WAWANCARA

20.02.2006 | OLEH: AUKS

 

SEJENAK BERSAMA...
Admin Forum Metal To Metals

 

METAL TO METALS Message Board merupakan forum rasmi bagi laman web metal berbahasa melayu iaitu MetalTerus (www.metalterus.com.my). Satu ketika dahulu, perbincangan mengenai metal scene ataupun muzik-muzik underground berlangsung di kawasan luar seperti Central Market. Tetapi, dengan kewujudan dan kecanggihan dunia teknologi terkini, pertemuan dan perbincangan antara peminat-peminat muzik kini dapat dikumpulkan di dalam alam siber ini. Malah ianya memberi ruang yang lebih luas untuk kita berkongsi minat, menyuarakan pandangan, mencari info, berdiskusi dan sebagainya. Malah forum ini berjaya mengumpulkan rakan-rakan seperjuangan dari pelusuk tanah air. Pihak EKSTRIM berpeluang menemuramah seseorang yang bertanggungjawab mengendalikan forum ini. Beliau merupakan admin forum Metal To Metals iaitu saudara Zamani. Ikuti luahan hatinya yang ikhlas dan memaparkan seribu harapan.

 

Assalamualaikum saudara Zamani@MaLaM. Apa khabar anda di sana?
 
Walaikumsalam & Assalamualikum untuk semua yang membaca. Aku alhamdulillah seperti hari-hari semalam, mengharap yang terbaik untuk esok dan seterusnya…
 
Ceritakan sedikit mengenai sejarah penubuhan Forum Metal To Metals ini? Bagaimana wujudnya idea sebegini?
 
Forum sedia ada (F2) adalah perpindahan dari forum asal (F1) kesan dari masalah teknikal. F1 mula beroperasi pada 12 Jan 2005, 12.30 tengahari hari Isnin sehingga tarikh akhir 26 Disember 2005, 7 pagi selasa. Dipendekkan cerita perpindahan ini membawa bersama satu kesinambungan dan kerjasama yang lebih kukuh di antara 2 pihak (MTM & MT) yang berkongsi satu matlamat iaitu mewujudkan satu landasan perbincangan dan saluran informasi yang lebih kemas, tersusun dan profesional di samping menekankan aspek keselesaan dan kemudahan pengguna. Secara rasminya F2 mula beroperasi pada 28 Disember 2005, sekitar 2 petang, Rabu.
 
Seperti kita sedia maklum MT asalnya mempunyai sebuah MB (message board), tapi atas beberapa masalah dan kurangnya sambutan (?), ianya terkubur begitu sahaja. Kemudian diganti dgn MT Yahoo! Group. Kini masalahnya pula melibatkan ruang perbincangan yang kurang kemas dan tidak tersusun. Bertolak dari situ, keperluan pada satu MB dirasakan amat perlu selari dengan perkembangan music dan hal-hal semasa, maka apa yang dapat dilihat sekarang adalah jawapan bagi semua faktor kekurangan di atas. Ianya sentiasa diperkemas dan diperbaiki dari masa ke semasa untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
 
Apakah matlamat ataupun tujuan forum ini diwujudkan?
 
Menghimpunkan peminat muzik metal (secara asasnya) dalam satu komuniti di samping menggalakkan interaksi. Juga menyediakan saluran informasi dengan kaedah penyampaian lebih tersusun dan mudah. Menjadi sumber rujukan utama setiap perkembangan dan sebagai saksi (r)evolusi musik metal tempatan secara khususnya.
 
Daripada statistik yang dilihat, forum ini telah mendapat sambutan daripada mat-mat metal seluruh tanah air yang terdiri daripada peminat, pendengar, pemuzik dan sebagainya. Bagaimana pandangan anda?
 
Ini suatu yang amat membanggakan. Ianya bukan mudah tapi disebabkan minat yang sama, kita mampu mengenepikan perbezaan latarbelakang dan karekter untuk bersetuju dan sependapat atas tujuan dan perkara yang sama.
 
Adakah saudara seorang sahaja yang menyelia forum ini?
 
Dengan angka sedia ada, ditambah dengan karekter users yang pelbagai, mustahil untuk 1 individu mengelolanya. Peluang ini aku ambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera (technicians & moderators) forum atas sumbangan masa, tenaga dan teguran kalian dalam KITA memastikan kesinambungan dan keselesaan users forum MTM. Apa yang users nikmati sekarang adalah setiap saat sumbangan mereka. Ini harus dihargai.
 
Dengan kesesakan ahli forum yang ramai, bagaimana saudara mengawal forum ini? Bagaimana berkenaan disiplin para ahli forum?
 
Setiap situasi ada penyelesaiannya. KAMI percaya pada perbincangan terbuka dengan kematangan users. Dengan sikap hormat dan toleransi, semuanya menjadi mudah. Setiap section dipantau oleh moderator berkenaan. KAMI berkongsi tanggungjawab bagi memastikan perjalanan MB sentiasa terkawal, tenang dan saling menghormati.

 

sebahagian ahli forum bertemu & beramahmesra selepas

show Kreator Live in Kuala Lumpur 25 September 2005

 

Beberapa laman web seperti MENTHARAS dan MALSCENE telah dicop sebagai web black metal, tidak terkecuali juga dengan forum ini. Berkemungkinan besar juga terdapat wartawan-wartawan yang memerhati gerak-geri para metaller. Bagaimana reaksi anda?
 
Forum MTM terbuka kepada sesiapa saja. Kita sama sekali tidak mampu untuk menyekat mana-mana individu dari menyertainya walaupun langkah-langkah tertentu diambil. Apa yang boleh kita buat ialah bersikap profesional dengan mengetahui hak-hak kita untuk kebebasan bersuara. Cuba ketepikan emosi dalam menyampaikan maksud. Kita bukan sahaja akan dihormati malah orang akan melihatnya secara lebih terbuka. Jangan bias, dan terus bersetuju jika sesuatu itu menepati kehendak kita, fikirkan secara rasional apa yang tersirat dan untuk yang tidak selari dengan kehendak pula, jangan cepat melatah, fikirkan juga mengapa ianya terjadi begitu. Pepatah "berani kerana benar takut kerana salah" tidak lagi relevan dalam sesetengah situasi kerana orang lebih berani untuk menegakkan kesalahan dari membenarkan kebenaran yang tidak menguntungkan.
 
Segelintir pendapat mengatakan forum ini hanya untuk otai-otai metal sahaja. Malah terdapat juga tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap forum ini di dalam forum-forum yang lain. Komen anda?
 
MTM membuka ruangnya kepada sesiapa sahaja, tidak wujud soal diskriminasi mahupun pilih kawan. Kita dari latarbelakang yang berbeza so gunakan perbezaan itu untuk satu kebaikan bersama bukan mencari musuh atau mengharapkan satu penerimaan. Cuba belajar menyesuaikan diri, dari satu sudut forum juga adalah refleksi hubungan sosial di antara individu dan kumpulan, cuma medium yang berbeza. Asasnya tetap sama. Secara tidak langsung juga, ia mengajar kita utk memahami setiap perbezaan karekter. Ini sesuatu yang amat menarik. Jangan terus membenci musuh kita kerana mungkin kita boleh belajar sesuatu dari mereka!!
 
Berkenaan suara-suara sumbang, ianya tidak memberikan apa-apa kesan selagi kita tidak membenarkan dan mengambil peduli. Akhir sekali fikirkan niat asal mengapa anda berforum dan alasan untuk terus kekal di situ.
 
Berkenaan otai, sepatutnya, kita melihat sebagai peluang. Mereka tetap manusia biasa, cuma kelebihanya pada pengetahuan dan pengalaman. Sesuatu boleh dan harus dipelajari.
 
Forum ini boleh dikatakan aktif di antara forum-forum yang lain terutamanya berkenaan muzik metal. Apakah sumbangan dari forum ini terutamanya untuk scene metal dan underground ini sendiri?
 
Dari pemerhatian KAMI, forum MTM adalah yang paling aktif dalam membincangkan hal hal berkaitan metal (muzik dan berkaitan) berbanding yang lain. Walaupun masih terdapat ruang yang boleh diperkemaskan tapi untuk sesuatu yang baru, pencapaian ini harus dibanggakan! MTM setakat ini berjaya mengumpulkan individu-individu yang "significant" dalam scene tempatan juga penyertaan dari pemuzik, peminat dan pendengar secara keseluruhan. Ini adalah peluang untuk kita berinteraksi sambil bertukar informasi berkaitan. Setakat ini, kita semua maklum betapa sinonimnya MT dan MTM kepada scene tempatan. Tidak perlu rasanya dihuraikan kebanggaan itu satu persatu. Kesimpulannya sumbangan datang dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada siapa yang menerima dan kesannya secara keseluruhan. Samada kita mampu atau tidak untuk memanipulasikannya ke arah kebaikan atau sebaliknya juga satu persoalan.
 
Kata-kata terakhir dari saudara?
 
Terima kasih atas ruang dan kesempatan bagi menjawap soalan-soalan ini. Terima kasih juga dengan kerjasama METALTERUS sepanjang forum ini beroperasi. Last but not least, semua wargakerja dan users METAL TO METALS forum yang berkongsi kebaikan dan keburukan (If Any) sepanjang tempoh ini. Kita boleh tidak bersependapat tapi akhirnya kita harus bersetuju untuk tidak bersetuju!! Setiap kebebasan datang dengan tanggungjawab. Jika semua hendakkan kebebasan maka tiada siapa lagi yang dapat menikmati kebebasan dalam ertikata sebenar. Assalamualaikum. Teruskan menyokong METAL TO METALS, METALTERUS & EKSTRIM webzine. Terlalu banyak yang boleh kita pelajari.

 

Klik banner untuk melayari & menyertai Metal To Metals. Selamat berforum!
Metal To Metals Message Board : Official metalterus.com.my Forum

forum.metalterus.com.my

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1