**   MOTTO SEKOLAH   **

 

USDIJAYA

 


                    Perkataan ' USDIJAYA' adalah motto atau cogan kata yang diambil dari gabungan  perkataan  
             ' Usaha, Disiplin, Berjaya ' sebagai pegangan dan cita-cita sekolah terhadap pelajar-pelajarnya.
 

MISI SEKOLAH

 

    Membina jatidiri  yang penyayang dan ikhlas dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu, serta berusaha mempertingkatkan ilmu mengikut perkembangan sains dan teknologi. Menjadikan wawasan 2020 sebagai matlamat kearah membentuk pelajar berpotensi. Dalam masa yang sama menjadikan Falsafah Pendidikan sebagai tunjang utama kearah melahirkan pelajar yang berketerampilan. Berusaha menyediakan situasi berkonsep Bestari selaras dengan perkembangan teknologi moden. Dari aspek rohaniah pula, semua warga SMKJJ akan terus berusaha  agar menjadi insan yang  memiliki sahsiah dan peribadi yang terpuji . Akhirnya berusaha menyemai benih kualiti ilmu dan kualiti diri  kearah WARGA SMKJJ GEMILANG.

VISI SEKOLAH

Berazam
     menjadikan SMKJJ sebagai pusat kecemerlangan sahsiah, akademik dan ko-kurikulum yang diyakini oleh masyarakat dan
berupaya
     menghasilkan pelajar yang mencintai dan menyanjung tinggi ilmu, sentiasa menghayati kecemerlangan, dan menjadi insan yang  penyayang.

WAWASAN /MATLAMAT  SEKOLAH

    Berusaha kearah kecemerlangan dalam bidang Kurikulum dan Ko Kurikulum. Sehubungan  itu kearah merealisasikan wawasan sekolah, berbagai usaha telah dirancang dan telah dilaksanakan secara berperingkat.

Meningkatkan lagi kecemerlangan Kurikulum.

Mempamirkan kualiti dalam pencapaian Ko Kurikulum.

Menjadikan SMKJJ sebagai sekolah berwatak.

Memberi peluang serta menggalakkan  para pelajar untuk membuktikan kebolehan diri.

Berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik kearah kecemerlangan  PNP.

Mempertingkatkan kualiti disiplin para pelajar.

Menggalakkan penerokaan pendekatan keadah berorentasikan pendekatan Bestari.

Mewujudkan suasana harmoni  dikalangan warga SMKJJ.

 

 

OBJEKTIF SMKJJ 

1.

Mendidik dan mengasuh anak-anak didik menjadi insan yang taat dan patuh kepada Tuhan Pencipta sekalian alam.

2.

Membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang berketrampilan, seimbang dan harmoni.

3.

Melahirkan insan yang pengasih dan penyayang, mencintai dan menyanjung tinggi ilmu serta sentiasa menjiwai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

4.

Mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan ceria , harmoni lagi menarik dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

5. Mempertingkatkan penerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral.
6. Menjalankan tugas-tugas harian yang berbentuk rutin dengan cepat, cekap dan tepat.
7. Menjalankan tugas-tugas penyeliaan sekolah minimum sekali bagi setiap buah sekolah dalam masa setahun.

Paparan tamat ..........................................Paparan tamat...............................Paparan tamat

TAJUK  PILIHAN ANDA

Menu Utama     Sejarah SMKJJ       Visi dan Misi        Piagam Pelanggan          Lencana Sekolah            Lagu sekolah         Takwim Sekolah       Sejarah Pengetua       PIBG            Pentadbiran           Enrolmen      Unit Kaunseling      Unit PKBP      Unit Muzik      Unit Sukan     Asputram    Kurikulum     Ko-Kurikulum       Pendidikan net       Mutiara Kata     Jaringan Web

 

Hosted by www.Geocities.ws

1