![]()
Monday, 29 March 2004
|
|
||
|
Inilah Boss aku, Fadlishah Izmet bin Freedam Shah
namanya. Tapi….telah kembali ke Rahmatullah pada 06 Mac 2003 pada jam
10.10 pagi…Al-Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…Isteri
Allahyarham bekerja di bawah satu bumbung ngan aku, tapi lain-lain
depatment la….Baru jer mendirikan rumahtangga pada September 2002, tapi
sudah bergelar janda, apa nak buat…Allah lebih menyayanginya.Mungkin ada
Hikmah di sebalik kejadian tersebut. Nur Fitrah Amani adalah harta yang
paling berharga yg telah ditinggalkan arwah untuk isterinya...... |
|
|
Haaa ni pulak Suhana, orang rumah Azizi. Baru jugak
mendirikan rumahtangga pada penghujung Disember 2002 yang lepas.
Sebenarnya Azizi ni bekerja dibawah satu bumbung juga dengan aku dulu,
tapi sekarang dah bekerja di tempat yang lebih serasi dengan dirinya, tapi
masih dalam bidang yang sama. Kasih Azizi dan Ana bermula di sini…,
Tahniah kepada mereka kerana bakal menimang cahayamata pada penghujung
tahun ini. Kisah peribadi Azizi boleh
diikuti di laman web tersebut :-
http://www.geocities.com/ziziana02 dan jangan lupa klik pada ikon foto
album untuk mendapatkan gambar-gambar di hari bersejarah mereka.Tahun
depan kita letak gambar baby mereka pulak nooo. |
|
|
Yang ini pula, member solo di bahagian ni.
Azimin namanya. Lebih dikenali juga dengan nick Awie..tentu korang
tertanya-tanya mana datangnya gelaran tu bukan..? Sebenarnya si Azimin ni
ada sebuah buah hati, sapa lagi si Jaguh (motosial) dia tu la…Kita tunggu dan lihat. Bagi penggemar-penggemar ikan, anda boleh
dapatkan koleksi ikan yang menarik daripada Azimin......?
|
|
[Keluarga]
[Sahabat] [Foto Album]
[Enjin
Pencarian] [Direktori]
[Soal Jawab]
[Berita Terkini]
[Pengetahuan] [Lawak Jenaka]
[Petua] [Renungan]
[Takwim]