![]() |
|
| KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM |
|
| Tempat Pelancongan | Tempat Membeli Belah | Tempat Penginapan | Tempat Makan | Peta Kota Bharu |
|
| Tempat Membeli-belah |
|
![]() ![]() |
Pasar Besar Siti Khadijah Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga . Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. |
![]() |
Bazar Buluh Kubu Basar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan hasil kraftangan, kain dan baju batik, songket, cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas. Selain menjual pakaian, makanan dan barangan dapur, beranika barang perhiasan seperti perak, tembaga dan barangan ukiran kayu juga boleh didapati di sini.
|
|
Pasar Borong Wakaf Che Yeh Menjadi tumpuan utama pengunjung tempatan dan luar pada setiap hari. Pasar ini menjalankan aktiviti perniagaan secara harian di mana pada sebelah pagi hingga tengahari aktiviti perniagaan tertumpu kepada aktiviti penjualan barang keperluan harian termasuklah barangan basah manakala pada sebelah malam hingga ke awal pagi pula aktiviti perniagaan pula tertumpu kepada aktiviti penjualan barangan berbentuk pakaian dan cenderamata.
|
|