KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM
Tempat Pelancongan  Tempat Membeli Belah  |  Tempat Penginapan  |  Tempat Makan Peta Kota Bharu
Tempat Pelancongan

Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan,

Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Pada suatu ketika, pantai ini

dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang

askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar

tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang

tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih

suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana

kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih.

Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.

Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di

kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini

lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet,

kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.

Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu

pekan Melayu tradisional. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri

untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta

loyang.




Pintu Utama Taman Tengku Anis

Taman Tengku Anis ini merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di Tanjung Chat, Kota Bharu. Kira-kira 5Km dari pusat bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Kelantan (JKKN) dan juga berhampiran Tutti Frutti di Queens Park Boulevard.


AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI SINI

  1. Beriadah (Jogging, aktiviti bebas)

  2. Anak-anak boleh mandi di kolam

  3. Fotografi

  4. Melawat Zoo mini

  5. Berkelah / Picnic / Potluck


Taman Air Splash

Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu. Taman Air Splash sebenarnya salah satu tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan yang tidak ramai mengetahuinya kerana lokasinya agak ‘tersorok’ walaupun berada di bandar Kota Bharu.


KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI TAMAN INDERA PETRA

Taman Permainan Kanak Kanak, Surau, Medan Selera, Tandas Awam, Parking