WAWANCARA

22.02.2006 | OLEH: METAL WORK

 

ANOREXIA : Perjuangan Kami Tidak Akan Luntur

 

Anorexia adalah satu nama baru dalam persada musik metal. Tetapi semangat dan perjuangan mereka begitu jitu hanya kerana minat mereka yang begitu mendalam. Band yang ditubuhkan di Banting, Klang ini menampilkan konsep musik Ekstrim Death Metal buat tatapan peminat khususnya irama yang menggemari alunan Death Metal. Saksikanlah intebiu yang dibawakan khas untuk mengenali mereka dengan lebih dekat...

 

Boleh ceritakan sedikit bagaimana Anorexia boleh wujud dan apakah konsep yang dibawakan oleh Anorexia?
 
Anorexia ditubuhkan pada pertengahan bulan April 2004 dan kami memperjuangkan konsep Thrash / Death Metal.
 
Siapakah yang bermain di dalam kumpulan Anorexia?
 
Pada asalnya Anorexia dianggotai oleh Imran (gitar utama), Arwah Sidek (dram), NorJeffai (bass) dan Ejam selaku vokal. Namun atas sebab-sebab tertentu, Anorexia terpaksa mendapatkan anggota baru dan kini Anorexia dianggotai oleh Imran (gitar utama), Norjeffai (bass), Essey (gitar kedua), Alongberg (dram) dan Adib (vokal). Setakat ini aku berpuas hati dengan komitmen yang telah diberikan oleh kesemua anggota.
 
Mungkin ramai di luar sana tertanya-tanya apakah makna di sebalik nama Anorexia.. boleh terangkan? (Penting sebab sekarang ini isu Black Metal tengah hangat di pasaran.. sebab itu aku tanya untuk mengelakkan dari diputarbelitkan)
 
Ok, Anorexia adalah nama saintifik bagi sejenis penyakit kurus. Nama ini aku dapat dari suratkhabar kalau tak silap aku dan nama ini tiada kaitan dengan BLACK METAL.
 
Pernah mengeluarkan sebarang material sebelum ini seperti Demo atau EP?
 
Buat pengetahuan semua kami belum pernah menghasilkan sebarang material.
 
Khabarnya baru-baru ini Anorexia telah memasuki studio, bagaimana perasaan bila pertama kali membuat rakaman?
 
Biasa saja, cuma letih sedikit dan ini adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan buat kami yang masih baru lagi dalam kancah musik metal. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan proses rakaman yang lepas.
 
Berapa buah lagu yang direkodkan, adakah melalui track by track?
 
Kami hanya menghasilkan 2 buah lagu, proses rakaman secara track by track. Tujuan kami memasuki studio adalah untuk menghasilkan sebuah promo sahaja dan ia untuk pasaran di Indonesia dan Singapura. Selepas ni, barulah kami akan menghasilkan sebuah EP, mungkin pertengahan tahun 2006. Insya'Allah....
 
Kenapa memilih label Morggorm Production sebagai label anda?
 
Kami mendapat tawaran dari pihak Morggorm sendiri pada bulan Disember 2005. Alhamdulillah, kami amat berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh pihak Morggorm.
 
Sebagai sebuah band baru dalam arena musik bawah tanah, apakah pandangan anda terhadap musik ini?
 
Musik bawah tanah ni meriah walaupun tak ramai yang meminatinya. Penyampaiannya juga jujur dan itu yang minat. Tapi ianya terhad dan aku rasa wajar dikomersialkan pada umum, sekurang-kurangnya masyarakat akan tahu dan
faham dengan konsep yang dibawakan oleh setiap kumpulan.
 
Anorexia pernah beraksi di hadapan peminat metal khususnya? Bagaimana perasaan anda? Adakah anda rasa musik atau konsep yang anda bawakan diterima di telinga mereka?
 
Gementar!! Itu yang pasti. Kadangkala kumpulan baru seperti kami jarang diterima dan diberi perhatian. Buat masa ni, alhamdulillah ada rezeki buat kami. Sokongan dan galakan dari kawan-kawan juga banyak memberi perangsang dan sumber inspirasi pada kami.
 
Apa perancangan anda setelah rilisan baru keluar?
 
Kami akan meningkatkan mutu permainan dan juga kualiti musik. Insya'Allah.. manalah tau jika ada rezeki dapat beraksi di tempat orang pula. Yang nyata perjuangan kami tidak akan luntur...
 
Kata-kata akhir untuk Ekstrim Webzine?
 
Majulah Ekstrim untuk Negara!!!! ...dan yang penting HAPPY!!!

 

EMEL: [email protected] | LAMAN: www.myspace.com/anorexia

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1