WAWANCARA

20.02.2006 | OLEH: METAL WORK

 

SILENCE ENSHROUD : Jiwang Karat Versi Metal

 

SILENCE ENSHROUD datang lagi. Perkhabaran yang pastinya mengundang kegembiraan peminat metal yang merindui gaya muzik bawaan mereka suatu masa dahulu di tahun 1997 bilamana kaset promo "...And The Silence Begins" dikeluarkan. Mereka agak menggemparkan juga ketika itu. Ketika band-band tempatan lain sibuk dengan kejahatan death/black dan kemaruk eastern metal, SILENCE ENSHROUD menawarkan kelainan. Metal yang kelam atmosferik sifatnya. Lembut artistik wajahnya. Kemudian mereka sunyi sepi tanpa berita, tanpa apa-apa. Sesekali terpacul di pentas aksi namun kemudian hilang kembali (macam biskut chipsmore la pulak). Penghujung 2005 menyaksikan SILENCE ENSHROUD beraksi semula, di pentas Wrath of The Eastern Steel di Seremban Disember lalu yang berakhir dengan tragedi(?). 2006 menyusul dirancangkan sesuatu yang lebih bermakna. Wadah baru. Semangat baru. Jadikan mimpi itu realiti. Alkisah diteruskan, saudara Azrin (vokalis) ceria bersama kita meleraikan pelbagai persoalan...

 

Pada tahun berapa SILENCE ENSHROUD ditubuhkan? Siapa punya kerja?

SE ditubuhkan pada tahun 1996. Masa tu aku, Johan dan Azhari yang punya kerja. Nak main muzik jenis doom/goth ler konon. Pastu, kami 'sauk' kengkawan yang berminat untuk join SE ni. Masa first line-up tu, line-up kami ialah Johan (vokal), Zam (lead guitar), Khairul (bass), Azhari (drum) dan Azrin (rhythm/keyboards/backing vocal). Itu old line-up. Line-up terbaru SE ialah:

Azrin - clear/growl vox
Nadya - female vox
Fauzi - drums
Azuill - bass
Hasram - lead guitar
Rimie - rhythm guitar
Fharees - keyboards

Mana dapat nama SE serta maksud disebaliknya dan apakah konsep sebenar SE?

Nama band SE atau Silence Enshroud ni dari mana datangnya nama ni sebagai nama band ialah satu cerita lawak sebenarnya.. masa tu memang aku minat sangat dengan Katatonia so dapat tape dubbing first album tu, Katatonia "Dance of December Souls" dan photostat cover album tu tapi sebab kualiti fotokopi tu macam siul, maklumlah dah berapa kali ulang fotokopi maka aku ambil satu tajuk lagu dalam album tu sebagai nama band. Tapi, sebab tak berapa clear, aku tengok tajuk lagu tu macam 'In Silence Enshroud' tapi rupa-rupanya tajuk sebenarnya 'In Silence Enshrined', huhu.. lawak tak?

Konsep kami masa tu ialah "dark romantic metal" tapi sekarang setelah mengalami pertukaran line-up dan sebagainya, kami lebih ke arah gothic metal atau "romantical gothic metal".

Pernah bertukar line-up? Atas sebab apa? Krisis?

Pernah.. banyak kali dah sejak dari first promo dulu. Tinggal aku jer sorang yang tinggal sebagai line-up asal. Sebab tukar line-up bukan pasal krisis atau apa-apa. Cuma disebabkan SE ni lembab sangat progressionnya (maklumlah cuma ada satu promo aja, tu pun tahun 1997 dulu) maka ramai yang ada buat band sendiri yang dah kurang minat main style camni. Aku sendiri pun hampir-hampir nak bubarkan SE ni tapi sebab ada kawan-kawan yang sudi tolong dan join line-up SE maka kami akan terus bergerak lagi. Mungkin akan record sebuah demo atau EP pertengahan tahun ni.

Menyentuh sedikit tentang penghasilan sebelum ini, bagaimanakah dengan arrangement muzik & mesej yang ingin disampaikan.. adakah ia akan dikekalkan pada masa akan datang atau sebaliknya?

Itu susah nak jawab sebab kalau sekarang ni line-up dah berubah. Interest dan influence tiap-tiap band members lain-lain. Mungkin ada yang akan kata kami dah 'lari' dari muzik asal SE atau mungkin ada yang tak suka dengan pembaharuan kami kali ni tapi bagi aku personally ini adalah evolusi SE. Tentang mesej yang ingin disampaikan, aku rasa masih sama mungkin cara pembawaan kami kali ni makin matang. Maklumlah dah tua.. hehehe!

Pendapat anda terhadap muzik metal di negara ini, jika dikomersialkan seperti yang terdapat di oversea, adakah sihat?

Bagi aku.. ada baik dan buruknya.. ada pro and kontra. Muzik is universal tapi kita kena ingat dengan apa yang berlaku baru-baru ni tentang kes blackmetal dan sebagainya. Masyarakat Malaysia nak ke terima lagu blackmetal masuk juara lagu. Fikirlah sendiri. Kalau genre muzik lain mungkin orang boleh terima.

Pengalaman bersama SE yang tidak pernah anda lupakan & mengapa?

Ada dua. Satu masa first time kami rekod promo "...And the Silence Begins" tu memang kelam kabut dan huru-hara. Bayangkanlah.. budak-budak ni boleh lupa hari tu recording. Dah tu, masa tu student mana ada equipment/instrument sendiri. Jenuh aku pi pinjam dan sewa gitar, bass, gadget dan sebagainya. Kena pulak vokalis aku masa tu keja pulak, dia datang lambat. Kelam kabut betul.. aku takleh lupa. Yang ke-2, ialah masa kami main gig baru-baru ni di Seremban.. korang paham2 sendiri la kan apa jadi gig tu.

Khabarnya SE akan masuk studio tak lama lagi, adakah benar? (jika benar, nyatakan adakah ia akan dilakukan secara track by track, planning recording dimana). Influence dan perbezaan muzik dulu dan sekarang?

Insya-Allah. Kami hanya merancang.. taktau camna outcome. Mungkin rekod di studio yang pro atau separuh2 (separuh studio, separuh home recording) tengok pada budget masa tu nanti. Influence kami dulunya lebih kepada band2 doom/goth macam Katatonia (old), My Dying Bride, Anathema, Orphanage dan sebagainya. Kalau sekarang ni pulak influence kami lebih kepada Theatre Of Tragedy (old), Tristania, Sirenia, Epica, Haggard, Empyrium, Within Temptation dan bermacam lagi tetapi tidak semestinya influence kami semuanya band gothmetal. Perbezaan muzik kami dulu dan sekarang ialah seperti apa yang aku nyatakan pada soalan kedua tadi.

Bagaimana dengan lirik & gubahan lagu, siapa yang bikin?

Untuk lagu2 baru ni, gubahan lagu adalah hasil kerjasama semua band member. Semua orang bagi input masing2, itu baru nama satu band. Kalau lirik pulak, mostly aku dan Nadya yang buat. Lirik kami lebih ke arah romanticsm, love/hate. Pendek kata, lagu jiwang karat dalam versi metal la sebenarnya..hehehe!

Kata terakhir SE untuk EKSTRIM webzine..

Terima kasih Ekstrim webzine kerana sudi interview kami sungguhpun kami ni tak glamer ..hehe!! Keep up with the good work! There are many talented bands out there somewhere.

 

Terima kasih kembali buat Azrin dan keseluruhan SILENCE ENSHROUD atas jawaban-jawaban yang diberikan. Kami di EKSTRIM akan pasrah menanti rilisan terbaru band ini. Khabarnya dalam proses persediaan. Citarasa baru. Perisa segar. Romantical Gothic Metal. Insya-Allah, sebuah temubual eksklusif kami sediakan sebaik sahaja rilisan itu nanti menemui pasaran. Buat penyokong muzik metal tanahair, kenali mereka di www.myspace.com/silenceenshroud. Ada awek tuuu...

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1