MENYIASAT SIFAT-SIFAT SUDUT DALAM BULATAN

TUGASAN BERNAS GEOMETRI SKETCHPAD (GSP)

 

Topik Berkaitan :            Bulatan, Sudut

Aras dan tahap :            Tingkatan 2-3

Pengetahuan perlu ada :      Melukis bulatan, mengukur sudut dengan menggunakan Geometer’s sketchpad dan protraktor.

Aras kemahiran GSP :             Pertengahan

Masa :  1-2 jam

Jenis tugasan :            Penyiasatan dan penerokaan

Objektif :          Pembinaan konsep sudut dalam bulatan secara konkrit dan visual beranimasi.

Sub Topik :     

              i.       Sudut cangkum lengkuk di pusat adalah 2 kali ganda sudut cangkum di lilitan bulatan.   (Aktiviti 1)

              ii.       Sudut cangkum lilitan bagi lengkuk yang sama adalah sama besar. (Aktiviti 2)

iii.     Sudut cangkum dalam semi bulatan adalah 90°. (Aktiviti 3)

iv.     Jumlah Sudut bertentangan dalam sisi empat adalah 180°. (Aktiviti 4)

 

STRUKTUR TUGASAN

 

Dengan bantuan perisian Geometer's Sketchpad, pelajar akan didedahkan dalam menyiasat perhubungan sudut cangkum  dalam bulatan. Aktiviti yang akan dijalankan ini mendorong kepada pembinaan konsep sudut dalam bulatan secara konkrit melalui penerokaan dan penyiasatan. Di akhir tugasan ini, pelajar akan dapat membuktikan secara konkrit perkaitan setiap sudut tersebut.

 

PANDUAN GURU

 

1.      Setiap pelajar dibekalkan sebuah komputer yang mengandungi perisian Geometer's Sketchpad

2.      Edarkan panduan pelajar dan lembaran kerja (Latihan) kepada setiap pelajar.

3.      Guru bertindak sebagai fasilitator dan memantau perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran berjalan seperti dirancang.

4.      Membincangkan nilai sudut dan perhubungannya dengan sudut yang berkaitan.

 

LANGKAH-LANGKAH TUGASAN (PELAJAR)

 

 

 

Aktiviti 1

Ciri-ciri Aktiviti 1 :

Aktiviti ini adalah untuk membina konsep secara konkrit tentang sudut cangkuman di pusat bulatan adalah 2 kali ganda besar nilainya berbanding sudut cangkuman di lilitan bulatan. Melalui aktiviti ini pelajar akan dapat membina konjuktor-konjuktor yang berkaitan dengan sudut dalam bulatan.

1.      Pelajar membuka satu fail baru dalam GSP. Seterusnya pelajar melukis satu bulatan (saiz bebas) menggunakan ikon bulatan.

2.      Pelajar membina tiga titik bebas pada lilitanbulatan dengan menggunakan klik `point' .

3.      Pelajar melabelkan setiap titik tersebut ( A,B, C dan O sebagai pusat bulatan) seperti rajah. 

4.      Pelajar menyambungkan titik OA, OB, AC dan BC menggunakan `segment'.

5.      Tentukan sudut AOB dan ACB melalui Measure - Angle.

6.      Denganmenggunakan `calculate' klik mAOB bahagi mACB.

7.      Cuba gerakkan sebarang ketiga-tiga titik di lilitan sepanjang lilitan bulatan ACB dan perhatikan perubahan sudut AOB dan ACB.

8.      Bina satu titik bebas di sebarang lilitan bulatan di antara titik A dan C ( Bukan lilitan bulatan A dan C yang melalui titik B).

9.      Labelkan titik sebagai D.

10. Bina segment titik AD dan BD.

11. Ulangi seperti langkah 5-7.

12. Nyatakan kesimpulan yang dapat diperhatikan.

 

 

Aktiviti 2

Ciri-ciri Aktiviti 2 :

Aktiviti ini adalah untuk membina konsep secara konkrit tentang sudut cangkum lilitan bagi lengkuk yang sama adalah sama besar. Melalui aktiviti ini pelajar akan dapat membina konjuktor-konjuktor yang berkaitan dengan sudut dalam bulatan.

1.      Pelajar membuka satu fail baru dalam GSP.

2.      Seterusnya pelajar melukis satu bulatan (saiz bebas) menggunakan ikon bulatan.

3.      Pelajar membina empat titik bebas pada lilitan bulatan dengan menggunakan klik `point' .

4.      Pelajar melabelkan setiap titik tersebut ( A,B, C dan D) seperti rajah. 

5.      Pelajar menyambungkan titik AC, BC, AD dan BD menggunakan `segment'.

6.      Tentukan sudut ACB dan ADB melalui Measure - Angle.

7.      Dengan menggunakan `calculate' klik mACB bahagi mADB.

8.      Gerakkan titik  A atau B dan perhatikan perubahan.

9.      Cuba aktiviti tersebut dengan menggunakan konjektur tadi dengan membina titik lain.

10. Nyatakan kesimpulan daripada aktiviti.

 

Aktiviti 3

 

Ciri-ciri Aktiviti 3 :

Aktiviti ini adalah untuk membina konsep secara konkrit tentang sudut cangkum dalam semi bulatan adalah 90°. Melalui aktiviti ini pelajar akan dapat membina konjuktor-konjuktor yang berkaitan dengan sudut dalam bulatan.

1.      Pelajar membina bulatan (saiz bebas) menggunakan ikon bulatan.

2.      Pelajar membina 4 titik bebas pada lilitan bulatan.

3.      Pelajar melabelkan setiap titik tersebut ( A,B, C dan D seperti rajah.

4.      Pelajar menyambungkan titik AC, BC, AD dan BD menggunakan `segment'.

5.      Tentukan sudut ACB dan ADB melalui Measure - Angle.

6.      Cuba gerakkan sebarang titik A ke kiri dan  ke kanan dan perhatikan perubahan sudut ACB dan ADB. Ulangi langkah pada titik B.

7.      Nyatakan kesimpulan yang diperhatikan.

 

 

Aktiviti 4

Ciri-ciri Aktiviti 4 :

Aktiviti ini adalah untuk membina konsep secara konkrit tentang jumlah sudut bertentangan dalam sisi empat adalah 180°. Melalui aktiviti ini pelajar akan dapat membina konjuktor-konjuktor yang berkaitan dengan sudut dalam bulatan.

1.      Pelajar membina bulatan (saiz bebas) dengan menggunakan ikon bulatan

2.      Pelajar membina titik A dan B pada lilitan bulatan.

3.      Pelajar membina diameter bulatan melalui titik A, B dan titik pusat bulatan.

4.      Pelajar membina satu  titik pada sebaran lilitan bulatan dan dilabel C.

5.      Sambungkan titik AC dan BC dengan menggunakan segment.

6.      Measure sudut ACB.

7.      Gerakkan titik C dan perhatikan perubahan bacaan sudutnya.

8.      Cuba bina satu titik lagi dan lakukan seperti langkah 5-7.

9.      Cuba kes-kes seperti lampiran( Pengukuhan Konsep).

 

RAJAH 1 RAJAH 2 RAJAH 3 RAJAH 4 LEMBARAN

 

BALIK KE TUGASAN BERNAS

Hosted by www.Geocities.ws

1