![]()
ANTARA PETUA KESIHATAN YANG PERLU ANDA TAHU
Wednesday, 23 April 2003
|
MUTIARA |
|
|
|
LOBAK MERAH |
|
|
|
KELUMUMUR |
|
Ada beberaapa cara yang dapat digunakan untuk menghilangkan kelemumur pada kulit kepala :- Bancuh kuning telur dengan limau nipis. Usapkan campuran tadi ke atas kulit kepala sehingga rata dan tunggu sampai kering. Setelah kering barulah dibasuh seperti biasa. Campurkan minyak kelapa dengan garam. Kacau empat sudu minyak tanak dengan sesudu makan minyak kelapa dan panaskan sehingga mendidih. Apabila telah suam-suam kuku, gosokkan ke atas kulit kepala sambil memicit-micit kulit kepala. Lakukan 3-4 jam sebelum membasuh kepala. Celupkan asam jawa ke dalam minyak kelapa. Gosokkan ke kulit kepala dan biarrkan selama beberapa minit. Kemudian bersihkan kulit kepala sehingga bersih. Gosokkan kulit kepala anda dengan menggunakan limau nipis. Setiap malam
sebelum tidur, hendaklah digosok dengan air limau dan dibiarkan semalaman.
Keesokkan harinya barulah dibersihkan. |
| MENGHILANGKAN KESAN DAKWAT PEN |
|
Untuk menghilangkan dakwat yang terkena pada baju, gunakan limau nipis dan sabun serbuk. Lalukan air dan sedikit perahan limau nipis pada bahagian yang terkena dakwat. Jemur dahulu sebelum dibilas. Setengah jam kemudian basuh dengan air yang bersih dengan menggunakan berus pakaian. Bagi pakaian bewarna, masukkan sedikit cuka ke dalam air untuk membilas. Kesan itu akan hilang sekiranya baru sahaja terkena dakwat. |
| MEWANGIKAN KEDIAMAN ANDA |
|
Anda tentu inginkan bilik tidur atau ruang dalam rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Hiriskan sabun mandi dan balutkan dengan kain yang nipis. Bentukkan sabun tersebut mengikut citarasa anda sendiri. Gantungkan pada sudut kediaman anda. Jangan bungkus serpihan sabun mandi itu terlalu ketat sepaya baunya menyebar ke seluruh ruang kediaman anda. Mudah dan senang kan... |
| PAKAIAN TERKENA MINYAK |
|
Jika pakaian anda terkena minyak tar, siramkan bahagian yang terkena
minyak tar itu dengan minyak petrol. Gosok perlahan-lahan sehingga kesannya
hilang. Cuci dan bilas seperti biasa |
| DAUN DELIMA. |
|
Daun delima boleh menyembuhkan kembung, mual dan perih. Ambilkan lima helai
daun delima, kemudian cuci daun itu sehingga bersih dan hiriskan halus-halus.
Campurkan dengan segelas air panas. Apabila ai itu telah suam, minum selama
lima hari beturut-turut. |
|
KEGUNAAN SERBUK TEH |
|
Serbuk teh boleh melegakan mata yang letih. Hampas teh yang telah sejuk
dimasukkan ke dalam sehelai kain nipis. Sambil baring, letakkan kain nipis
yang mengandungi serbuk teh tadi atas mata. Serbuk teh juga boleh menghaluskan kulit muka. Gosokkan serbuk teh yang telah sejuk pada wajah anda. Serbuk teh yang hendak dibuang pula boleh menyubukan tanaman. Taburkan serbuk teh yang hendak dibuang ke perdu atau pangkal Pokok. |
Sumber :- Koleksi Petua-Petua.R 615.88 KOL
25 APRIL 2003