|
HERMITAGE
- GALERI SENI TERBESAR
HERMITAGE di St.Petersburg, Rusia merupakan galeri seni lukis terbesar di
dunia. Bangunan itu dibina pada tahun 1764. Hermitage sebenarnya adalah
istana Czars, maharaja rusia. Kini galeri itu menyimpan lebih 3 juta hasil
seni lukisan dan ukiran. Seseorang pelawat yang berhasrat melawat setiap
ruang galeri terpaksa berjalan sejauh 24 kilometer.
Antara yang dipamerkan ialah karya agung Yunani, permaidani Parsi buatan
tangan paling tua di dunia (berusia 2,500 tahun) Galeri ini juga mempunyai koleksi matawang dari
seluruh dunia yang digunakan berabad-abad silam. Setiap tahun dianggarkan
3 juta pelancong dari seluruh dunia mengunjunginya.

|
|
TERMINAL
PALING PANJANG
Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa, Sultan Abdul Aziz,
di Jeddah, Arab Saudi dikatakan terminal paling panjang di dunia.
Lapangan terbang ini juga memiliki bangunan paling besar, meliputi kawasan
seluas 1.5 kilometer persegi. Sebanyak 40 buah bangunan membentuk kompleks
lapangan terbang tersebut.
Di bina dengan harga 2.8 bilion pound (lebih kurang ( RM 11.2 bilion)
keseluruhan landasan lapangan terbang ini adalah sepanjang 180 kilometer
dengan lebarnya tidak kurang empat kilometer. Jalan beraspal disekeliling
lapangan terbang ini berjumlah 180 kilometer.
Oleh kerana ia dibina di kawasan padang pasir, lapangan terbang ini
dilengkapi dengan 300 kilometer saluran paip di bawah tanah. Paip itu
bukan sahaja menyalurkan air untuk pelbagai kegunaan bahkan membekalkan
air untuk tanaman disekeliling lapangan terbang itu.
Sewaktu musim haji, lapangan terbang ini mengendalikan 80,000 jemaah
setiap hari. Jemaah yang datang dari seluruh dunia itu tidak akan
menghadapi masalah kerana sistem di situ adalah yang tercanggih.

|
|
TELUR AYAM
GERGASI
'Telur Gergasi' yang dihasilkan oleh sebilangan besar ayam di
Treviso, Itali menggemparkan penduduk bandar itu beberapa tahun yang lalu.
Menurut penternak, telur ayamnya ada yang seberat 208 gram dengan ukuran
keliling 22 cm dan panjangnya 9 sm.Ramai daripada mereka menyalahkan
tragedi kilang nuklear yang bocor di Chernobyl menjadi punca ayam ternakan
mereka menjadi tidak normal.

|