:: version 0.1:: ::Contact:: ::Tulis Guestbook:: ::Arkib Guestbook::

:: Menu ::

:: Other ::

:: LinkČ ::

 

 
 

:: Karya ::

 

 

 

Pantun Rindu

 

Hanyut sampan anak Temenggung
Di bawa arus hingga ke muara
Rindu sebeban tidak tertanggung
Warkah biru pembuka bicara

Tembikai dijual di tengah kota
Untungnya banyak penjual gembira
Tuan menghilang tanpa berita
Kududuk menanti berduka lara

Sampan digalah semalam-malaman
Jalinan jala pula ditebar
Lukisan wajah menjadi teman
Rindu terlepas hati berdebar

Di hujung kolam tumbuh melata
Mudah dicari buah mengkudu
Tidur bertilam si air mata
Hati merintih kerana rindu

Dapat sebubu si ikan keli
Masak tempoyak buat hidangan
Orang dirindu tak ambil peduli
Cinta bertepuk sebelah tangan

Memutih melur seharum cempaka
Cucuk di sanggul nampak jelita
Kasih terkubur di pintu duka
Bahana cinta mengundang derita

Semalu melingkar di tengah bendang
Padi menguning subur di desa
Rindu terlerai cinta kecundang
Duka dan ceria pasti dirasa

 

Pantun Berkasih

 

Mutiara kasih, mutiara rindu,
digubah dari tinta delapan;
kutanam kasih, kusemai rindu,
moga berbunga kuntuman harapan.

Terungkai ceritera didadamu puan,
bersama sebait ringkasan hikayat;
kusembah kasih padamu pujaan,
moga terjaga sepanjang hayat.

membelah kayu di tepi hutan,
untuk dibuat barang hiasan;
sudah termaktub dalam suratan,
cinta kasih untukmu tuan.

Bermain jongket beregu-regu,
dimain bersama rakan sebaya;
jangan digoyah, jangan diragu,
andai jodoh tersemilah ia.

 

 

:::: izwan's design ::

:: version rindu pada anna::

Hosted by www.Geocities.ws

1