|
WAWANCARA |
|
|
|
|
06.03.2006
DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY : Perjuangan Belum Berakhir |
|
Awal 2006 yang baru berlalu DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY (DCA) telah mengeluarkan Demo EP pertama mereka berjudul "Blood War Death". Demo EP ini telah mendapat ulasan yang positif dari pihak EKSTRIM dan menerima respon yang baik dari peminat muzik metal tempatan. Pemuzik berkonsepkan War Metal ini bukan sahaja berbakat besar, tetapi mereka sebuah kumpulan yang cukup gagah. Isu blackmetal memang cukup menyakitkan hati, tetapi DCA tetap melangkah /... |
|
|
23.02.2006
MORGGORM : Segala-Galanya Morggorm... |
|
Sebuah
Promo CD berjudul "New World Prosecution" telah mendapat ulasan yang
sangat positif dari pihak EKSTRIM dan juga diterima dengan baik oleh para
peminat muzik ekstrim tempatan. Promo tersebut adalah hasil karya dari
MORGGORM, sebuah band yang ditubuhkan untuk membawa kembali kegemilangan
muzik Thrash Metal. Ditunjangi oleh Ariyus (gitar) dan King (dram) serta
dibantu oleh Kamal (bass/vokal), MORGGORM khabarnya mahu terus mara
memanjat tangga /... |
|
|
22.02.2006
ANOREXIA : Perjuangan Kami Tidak Akan Luntur |
|
Anorexia
adalah satu nama baru dalam persada musik metal. Tetapi semangat dan
perjuangan mereka begitu jitu hanya kerana minat mereka yang begitu
mendalam. Band yang ditubuhkan di Banting, Klang ini menampilkan konsep
musik Ekstrim Death Metal buat tatapan peminat khususnya irama yang
menggemari alunan Death Metal. Saksikanlah intebiu yang dibawakan khas
untuk mengenali mereka dengan lebih dekat /... |
|
|
20.02.2006
Sejenak Bersama... Admin Forum Metal To Metals |
|
METAL
TO METALS Message Board merupakan forum rasmi bagi laman web metal
berbahasa melayu iaitu MetalTerus (www.metalterus.com.my). Satu ketika
dahulu, perbincangan mengenai metal scene ataupun muzik-muzik underground
berlangsung di kawasan luar seperti Central Market. Tetapi, dengan
kewujudan dan kecanggihan dunia teknologi terkini, pertemuan dan
perbincangan antara peminat-peminat muzik kini dapat dikumpulkan di dalam
alam siber ini. Malah ianya /... |
|
|
20.02.2006
SILENCE ENSHROUD : Jiwang Karat Versi Metal |
|
SILENCE
ENSHROUD datang lagi. Perkhabaran yang pastinya mengundang kegembiraan
peminat metal yang merindui gaya muzik bawaan mereka suatu masa dahulu di
tahun 1997 bilamana kaset promo "...And The Silence Begins" dikeluarkan.
Mereka agak menggemparkan juga ketika itu. Ketika band-band tempatan lain
sibuk dengan kejahatan death/black dan kemaruk eastern metal, SILENCE
ENSHROUD menawarkan kelainan. Metal yang kelam atmosferik /... |
|
|
16.02.2006
SHAHJEHANBANJABAR DARK ARTS STUDIO |
|

Shahjehanbanjabar Dark Arts Studio bukannya
nama asing kepada pendengar-pendengar musik ekstrim khususnya pendengar
dan peminat tempatan. Shahjehan juga merupakan editor kepada TODARK
Fanzine yang mana kerja-kerja untuk penghasilan keluaran terbaru sedang
giat dijalankan. Jadi selamilah hasil kerja beliau bersama
Shahjehanbanjabar Dark Arts Studio dan beri sokongan padu kepada
pengiat-pengiat pelukis sebegini kerana hanya mereka yang /... |
|
|
13.02.2006
VARICOSE VEIN : Kelangsungan Metal Kuala Lumpur |
|
Kumpulan
ini bukanlah baru sangat berada di persada seni muzik underground tanahair.
Usia mereka telah mencapai lingkungan 10 tahun menelan pahit manis bermain
muzik metal di bawah nama VARICOSE VEIN. Ia lahir dari gabungan tenaga
beberapa anggota asal kumpulan ALTERNATION GRINDER dan FLESH REMINDER (kini
kedua-duanya telah dibubarkan) sekitar 1997. Keahlian awal terdiri
daripada Dracorpsefizikh (vokal/gitar) dan Sargstone (dram) yang /... |
|
|
13.12.2005
NEFARIOUS AZARAK : Amukan Metal Kental Utara... |
|
METAL
KENTAL - sesuai dengan apa yang mereka cuba lakukan dalam pengolahan corak
pembawaan musik NEFARIOUS AZARAK pada keluaran yang terbaru. Dengarkan
kepada karyaan terbaru mereka yang turut dimuatkan dalam kompilasi METAL
TO METALS berjudul "Subverted to Condone Atrocities", sebuah hasil kerja
menarik bukan?. Didatangi dengan idea-idea yang mantap dan matang
membolehkan mereka suatu hari nanti dikenali di hati komuniti-komuniti
pendengar /... |
|
|
|
KEMBALI |
|
|