|
Soalan :-

Terlupa password Windows, Bagaimana untuk mendapatkannya semula ?
Jawapan :-
Jika anda tidak dapat memasuki Windows, anda boleh
menggunakan disket windows Startup yang mana anda akan pergi ke skrin pra
windows yang menyerupai DOS. Jika anda tiada disket ini anda boleh cuba
minta rakan anda yang mempunyai komputer buatkan satu untuk anda.
Setelah anda dapat A:/> anda taipkan C: padanya dan tekan kekunci enter.
Kemuadia pada C:/> taipkan CD WINDOWS, enter, dir *.pwl, enter dan ia akan
menyenaraikan dail dengan sambungannya. PWL iaitu senarai password. Anda
perlu mencari fail yang mempunyai nama anda atau nama pengguna yang anda
masukkan, contohnya nurulhuda maka fail itu akan menyenaraikan
nurulhuda.pwl.
Buangkan fail ini dan boot semula komputer. Windows akan meminta fail baru.
Adalah lebih baik anda biarkan ia kosong kerana akan memudahkan tugas anda. |
|
 |
|
Soalan :-

Bolehkah pelayar web membaca e-mail?
Jawapan :-
Sejauh mana kebolehan pelayar web anda membaca
e-mail bergantung kepada sesiapa yang menyediakan akaun e-mail anda.
Sesetengah organisasi menawarkan akaun e-mail melalui WEB, di mana anda
boleh mendapatkannya melalui 'access' e-mail pada tapak web organisasi
tersebut. Contohnya boleh didapati pada laman web 'yahoo.com' ataupun 'hotmail.com'.
Selain daripada itu, kebanyakkan pelayar web turut menyediakan e-mail
reader mereka tersendiri. |
|
 |
Soalan :-

Berapakah kos mendapatkan pelayar web?
Jawapan :-
Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan pelayar web, bagi
Microsoft (Internet Explorer) ataupun Netscape. Kedua-dua organisasi ini
menyediakan pelayar web secara percuma di mana, anda hanya perlu
memindahterima sahaja perisian dikehendaki ke dalam cakera keras anda. |
|
 |
Soalan :-

Apakah perbezaan di antara Internet Explorer dan Netscape Navigator ?
Jawapan :-
Komponen yang terdapat di dalam Navigator dan IE lebih kurang sama seperti
butang 'back' dan 'forward' 'search tool' 'security settings dan
'features' untuk menyimpan laman web kegemaran anda. Kedua-dua pelayar web
ini merupakan yang paling popular. Selain dari pelayar web ini, terdapat
juga pelayar web lain seperti Opera dan Neoplanet |
|
 |
Soalan :-

Apa itu JavaScript error
Jawapan :-
Java dan Java Script merupakan
programming languages yang digunakan untuk membina laman web. Jika pelayar
web anda memaparkan mesej terdapat error pada java script tertentu, ini
bermakna pelayar web anda tidak menyokong JavaScript tersebut, ataupun
anda telah mengarahkan pelayar web anda untuk tidak mempamerkan elemen
JavaScript. Cuba lihat kandungan 'Preferences' di dalam menu edit anda. |