HISTO BISTO

 

 

SM-WB 10: Menggunakan ICT dalam pengajaran pembelajaran matimatik menengah yang berkonsepkan sekolah bestari.

 

 

Tajuk:                                           Matematik dalam Microsoft excel.

Tujuan:                                        Mengkaji jenis taburan dan membincangkan bentuk-bentuknya. Aktiviti ini adalah untuk 

                                                       pelajar tingkatan 4.

Teknologi:                                    Komputer (microsoft excel)

Masa: 2 jam

Aras kemahiran Teknologi:       Mengenalpasti dan memahami bentuk histogram yang dihasilkan.

Jenis pengetahuan sedia ada:    Menyusundan memproses data dan menghasilkan histogram

Jenis tugasan:                              Penerokaan

Pendekatan:                                 Koperatif

 

Ringkasan Aktiviti Pembelajaran.

 

Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk meneroka cara mempersembahkan maklumat graf dalam dunia sabenar. Jadual graf bar dan histogram digunakan untuk membantu pemahaman dan pentafsiran data. Membuat pemerhatian beberapa taburan yang biasa terbentuk dalam dunia saqbenar sebagaimana graf dapat digunakan untuk mewakili pandangan/pendapat tertentu.

Graf bar boleh mempersembahkan taburan frekuensi pembolehubah diskrit. Histogram boleh digunakan untuk penghuraian visual terhadap taburan frekuensi pembolehubah. Penerokaan menggunakan teknik nombor untuk mengkaji pusat taburan. Dalam pembelajaran ini, pelajar akan membina histogram berdasarkan data jadual 1,2 dan 3. Pelajar kemudian memberikan tafsiran kepada setiap histogram yang dihasilkan dan membuat perbandingan bentuknya. 

 

Panduan Guru

 

> Bahagikan pelajar kepada dua belas kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang pelajar.

>Edarkan panduan pelajar dan lembaran kerja kepada setiap pelajar dalam kumpulan.

>Guru menjadi fasilitator dan memantau kepada setiap kumpulan serta mempastikan mereka melibatkan diri untuk   

   menjalankan aktiviti.

>Membincangkan bentuk dan nama histogram yang dihasilkan oleh setiap kumpulan.

 

Panduan Pelajar

 

>Jalankan aktiviti-aktiviti dalam lampiran I, 2  dan lampiran 3.

>Lengkapkan lembaran kerja dalam lampiran 4a, 4b dan 4c

>Bincangkan soalan-soalan dalam lampiran 5

 

 Lampiran 1                                                                                                                           

 

Aktiviti 1.

Berapakah ketinggian anda? Anda diminta mencatat ketinggian setiap pelajar dalam kelas anda. Berdasarkan data ketinggian ini, bina satu graf menggunakan lembaran kerja excel (spreadsheet). Apakah bentuk graf yang terbentuk? Apakah pendapat anda mengenai ketinggian dalam kelas?

 

Jadual 1

 

 

         Lampiran 2                                           

 

Aktiviti 2.

Markah kelas.

 

Cigu Hasban baru mendapat markah matapelajaran sains pelajarnya yang berjumlah 36orang. Markah itu adalah seperti yang berikut di bawah. Dia bercadang hendak mengumpul markah tersebut kepada kategori 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, dan 8E.

Dengan menggunakan lembaran kerja excel (spreadsheet) bina satu graf dari data markah itu. Apakah graf yang akan dihasilkan daripada data tersebut dan lihat apakah peratus bagi setiap kategori itu?

 

Markah Sains

 

51, 90, 82, 78, 66, 80, 54,  82, 76, 66, 53, 84, 83, 78,  86,  88, 68,

91, 84, 92, 65, 77, 90, 87, 50, 69, 79, 87, 48, 89, 77, 55, 46, 90, 81,

 

Jadual 2

 

 

 

          Lampiran 3

 

  Aktiviti 3

Katakan anda adalah ketua kelas dan diminta oleh guru kelas untuk mengumpul data tentang makanan cuci mulut di kelas anda. Berikut ialah makanan tersebut;

 

  Tembikai susu,  Nenas, Belimbing,  Pisang,  Tembikai, Betik

 

Pelajar hanya diminta memilih satu sahaja jenis makanan cuci mulut sahaja. Jalankan aktiviti mengumpul data makanan cuci mulut ini dalam kelas anda. Dengan menggunakan lembaran kerja excel (spreadsheet) bina satu graf makanan cuci mulut tersebut. Apakah bentuk graf yang dihasilkan? Apakah makanan yang mempunyai peratus tertinggi?

 

Jadual 3

 

 

Lembaran kerja

 

                Aktiviti 1              

                                                                Lampiran 4a   

 

            

 

 

 

 

 

 

 

           

  Lampiran 4b

   Aktiviti 2    

      

 

 

 

 

 

 

                                                             

                                                                                                   

 

Lampiran 4c

Aktiviti 3

   

 

 

 

 

 

 

                                                          

                                                                                             

  Lampiran 5

Soalan                    

 

1.      Terangkan secara ringkas bentuk-bentuk taburan yang dihasilkan.

2.      Buatkan perbandingan bentuk antara histogram-histogram tersebut.

 

 

BALIK KE TUGASAN BERNAS

 

Hosted by www.Geocities.ws

1