Guru
bertanggungjawab dalam membentuk dan memberikan arah kepada
aktiviti-aktiviti pelajar supaya mereka berpeluang untuk terlibat
secara bermakna dalam matematik.
Walaupun
buku teks boleh menjadi suatu sumber yang berguna kepada guru, namun
guru harus bebas untuk menyesuaikan atau lari daripada apa yang
terdapat dalam buku teks jika idea-idea dan konjektur oleh pelajar
dapat membantu guru untuk `melayari’ kandungan pengetatahuan
matematik.
Tugas
yang diberikan kepada guru mesti menggalakkan mereka untuk menaakul
tentang idea-idea matematik, untuk membuat perkaitan, untuk
mengformulasi, bergelumang dengan dan menyelesaikan masalah.
Oleh
kerana para pelajar memerlukan kemahiran, maka tugasan yang baik
memasukkan juga perkembangan kemahiran tetapi dalam konteks
penyelesaian masalah.