WAWANCARA

06.03.2006 | PENULIS: SUFIAN
 

DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY : Perjuangan Belum Berakhir

 

Awal 2006 yang baru berlalu DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY (DCA) telah mengeluarkan Demo EP pertama mereka berjudul "Blood War Death". Demo EP ini telah mendapat ulasan yang positif dari pihak EKSTRIM dan menerima respon yang baik dari peminat muzik metal tempatan. Pemuzik berkonsepkan War Metal ini bukan sahaja berbakat besar, tetapi mereka sebuah kumpulan yang cukup gagah. Isu blackmetal memang cukup menyakitkan hati, tetapi DCA tetap melangkah berani. Ditubuhkan sekitar tahun 2002, DCA kini terdiri daripada BlazerMassacre (vokal), Baltazarr (gitar), Emperorhorde (gitar), Sood Entombed (bass) dan Waxs Witchell (dram). Pelbagai perkara yang boleh kita perkatakan tentang DCA. Pelbagai bicara yang boleh kita suarakan tentang "Blood War Death". Ayuh kita bersama pemain dramnya Waxs Witchell dari DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY melalui EKSTRIM untuk anda peminat muzik metal…

 

Assalamualaikum… Apa khabar? Bagaimana dengan kehidupan harian akhir-akhir ini?

Walaikumsalam… Alhamdullilah kami sihat… walau apa pun terjadi dengan Malaysia lagi-lagi kes metal tu, kehidupan tetap diteruskan…

Telah tersurat bahawa kumpulan muzik saudara dinamakan DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY… Apakah yang tersirat di sebalik nama tersebut?

Nak ikut nama ni tiada apa yang tersurat dan tersiratnya. DCA bagi pandangan kami ialah apabila kami membuat show kat mana-mana gig yang kami perform, kami cuba nak show tu jadi happening dengan showmanship DCA yang penuh "blood", berpuaka, krisis (demonical crisis) pada gig tersebut (assembly)… cuba satukan ayat tu…

DCA agak sensasi sekitar penghujung 2005 berikutan manipulasi berterusan isu Black Metal oleh MASTIKA membabitkan penyiaran foto DCA dalam beberapa keluaran majalah tersebut. Apa komen saudara?

Betul tu… tak salah aku semua keluaran majalah tu ada line up DCA. Sudah la tak bagi royalti kat DCA pastu plak membuat cerita palsu yang kolot tentang musik secara amnya dan DCA sendiri. Aku cukup tak puas hati dengan interview yang dibuat oleh majalah tu kalau yer pun nak interview kenapa tak interview DCA jer?? band yang tengah perform masa tu… KENAPA?? Pelikkan…

Saban hari disogok dengan maklumat kurang tepat tentang muzik Black Metal tempatan, masyarakat umum majoriti mungkin secara langsung bertanggapan DCA turut tergolong dalam ertikata sesat. Jika diberi ruang dan peluang, apa yang mahu saudara suarakan demi memperbetulkan keadaan?

Selidik dulu kaji dulu benda ni bukan main tulis jer… masalahnya sekarang cuba fikirkan balik isu ni… dorang nak samakan Mayhem, Deicide, Dissection dan semua band luar dengan metal scene kat Malaysia yang indah permai ni… ada tak dorang sebut band metal Malaysia?? takder kan, semua luar bukan…

Mungkin belum begitu ramai yang mengenali atau mengetahui kewujudan DCA, boleh berikan keterangan ringkas tentang latarbelakang penubuhan band dan anggota band saudara?

DCA pada mulanya ditubuhkan sekitar tahun 2002 dan diilhamkan oleh Gorgomieth and Waxs Witchell untuk mereka cipta sebuah band yang ganas habis dan unik sewaktu perform (bagi orang ingat)… so lepas tu kami mencari vokal (Blazer Massacre), bassist (Sood Entombed) dan gitaris kedua (Ajibezz) dan bermulalah sejarah BLOOD WAR DEATH !!!

Bagaimana saudara mendefinasikan konsep muzik bawaan DCA? Band-band yang sering dirujuk dalam pembetukan muzikal DCA?

Bagi DCA, kami label War Metal jer tapi tak tahu la bagi yang lain tu mungkin menganggap DCA itu lain… sewaktu buat lagu DCA banyak ikut riff gitar dari Marduk rasanya ditambah dengan idea sendiri.

Di tengah bahang isu karut tersebut, DCA tanpa gentar merilis Demo EP Blood War Death... bagaimana sambutan peminat muzik metal terhadapa rilisan tersebut?

Betul tu… DCA rasanya free, tiada salah apa cuma pandangan orang terhadap musik… penjualan agak menggalakkan dari semua pihak dan rakan-rakan DCA (thanx for the support!!)… mungkin penjualan ini akan lebih kencang jika ada gig-gig tapi sekarang apa boleh buat melalui by-hand and pos.

Apa yang DCA harapkan dengan adanya rilisan Demo EP tersebut?

Supaya orang dapat kenal konsep serta musik dan tahu tentang kewujudan band kecil ni.

Boleh ceritakan serba sedikit tentang proses pembikinan lagu-lagu dalam "Blood War Death"? Adakah ianya hasil kerja individu atau karya sepasukan?

Kebanyakan yang membuat lagu DCA ni adalah Gorgomieth dan Waxs Witchell dan yang lain akan berkongsi idea waktu praktis di studio.

Secara konklusif, adakah saudara semua dalam DCA cukup gembira dengan apa yang dipersembahkan melalui Demo EP tersebut dan terangkan sebarang kekurangan yang perlu diperbaiki sekiranya ada?

Secara jujur belum puas hati lagi sebab demo ni direkod dalam 2 versi di studio yang berlainan. Versi pertama memang laju pada yang asal (demo ni) tapi di atas sebab tertentu rakaman pertama tu tidak boleh diguna pakai. Ada sikit rasa kecewa masa tu tapi takper sebab perjuangan DCA belum lagi berakhir !!!

Mutu rakaman yang dikeluarkan adalah baik. Apa rahsia DCA menghasilkan kualiti yang bolehlah saya katakan membanggakan seperti ini?

Rahsia?? Rasanya takder kot sebab kami rasa studio ISEEK tu yang memberi kerjasama yang bagus pada waktu rakaman sedang berlangsung… (thanx for mokhtarizal).

Ada tidak mana-mana label yang mula menunjukkan minat atau telah mula mengemukakan cadangan untuk merilis album penuh DCA? Sekiranya ada, label yang bagaimana menjadi pilihan saudara?

Ada beberapa label yang berminat tapi kami rasa belum masanya lagi untuk under label tapi tengok la macam mana kan kalau ada persetujuan dan perbincangan yang menarik antara DCA dan label tersebut. Tentang label tu DCA tidak memilih sangat, janji menunjukkan kesungguhan yang baik untuk label tu dan DCA sendiri.

Apakah mesej-mesej yang terkandung di dalam penulisan lirik lagu dalam Demo EP tersebut?
 

Mesej yang terkandung penulisan lirik dalam demo ini ialah banyak menceritakan tentang keganasan rejim zionis terhadap negara lain negara islam secara amnya. Gambaran perang yang disampaikan bersifat hakiki dari jiwa yang rakus demi untuk melihat darah dan kematian dari mata rejim itu. Senjata pula menjadi penyelesaian bagi secebis kedamaian dan keamanan rantau itu. Hakikatnya perjuangan ini tidak akan menemui titik noktah selagi rejim zionis dan sekutunya masih lagi wujud di muka bumi Allah S.W.T ini…

DCA mendapat peluang yang agak kerap untuk muncul dalam beberapa gig metal sebelum ini, nyatakan pengalaman yang saudara lalui dan berikan contoh persembahan yang terbaik pernah DCA lakukan?

Kerap tu takder la sangat… mungkin rezeki DCA untuk perform. Pengalaman yang best bagi DCA ialah sewaktu 2nd gig di Paul's Place RIP?? …bersama In Torment, Catarrh dan geng-geng lain… Gig tu memang best… geng-geng kat bawah pun happening (you guys rulzz!!). Setiap kali persembahan DCA kami akan menjanjikan satu persembahan yang unik dan penuh dramatik (hehehe…) untuk kepuasan DCA bermain muzik bahkan juga crowd yang datang bukan saja terhibur dengan muzik kami bahkan juga persembahan DCA atas stage…

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan pengharaman Ajaran Black Metal baru-baru ini. Apa yang saudara faham tentang pengharaman tersebut? Bagaimana saudara melihat kedudukan dan masa depan Muzik Black Metal itu sendiri?

Ajaran Black Metal?? Apa yang dimaksudkan tu masih samar-samar lagi. Masa depan black metal tu DCA tak berani nak jangkakan sebab macam-macam boleh terjadi la ni… yang bukan black metal pun dah dicop black metal… macam maner tu???

Apa perkembangan terbaru DCA dan perancangan untuk akan datang?

Kami tengah mencari lagu baru untuk upcoming next rilis ni "Open Fire : Declaration"… so prepared for your ear for the next WAR in MUSICK !!!

Terima kasih kerana sudi diwawancara. Kata-kata penutup?

Sama-sama… patut DCA yang ucapkan terima kasih pada EKSTRIM ni sebab bagi peluang kepada DCA masuk slot EKSTRIM ni… Thanx to all friend out there for supporting DCA… till then…

 

[email protected] | www.i-bands.net/audiovault/bands/2201

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1