:: version 0.1:: ::Contact:: ::Tulis Guestbook:: ::Arkib Guestbook::

:: Menu ::

:: Other ::

:: LinkČ ::

 

 
 

:: Family ::

 

 

 

Ini adalah ayah saya. Nama beliau ialah Othman b. Malok. Dilahirkan di Kampung Lukut pada 16 April 1956. Beliau merupakan anak kedua dari 5 adik beradik. Pada usia 18 tahun,beliau telah menyertai Rancangan Felcra di Gugusan Sungai Ara. Ayah saya merupakan seorang yang baik terhadap anak-anaknya. Agak tegas tetapi boleh dibawa berunding. Beliau pernah mengalami kemalangan pada 1991 yang mana telah mengakibatkan tulang kakinya patah dan terpaksa dimasukkan besi. Beliau berkahwin dengan emak saya pada tahun 1982. Kini beliau masih bekerja dengan Rancangan Felcra sebagai Peserta Felcra.

 

 

Ini pula ialah emak saya. Nama beliau ialah Hamida Bte Safar. Dilahirkan pada 3 Mac 1957 dan kini berusia 47 tahun. Beliau merupakan seorang ibu yang baik dan penyayang. Saya lebih rapat dengan emak saya berbanding ayah saya. Ini mungkin disebabkan emak saya amat memahami sikap saya. Saya paling suka masakannya dan sering bekalkan saya lauk bila saya nak balik kolej.

 

 

Yang ini pula adik lelaki saya. Namanya Mohd Hedir. Berusia 18 tahun dan dilahirkan pada 25 Mac 1985. Beliau kini meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Tun Habab di Tingkatan 6 Bawah. Sikap beliau amat berlainan dengan saya di mana beliau seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Di dalam keluarga beliau boleh dianggap anak pertama kerana beliau lebih berkarisma berbanding saya. Saya agak rapat dengannya dan boleh menganggapnya sebagai kawan saya bila di rumah.

 

 

Adik perempuan saya pula namanya Norhafizah. Baru berusia 15 tahun dan belajar di Tingkatan 3 di Sekolah Tun Habab. Dilahirkan pada 12 November 1988 di Kampung Lukut. Beliau merupakan anak bongsu dan manja dengan emak saya. Beliau sering dimarahi oleh adik lelaki saya tu disebabkan ketidakpuashatian yang ntah apa ntah. Nasib baik saya ni seorang cool dan cintakan keamanan. Beliau kini sibuk belajar untuk PMR nya. Semoga berjaya...

 

 

:::: izwan's design ::

:: version rindu pada anna::

Hosted by www.Geocities.ws

1