![]() |
|
| KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM |
|
| Tempat Pelancongan | Tempat Membeli Belah | Tempat Penginapan | Tempat Makan | Peta Kota Bharu |
|
| Tempat Makan |
|
![]() ![]() |
Medan Ikan Bakar Kedai Buloh Jika anda ingin sedikit kelainan dengan menikmati menu masakan panas istimewa di kawasan tepi sungai Kelantan(Riverview), jom berkunjung ke Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Lokasinya terletak di Kedai Buloh, tidak jauh dari Pantai Cahaya Bulan. Medan Ikan Bakar Kedai Buloh ini adalah antara premis yang dibuka pada hujung 2011 oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang menjadi tempat tumpuan utama pengunjung pada masa kini. Terdapat dua buah restoran yang menyediakan menu istimewa iaitu Restoran Food Village dan juga Restoran Juara Ikan Bakar. |
![]() ![]() |
Restoran Nasi Ulam Cikgu Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan. Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang penulis juga tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini. Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.Dikhabarkan budu yang digunakan di restoran ini sangat istimewa di mana ia dibuat sendiri menggunakan resipi turun temurun, dan semestinya rasa budu tersebut tidak terdapat dimana-mana kecuali di sini. |
![]() ![]() |
Restoran A.M Tarbush Citarasa Arab-Malaysia Bagi peminat masakan Arab, restoran A.M. Tarbush adalah restoran pilihan nombor satu di Kelantan. Lokasinya di Jalan Lundang. Berdekatan dengan Pasaraya Billion, 4km dari KBMALL menghala ke Kubang Kerian. Menu popular semestinya Nasi Mandy Ayam (chicken mandy) dan Mandy Kambing (lamb mandy). Harga mandy ayam ialah RM10.09, manakala mandy kambing RM12 (harga sentiasa berubah dari semasa ke semasa).
|