KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM
Tempat Pelancongan  Tempat Membeli Belah Tempat Penginapan  |  Tempat Makan  |  Peta Kota Bharu
Tempat Penginapan


Hotel Grand Riverview

Jika anda mencari hotel yang paling popular di Kelantan, antara pilihan yang boleh dicuba ialah Hotel Grand Riverview.

 

Hotel bertaraf 4 bintang ini telah memenangi anugerah hotel terbaik oleh Kelantan State Tourism Award dan juga mendapat Recognition Malaysia Tourism pada tahun 2010.

 

Selesa, bersih, layanan mesra serta harga yang sangat berpatutan untuk hotel mewah ini memang menjadi pilihan pengunjung. Para VIP, orang kenamaan, malah pasukan bolasepak dalam negara mahupun antarbangsa kerap kali menjadikan hotel ini tempat penginapan mereka.

 

Tarikan utama hotel ini semestinya kedudukan yang sangat strategik iaitu di tepi sungai Kelantan dan berdekatan dengan tempat menarik serta membeli-belah.

Anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di Kota Bharu seperti Muzium Kraftangan, Bank Kerapu, Tambatan DiRaja, Pasar Siti Khadijah atau ke pusat bandar Kota Bharu.

 

Hotel ini menyediakan 4 jenis bilik iaitu Premier Room, Songket Suite, Sutera Suite dan Cindai Suite.


Perdana Resort

Lokasi : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu

Kelebihan : Harga berpatutan, terdapat kolam mandi, kawasan lapang yang luas

Sesuai untuk: Keluarga, berbulan madu, family day atau rombongan

Ulasan : Resort ini antara yang paling lama dan tersohor. Servis ok dan memuaskan. Suasana tepi pantai pasti memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda semasa menginap disini. Kawasan disekitar resort luas dan lapang. Sangat sesuai dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti berkumpulan, sukaneka atau family day.