Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi
masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing.
Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun
menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan
dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta
yang lebih dewasa daripadanya.
* Ia
mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu
Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu
bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan
Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya
1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima
kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
* Orang
yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya
pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat
sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana
kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila
buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.
* Dr
James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi
jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai
pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun
sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada
beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali
sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal
dunia.
*
Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia
dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit
oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang
memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.
*
Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan
meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana
pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140
orang seminit.
*
Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari
1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000
gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya".
Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor
gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor
kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.
*Benua
Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi.
Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih
gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu
pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km.
Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter
persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan
menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.
*Jutawan
Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah
yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai
peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh
mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan
menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di
kocek baju.
*
Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa
besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka
hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan
seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan
senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000
dengan senjata konvensional.
*
Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini.
Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan
haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air
musuh.
*
Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90%
keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan.
Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium)
yang dapat menghasilkan tenaga.
* Paus
beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh
bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu
menyedut oksijen setiap 20 minit.
*
Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai
terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada
kandungan air sungai seluruh dunia.
* Semut
mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
*
Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia
boleh membesar sehingga 2 meter panjang.
*Wira
Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang
empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang
tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali
dari perang Trojan.
*
Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila
Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion
Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran
patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan
bapa saudaranya, Oscar.
* Semut
berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
*Bilangan
telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh
Afrika.
* Pen
berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis
E.Waterman, seorang agen insurans.
*Apabila
panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa
pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang
amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang
dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!
* Unta
pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.
*
Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai
keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
*Gajah
Afrika hamil selama 640 hari.
* Raja
Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri
seramai 7,000 orang.
* Tayar
numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John
Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa
Scotland.
*
Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru
kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred
Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan
kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.
*
Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum
Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil
lukisannya.
* Ketua
Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah
menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
*
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo,
Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan
wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh
wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami
mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka
tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama
isteri mereka sudah terpahat di dahi.
* Ais
krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak.
Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang
mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya
orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah
seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain
dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka
lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup
melazatkan sehingga ke hari ini.
*
KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit
yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi
sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber
terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia
menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim
sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas
yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber
sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan
daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati
setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak
gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan
raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos
serta klinik.
*
Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan
setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh
dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan
jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah
tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan
pembelian senjata dunia.
* Taj
Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia
yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta
yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal
yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah
sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan
cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya
permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan
amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj
Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz.
Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua
puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
*
Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan
oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai
rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan
kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90
tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah
amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.
*
Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya
mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk
kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang
menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak
Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak
pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David
Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi
pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest
pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan
untuk penggambaran yang paling berat.
*
Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah
Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang
paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki
dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi
tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang
luarbiasa.
*
Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh
seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr
Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang
dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu
ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing
tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini
menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu
kambing tersebut.
* Kea
adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New
Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu
gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada
sekeliling tingkap kereta.
* Tiga
majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek,
Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti
yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka
ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ
Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki
air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.
*
Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah
memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10.
Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa
oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi
padang pasir ke mana sahaja di pergi.
* Darah
akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada
ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana
jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia
berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.
*
Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi
selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar
dapat dirakamkan.
* Jika
anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala'
sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku
kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.
*
Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka
sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan
mereka ditemui mati.
* Semua
planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos
Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada
salah satu watak dalam drama Shakespeare.
*
Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut
yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti
cacing tanah dalam lubang di bumi.
* Kita
akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas
atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit
kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter
sesaat.
*
Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja.
Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan
negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara
itu.
*
Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai
pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir
dengan huruf `ov'.
* Usus
manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada
setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk,
kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang
dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.
*
Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut
daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai
bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.
*
Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga
empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan
tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.
Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya
bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi
seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak
berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah.
Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan.
Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh
menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
*
Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada
wanita.
*
Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara
tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih
kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
*
Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent
Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada
satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf
'E'.
* Huruf
yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah
E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
*
Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca
rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.
*
Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.
* Laut
Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di permukaannya.
*
Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di
Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam
tahun 1954.
* Sudan
di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya,
Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan
Ethopia.
*
Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
*
Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap
tahun.
* Corak
di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti
cap jari pada manusia.
* Lembu
adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar
apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador
samada kain merah atau kuning.
* Epal
lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan
seseorang itu mudah bangun pagi.
*
Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh
membantu mengurangkan berat badan.
*
Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000
tan.
* Air
Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang
tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di
dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air
Terjun Niagara.
*
Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
* Litar
motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.
* Otak
manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung
kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk
berbagai-bagai fungsi.
*
Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi
ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu
dipelihara.
* Berat
otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan
tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut
semasa berehar atau tidur.
*
Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti
melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat
lima.
* Kilat
boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan
100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
* Orang
pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II
dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain
kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan
hidungnya.
* Gurun
Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.
*
Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi
setiap batang rokok yang tidak dihisap.
*
Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan
bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
* Pada
1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai
Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel
di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke
puncak.
*
Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar
perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi
yang sakit dan cedera.
*
Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi
hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan
tugas otot muka anda. /font>
* Air
liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati
luka di kulit atau terbakar.
*
Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari
New Zealand.
* Kulit
yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan
berukuran 18.5 meter persegi.
* Ulat
sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.
* Badan
akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam
air berbanding udara dalam suhu yang sama.
|